Thursday, February 18, 2010

about roket episod 5


Hanya beberapa minggu sahaja lagi konsert akan berlangsung dan Hafiz, Aril dan Akim dibawa untuk membeli belah barangan mewah oleh perunding imej khas mereka dan saksikan bagaimana terkejutnya salah seorang dari mereka apabila disarankan untuk membotakkan dan mewarnakan biru pada rambutnya?? Dan kenapa pula perunding imej mereka memarahi Hafiz? Saksikan Roket episod 5 hari Jumaat jam 9:30 malam hanya di Astro RIA!

Tahniah kami ucapkan kepada Mohamad Khairul Bin Duan kerana telah memenangi cenderahati ROKET bagi episod yang lepas. Episod 5 bakal bersiaran hari jumaat ini pada jam 9:30 malam Jumaat ini. Jangan lupa untuk menonton Hafiz , Aril dan aril dalam rancangan Roket Destinasi : Bintang di ASTRO Ria (104) dan menangi barangan cenderahati ekslusif Roket berupa T-Shirt dan poskad istimewa dengan menjawab 2 soalan berdasarkan episod 5 bersertakan slogan terbaik tidak kurang dari 5 patah perkataan.




1: Salah seorang dari artis kita terkejut kerana rambutnya bakal dibotakkan dan diwarna biru. Siapakah dia diantara Hafiz, Aril dan Akim?


2: Namakan syarikat yang menerbitkan rancangan roket destinasi:bintang, seperti yang tertera di akhir rancangan...


3: Saya suka menonton roket destinasi bintang kerana... (tidak kurang dari 5 patah perkataan)


Emelkan jawapan berserta slogan dan sertakan nama, nombor telefon dan alamat surat menyurat kepada tenonten@enfiniti.com.my selepas habis siaran 10 malam . Pemenang mingguan akan kami umumkan seawal Selasa 23hb Feb 2010 melalui Facebook Friends of Enfiniti dan emel.


http://www.youtube.com/watch?v=i7S_R8B0NXQ

originally posted on http://cheddyusoff.blogspot.com

No comments:

Related Posts with Thumbnails