Monday, October 15, 2012

FB memutus dan menyambung silaturahim , kita pilih yang mana kita mahu

Salam perkenalan, ini Adik Wan Zambry

Saya kenalkan pada kengkawan, ini adik Zambry, anak jiran bawah umah semasa kami tinggal di flat Kenanga KTM, Lama betul tak berjumpa Adik Zam atau nama sebenarnya , Wan Zambry...

Pernah terserempak tanpa sempat berbual pada 1996/7 di LRT Bangsar semasa pintu LRT ditutup dan sekali lagi secara ringkas pada hari raya 2009 tanpa sempat berbual...

Kalau nak dikira kirakan, keluarga adik Zam dan kami agak rapat dahulunya dan boleh dikira sebagai keluarga.

Adik Zam pernah mengaji dengan arwah Abah dan juga mak ngah Timah (adik arwah mak) dan kemudiannya ayah adik Zam, pakcik Wan Samsudin pula telah menemukan jodoh mak ngah Timah dengan sepupunya , ayah saudara saya sekarang , Pak Rahim...

Saya sendiri semasa dizaman persekolahan pernah digossipkan dengan salah seorang adik beradik Adik Zam (tak perlulah cerita lebih lebih hehehe) gossip zaman sekolah ni rekaan semata mata! Bukan betul pun... Kami yang digossipkan ni makin la malunya bila bersua. Kesian kat dia...

Diawal mula mula saya mencari calon isteri dulu pun saya telah cuba di"keneng-keneng"kan oleh mak ngah Timah dengan salah seorang ahli keluarga adik Zambry juga... Tapi nak buat camana... Jodoh tuhan telah tentukan untuk saya dan CikWifey saya... Alhamdulillah... jadinya... Bak kata teman sebaya Wan Zambry dan juga classmate adik saya Amin... Takyah cerita, "Biarlah Rahsia!" Hehehe

Adik Zam dari fizikal memang la dah besar panjang berbanding budak kecil yang berlari bawah rumah sambil main Rounders dulu... Nakal tak juga, nakal lagi saya ! Tapi muka tetap sama dan lesung pipit tetap ada kekal kedalamannya. Kalau jumpa tepi jalan insyaAllah boleh kenal.

Setelah baru berhubung diFB , minggu lepas baru kami berkesempatan bertemu... Banyak cerita lama kami singkap, mengenai adik beradik, mengenai abah, mengenai zaman kecil...

Alhamdulillah 3 sudah cahaya matanya (kalau x silap) dan masih ramah seperti dulu. Punyai pekerjaan mulia menjaga pesakit dan terutamanya orang orang tua yang tidak sihat...

FB juga telah sambungkan tali persaudaraan kami setelah sekian lama tak berhubung ... Ini pun secara tak sengaja ... Melalui friend list sahabat Mutual kami...

So kalau ada yang sekarang boleh bergaduh , putus hubungan dek kerana FB, ada juga yang memanfaatkan social media untuk eratkan silaturahim .

Saban hari saya terbaca status status yang berbaur pergaduhan, ada juga yg hebat bergaduh walaupun tidak pernah bersua! cuma hanya di alam cyber pun boleh gaduh!

apa kata kita semua, kala bila ada masa terluang, cuba berjumpa dengan rakan FB kita, eratkan persahabatan dan bercerita tentang persahabatab seperti yang saya lakukan ini, mungkin banyak yang baik boleh kita kongsikan bersama insyaAllah...

#kawanLama #keluarga

No comments:

Related Posts with Thumbnails