Monday, November 07, 2011

About AidilAdha tahun ini

Tak tahu lah sejak bila dan kenapa saya tidak merasa keseronokan berhari raya AidilAdha. kemeriahannya tidak lagi seperti dahulu...

Dahulunya, memang AidilAdha pernah menjadi satu perayaan yang memang saya sekeluarga nanti-nantikan kerana sudah menjadi tradisi kami lebih-lebih lagi arwah abah dan mak kedua duanya anak jati Terengganu, kalau ada peluang kami akan kembali ke kampung halaman...

Masih teringat lagi dengan jelas, suasana sibuk arwah mak sibuk menyediakan segala macam bekal air dan makanan untuk dibawa dalam raga... Masih teringat kami sekeluarga berjalan membawa beg menyusuri jalan keretapi dari rumah kami menuju ke stesen keretapi Kuala Lipis yang letaknya hanya 2 kilometer dari kawasan perumahan kami... Teringat lagi suasana sejuk berkabus...

Saya tak lupa perjalanan keretapi menuju ke Kuala Kerai, terbayang bayang bunyi bertempo kechuk-kechak-kechuk-kechak ...  Saya rindukan bunyi itu... Selalunya, hanya saya, adik yang ke3 Yusmin , arwah mak dan mak saudara (mak ngah timah) sahaja yang bersama didalam gerabak kerana kebiasaannya arwah abah berada didalam kepala lokomotif bersama kawan kawannya... (arwah abah semasa hayatnya berkerja sebagai pemandu lokomotif KTMB)... Semuanya kerana keadaan koc yang bersesak sesak kerana semua mahu pulang ke kampung halaman... Pernah sekali dua kami sekeluarga menumpang di koc belakang, koc paling belakang yang menempatkan barangan dan pegawai tiket . Semuanya kerana koc penumpang yang penuh, nasib baiklah arwah abah kakitangan KTM, kalau tak memang tak merasa nak balik kampung.

Antara lain yang masih segar diingatan ialah keadaan di stesen keretapi Gua Musang... Setibanya di sana, pelbagai juadah Kelantan dapat kami beli tanpa meninggalkan gerabak kami dapat memilih macam macam hidangan kerana jurujual akan berniaga di tepi gerabak dengan menjunjung hidangan yang siap dibungkus diatas kepala... Tak tau lah saya kalau situasi sebegini masih lagi ada disana...

Tetapi setiap kali kami sekeluarga pulang ke Terengganu melalui Kuala Kerai menggunakan keretapi ini, antara yang saya nanti-nantikan ialah perjalanan dari stesen Dabong ke Kerai kerana keretapi ini akan melalui rangkaian 6-8 terowong, mengasyikkan... Ada diantara terowong terowong ini hanya dihubungkan dengan jambatan... Indah sekali. Pengalaman sebegini hanya akan dapat kita rasa kalau kita naik keretapi....

Sampai di Kuala Kerai, arwah abah akan sibuk mencari kereta sewa untuk terus ke Kuala Terengganu. Maka berhimpit himpit la kami didalam kereta sewa yang kebiasaannya Mercedes Benz yang nyawanya dihujungkan tanduk hehe maka bermulalah perjalanan kami .... Saya ingat lagi yang saya sangat suka duduk ditepi tingkap kerana saya suka pada deru angin sepanjang perjalanan...

Sampai sahaja ke Kampung Losong Hj Mat Shafie, kebiasaannya pada hampir waktu maghrib disambut arwah tok dan adik saya yang kedua Yuslina yang selalunya akan malu malu dengan kami sekeluarga kerana Yuslina dibela tok untuk menjadi peneman... Selalunya sehari jugalah akan berlalu sebelum Yuslina akan mesra kembali bersama saya dan Yusmin... dan selalunya setiap kali sampai di Losong, sayalah orang pertama akan turun mandi di telaga belakang rumah tok... Seronok.... Sejuk... Rindu... Tetapi yang paling saya rindukan... Kuah singgang arwah tok yang dimasaknya diatas dapur arang...

Tapi itu dahulu... Hampir 30 tahun dahulu... Kini semua tinggal kenangan... Dan kenangan inilah yang saya kongsikan dengan semua kerana sememangnya saya amat rindu pada arwah mak dan abah... Tiada apa lagi yang dapat saya hadiahkan pada mereka kecuali al-fatihah. Terbit rasa berkongsi kerana raya ini sangat kosong buat saya, juga semasa maghrib semalam ketika memberi salam, saya terbayangkan arwah abah dan mak... Sungguh jelas bayangan mereka saya tak dapat menahan sedih rindukan mereka... bukannya saya tidak mahu beraya bersama adik beradik di Kuala Lipis, tetapi sejak malam Jumaat lagi badan ini kurang sihat jadinya hari ini dan semalam seharian saya terlantar diatas katil... Demam... Kosong... tahun ini saya beraya seorang... tahun depan... ?

Nasib baik ada internet, dapat juga berkongsi dengan kawan kawan yang ada. Seronok melihat anda semua beraya. Ada berbaju baru, ada yang sibuk makan itu ini, tak kurang juga status facebook masing masing yang risaukan berat badan dek kerana makan raya banyak... rezeki...  Dengan ini, saya ucapkan selamat hari raya aidiladha buat semua... Sayangi pada yang ada, ingati pada yang tiada. AlFatihah.

Image Dari internet

Friday, November 04, 2011

about Tapis Rouge opening soon








Remember those glory days of Boom Boom Room, Babylon Boom Boom Penang? those KIT KAT KLUB dancers?  Soon, those experiences will be back for all to enjoy with EVM's latest Theatrical Restaurant, Tapis Rouge opening it's door and glittering stage soon! Klang Valley’s latest theatrical restaurant specially catered for the discerning diner in search of quality culinary and entertainment experiences. Tapis Rouge (pronounced tah-pee rooj), which means Red Carpet in French, is situated at Red Carpet Avenue of Encorp Strand, the new lifestyle hub of Petaling Jaya. 
Tapis Rouge is an innovative combination of a chic restaurant and cabaret lounge that is set as the anchor tenant of Red Carpet Avenue, a covered boulevard inspired by Paris’ Champs-Elysees. The restaurant has a contemporary interior decor that thematically plays with hues of deep rouge, evoking the sense of understated elegance. The rear of Tapis Rouge houses the cabaret lounge, an intimate space equipped with an extendable stage ideal for entertainment of various types. 

The Ambassador of the cabaret lounge is the Kit Kat Klub Show, the song, dance and comedy revue founded by Tiara Jacquelina in the 90s, famous for introducing some of Malaysia’s most well-known celebrities such as Sofia Jane, Pat Ibrahim, Linda Jasmine, Nasha Aziz, Maria Farida and more. The revival of the Kit Kat Klub Show features a new line-up of talents that guarantees to be a show-stopper. Conceptualized by celebrity choreographer, Pat Ibrahim, and dance choreography by Wadi Ridhzuwan, the show features an exciting dance showcase, with vocal and comedy performances weaved offering a complete entertainment experience.

In the meantime, click like on Tapis Rouge's Facebook new page here and get latest updates.

Sunday, October 30, 2011

About Stephanie, Miss Betty and me


BAGI mereka yang sudah menonton pementasan teater muzikal The Secret Life of Nora (Nora) yang kini sedang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur, pasti akan tertarik dengan watak gadis lurus bendul bernama Betty.

Petikan dari Utusan Malaysia

Terus cari peluang baru

Gambar ihsan ENFINITI VISION MEDIA

Sebagai pembantu kepada watak Nora lakonan Datin Seri Tiara Jacquelina, watak Betty yang sentiasa mengharap dan mendambakan kasih sayang daripada orang sekeliling itu membuatkan dia mudah disayangi oleh audiens.

Seharusnya sekalung tahniah layak diberikan kepada pemain watak tersebut, Stephanie Van Driesen yang telah menjiwai watak Betty dengan cemerlang sekali.

Bukan itu sahaja, Stephanie juga berjaya memukau audiens yang hadir dengan suara lunaknya tatkala menyampaikan lagu solo berjudul Kau Yang Menulis.

Sesungguhnya, Stephanie bukanlah nama baru dalam bidang seni persembahan negara kerana sebelum ini dia sudah membintangi beberapa pementasan teater muzikal.

Cuma apa yang membezakan apabila ini merupakan kali pertama Stephanie melibatkan diri dalam produksi berskala besar seperti Nora.

Bukan itu sahaja, satu kejayaan juga buat Stephanie apabila Nora merupakan pementasan teater muzikal berbahasa Melayu pertama yang dijayakan sepanjang hampir lima tahun aktif sebagai seorang bintang teater.

Dalam satu pertemuan yang berlangsung dalam penuh santai di IB lewat petang Selasa lalu, tiada perkataan yang dapat digambarkan oleh Stephanie apabila diminta mengulas tentang kejayaannya membintangi Nora.

“Tuah mungkin boleh datang dan pergi dalam hidup seseorang. Dalam konteks saya ini, saya lebih merasakan saya seorang yang berterima kasih dan bersyukur dengan peluang sebesar ini.

“Adalah menjadi impian untuk seorang penghibur seperti saya membintangi pementasan mega seperti Nora yang saya harap dapat membuka laluan yang lebih luas buat saya selepas ini.

“Apatah lagi dengan trek rekod cemerlang yang sudah dilakar oleh Enfiniti Vision Media (EVM) menerusi Puteri Gunung Ledang the Musical (PGLM) dan P. Ramlee the Musical (PRM) sebelum ini, saya gembira kerana dapat bersama-sama dengan mereka untuk melakar sebuah lagi kejayaan menerusi Nora,” kata Stephanie dalam nada penuh diplomasi.

Menyambung bicaranya, wanita yang memiliki personaliti yang cukup menyenangkan ini memberitahu Nora bukanlah tawaran pertama yang diterimanya daripada EVM.

Sebaliknya, dia pernah menjalani uji bakat dan hampir diterima untuk PRM bagi menjayakan watak kapten penari selain salah seorang daripada ensemble.

Namun, kerana ketika itu dia sibuk dan mahu menumpukan pengajiannya dalam bidang teater muzikal di LASALLE College of the Arts, Singapura, dia terpaksa melepaskan tawaran itu.

“Kata orang rezeki itu ada di mana-mana dan hanya waktu yang menentukan bilakah masa yang tepat akan hadir kepada kita. Bagi saya, soal wang ringgit bukan satu keutamaan tetapi kepuasan.

“Saya juga percaya dengan berkat kesungguhan dan kerja keras mampu memberikan habuan buat kita. Untuk mendapatkan watak Betty ini, saya juga sama seperti pelakon lain yang perlu melalui proses uji bakat.

“Walaupun Betty hanyalah sekadar watak pembantu, bagi saya ia bukanlah satu alasan untuk duduk bergoyang kaki dan tidak memberikan hasil yang terbaik.

“Hakikatnya, proses untuk membawakan watak Betty juga bukanlah semudah yang disangka memandangkan bahasa Melayu saya tidak fasih dan lancar,” kata Stephanie yang berusia 27 tahun ini sambil ketawa kecil dan pernah membintangi teater muzikal SHOUT! The Mod Musical bersama Ning Baizura, Nikki Palikat dan Tria tahun lalu.
Bercerita lanjut tentang watak Betty, sebaik sahaja mendapat tawaran tersebut, dia banyak belajar dengan penolong pengarah Nora iaitu Chedd Eddie Yusoff untuk menajamkan lagi bahasa Melayunya.

Bukannya dia tidak boleh bertutur dalam bahasa Melayu, tetapi memandangkan bahasa ibunda itu merupakan bahasa keduanya dalam pertuturan hariannya, maka, Stephanie akur kekurangannya itu.

Dengan kelas intensif yang disertainya untuk tiga sesi, anak sulung daripada tiga beradik ini ternyata berpuas hati dengan pencapaiannya sebelum tirai panggung dibuka.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1014&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm


Saturday, October 29, 2011

About neglecting my blog and Miss Jenab

Alamak, lama betul saya tidak kemaskini blog saya. Dahulu saya sangat rajin berBlog namun kebelakangan ini semenjak kewujudan FB, blog ini terbiar sebentar...

I did promised that I shall not neglect this blog but work caught up with me and I am stuck with work and in the end I did not post anything only to focus on work with frequent FB updates and occasional tweet.

I do post on instagram a lot lately due to the arrival of my little girl, a Persian mix , Miss Jenab Miko Jeksen . She came during Ramadan and was a blessing to my empty home. Someone I came home too..after whole day at work with stresses and what not, Miss Jenab is a blessing... tq Bahri and Nadia for letting me have Jenab. This little bundle of fur joy is growing by the day and she is 3 times bigger that when she first came.

The first month she is here, she stays in the cage in my kitchen but as she outgrew her cage, I let her roam the house freely as Miss Jenab is fully trained. But her freedom came with a price, my white leather sofa became her official throne and scratch pad ... Suppose, that is nothing compare to the joy she gave me.

She is sleeping by my side as I am writing this ... Sayang Miss Jenab.... Cium dia....

Eeee busuk... Esok mandi k ...

You can follow Jenab on www.twitter.com/MsJenab

Friday, September 02, 2011

About SIAPA DIA kakak yang hebat menari tu



A TiongHua sister got caught unaware dancing to Tiara's latest upcoming hit single , Siapa Dia, a new spy-ish take of an aloud classic with music by Roslan Aziz releasing soon on ASTRO, maxis and online.

Please feel free to share this

Monday, August 29, 2011

About ucapan raya ini tahun



Selamat hari raya buat Kawan Kawan semua

Wednesday, March 23, 2011

about special message from Jaclyn Victor


Siapa boleh teka ini lagu apa ? Can't wait to watch Jaclyn rock the stage with Ramin, Steve and Simon!!!! This will be great! Go to www.airasiaredtix.com to get your tickets now!

Chedd

Tuesday, March 22, 2011

about The West End Stars are coming here OMGGGG!!



Thanks to sonicdisorder for the video! the leading man of West End is coming!

Thursday, March 17, 2011

about The Secret Life Of Nora launch Gambit

Tiara Jacquelina's grand entrance during last night's Press Conference

Saturday, January 15, 2011

about Siti Satu's CT in the outer space


here's something i did for Siti Nurhaliza's SATU concert. Pat Ibrahim called to me 5 days before the opening night asking for my help to come up with a segment opening number ( to allow siti's costume change for the next segment) . apparently the MD (aubrey) was swamped with the other songs and i was asked to help come up with an idea.... eventually what was presented on stage was my edited 2.30 minutes version where a futuristic looking girl was place in a cage trying to get out of it.

well here is the original 3 and a half minutes unreleased version of the track (audio only) edited on Garageband :p tak la pro sangat tapi i think lepas la kut hehehe ...

the first minutes or so are the sound effects... Siti Nurhaliza Tarudin voice starts at minutes 1:27... enjoy!...
Related Posts with Thumbnails