Saturday, September 29, 2007
Friday, September 28, 2007
about summore rehearsal's photos...
our girl fern had posted almost 70 new and old photos at her multiply. here are some previews. go to fern's multipy to view the whole collection.
the tuan director and his muse? my name is sean ghazi and zana luscious
pantang nampak camera... my name is nadia luscious, maya tan, pat, sean, ida, megat, alvin and yong gp ... huhuhu
Monday, September 24, 2007
about the press conference...

P.Ramlee The Musical bakal cetus fenomena(utusan malaysia - 24 Sept 2007)
Oleh: SHAZRYN MOHD. FAIZAL
Oleh: SHAZRYN MOHD. FAIZAL
SETELAH Puteri Gunung Ledang the Musical (PGLM) berjaya mencatatkan kejayaan yang luar biasa pada tahun lepas, kini teater muzikal terbaru terbitan Enfiniti Productions Sdn. Bhd., P. Ramlee The Musical (PRTM) yang akan mula dipentaskan di Istana Budaya pada 18 Oktober ini dikatakan bakal mencetuskan satu lagi fenomena baru dalam industri hiburan tanah air.Ini diakui sendiri oleh Penerbit Eksekutifnya, Datin Seri Tiara Jacquelina ketika ditemui pada majlis pemilihan Media Prima Berhad (MPB) sebagai media rasmi untuk teater muzikal berkenaan yang diadakan di Borneo Rainforest Cafe, Bandar Sunway, Petaling Jaya, Rabu lalu.
“Sehingga kini, kesemua yang terlibat masih lagi sibuk dengan latihan yang sudahpun memasuki fasa terakhir. Saya kagum dengan semangat dan dedikasi yang ditunjukkan oleh semua, termasuk penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.“Saya tidak sangka Siti Nurhaliza boleh memberikan persembahan yang begitu bagus sekali. Ternyata, percaturan kami memilihnya untuk watak Azizah memang tidak silap.
“Apatah lagi menyaksikan Siti menyanyikan lagu baru ciptaan Dick Lee yang berjudul Mulanya Cinta bersama pengarah muzik, Erwin Gutawa. Ia membuatkan saya tergamam dan hampir tidak percaya, Siti berjaya melakukannya,” kata Tiara yang menyatakan Mulanya Cinta merupakan salah satu lagu kegemarannya pada pementasan itu.Agak istimewa pada pementasan PRTM kali ini, penonton akan menyaksikan penglibatan penggubah muzik tersohor Indonesia, Erwin Gutawa sebagai pengarah muzik.
“Menariknya, Erwin Gutawa sendiri yang mahu melibatkan diri dalam pementasan ini ketika kami berbincang dengannya kerana P. Ramlee adalah idolanya. Katanya, hanya inilah caranya untuk dia menyumbang kreativitinya demi P. Ramlee yang sangat dikaguminya,” jelas Tiara lagi.
PRTM menampilkan 40 lagu iaitu 14 lagu baru termasuk Janji Yang Hilang dan Lihatlah Dia nyanyian penyanyi yang sedang meningkat naik, Atilia. Selebihnya adalah lagu-lagu P. Ramlee yang diberi nafas baru oleh Erwin Gutawa.Tiara turut menyatakan rasa kagumnya pada Liza Hanim yang memegang watak Saloma pada pementasan itu.“Liza sememangnya ‘jelmaan’ Allahyarham Puan Sri Saloma.
“Liza berjaya menghayati watak Saloma dengan begitu berkesan sekali. Lebih lagi, suaranya yang lemak merdu itu membuatkan dirinya bagaikan Biduanita Negara itu. Malah, keserasiannya bersama Sean Ghazi yang memegang watak P. Ramlee memang menjadi. Seolah-olah kami melihat jelmaan P. Ramlee dan Saloma yang kedua,” ujar ‘Puteri Gunung Ledang’ ini lagi.Berbanding PGLM, kata Tiara PRTM menggunakan set yang lebih besar iaitu sebanyak 12 set utama berbanding empat sahaja ketika pementasan PGLM.
"Ini kerana PRTM mengambil kisah hidup P. Ramlee bermula dari tahun 50-an sehinggalah ke tahun 70-an. Malah, pelakon kali ini juga lebih ramai iaitu melebihi 40 orang pelakon,” jelasnya.Khabar gembira bagi Tiara adalah pihak Esplanade Theater Singapura turut meminta pihaknya mementaskan PRTM di pentas bertaraf antarabangsa itu tahun hadapan dan juga pementasan PGLM buat kali kedua.Para penonton akan berpeluang menyaksikan di sebalik tabir pembikinan PRTM pada 20 Oktober ini, pukul 5 petang di TV3.Info P. Ramlee The Musical
Harga tiket bernilai RM30, RM50, RM80, RM120, RM150, RM180 dan RM200 boleh didapati menerusi:
* Kaunter Box-office di Istana Budaya.
* Tempahan menerusi talian 03-2091 1666 yang dibuka 24 jam.
* Tempahan menerusi telefon bimbit melalui java.ticket2u.biz dan membuat bayaran di kiosk. lMobility One yang terletak di stesen minyak Petronas di seluruh negara.
* Potongan sebanyak 20 peratus bagi warga emas dan pelajar.
about more rehearsal's photos
Azizah dan Ramlee - my name is Siti dan Sean
Remy and Sally - my name is Sean dan Liza Hanim
Norizan, your queen - my name is Melissa Saila
Sukardi dan Norizan - my name is Chedd and Melissa
"telah tba masa ! era gemilang! - my name Baby Arin, Talif, Nik, Yus (so you think you can dance) and the ensemble
"Apa Takdir Kita, Azizah?" - my name is Sean and Siti
Zouk karl Dee and Sally Moon - my name is Chedd and Liza
" a Dollar for a Dollar and Shaw will Show you!" - My name is Douglas LimAs promised to the forumers at this Cari thread, here are some of the rehearsal photos to entice you all to come and watch us .
I got an SMS from my reader this morning saying "how to get ticket? the newspaper yesterday said that the tickets all sold out!" I checked with Datin Seri Tiara, she reconfirmed that the ticket are still available but moving really fast! Call the ticket counter to inquire or visit ticket2u.biz
See you all in Istana Budaya soon!
I got an SMS from my reader this morning saying "how to get ticket? the newspaper yesterday said that the tickets all sold out!" I checked with Datin Seri Tiara, she reconfirmed that the ticket are still available but moving really fast! Call the ticket counter to inquire or visit ticket2u.biz
See you all in Istana Budaya soon!
Saturday, September 22, 2007
about the rehearsal's photos...
Ramai pula yang mengSMS dan mengemail saya menanyakan, "wajib tonton ke P Ramlee The Musical... akan semeletop seperti PGLM?"
.
Saya tak nak janji apa apa tapi yang pasti kami semua tak sabaq nak naik pentas Raya nanti hehehe. TERUJA sangat sangat dah ni! dan sebagai teaser kepada anda semua, lihatlah gambo gambo ini. cepat tempah tiket... kita jumpa di Istana Budaya nanti ok!!!
.
Saya tak nak janji apa apa tapi yang pasti kami semua tak sabaq nak naik pentas Raya nanti hehehe. TERUJA sangat sangat dah ni! dan sebagai teaser kepada anda semua, lihatlah gambo gambo ini. cepat tempah tiket... kita jumpa di Istana Budaya nanti ok!!!
:)
"Tiada sesiapa dapat melupa, perasaan cinta pertama" - my name is Siti Nurhaliza dan Sean Ghazi
"Lambai padanya Azizah! janganlah i malu you!" - my name is Siti Nurhaliza , Baby Arin , Nadia dan RuzanaFriday, September 21, 2007
about the rehearsals...
Subject utama gambar ini bukan yang kat depan tu tapi yang pakai skirt hijau kat belakang tu... hehehe... i must say by watching her rehearsing day by day she's getting better in her acting and i must say, she can act! part menyanyi tu no one can deny lah... mesti korang tak sabar nak tengok dia berlakun kan?.
so korang dah tempah tiket ke belum? this time jangan nak harap last minute sebab sure takde extension/extra performances punya sebab immediately after P Ramlee the musical habis je terus produksi Peter Pan pula akan masuk Istana Budaya. jadi cepat go and get your tickets now jika anda nak tengok Siti Nurhaliza, Sean Ghazi, Liza Hanim, Melissa, Atilia and off course ehem ehem... yours truly on stage!
tidak ketingallan juga nanti, ada bebudak Infinatez dan luscious dan juga Zeqhty (audition2), Azrul (DJ SuriaFM), Baby dan Ei Ein (res2), Douglas Lim, Megat Sharizal dan ramai lagi bersama sama menjayakan P Ramlee The Musical
Muzikal ini di arahkan oleh Adlin Aman Ramlee dan Zahim AB, koreografi oleh Pat Ibrahim, Set oleh Raja Malek, Muzik oleh Erwin Gutawa dan lagu oleh Dick Lee
tidak ketingallan juga nanti, ada bebudak Infinatez dan luscious dan juga Zeqhty (audition2), Azrul (DJ SuriaFM), Baby dan Ei Ein (res2), Douglas Lim, Megat Sharizal dan ramai lagi bersama sama menjayakan P Ramlee The Musical
Muzikal ini di arahkan oleh Adlin Aman Ramlee dan Zahim AB, koreografi oleh Pat Ibrahim, Set oleh Raja Malek, Muzik oleh Erwin Gutawa dan lagu oleh Dick Lee
Subscribe to:
Posts (Atom)








"Lihatlah.. look at him..." - my name is Atilia dan Zeqhty