Sunday, February 03, 2008

about Kenduri Of The Year!

Tahniah Ning - Omar yang melangsungkan persandingan mereka di dalam Dewan Martrade opps salah tempat, Kampung Nekmat! Yup! seluruh didewan ditukar suasana menjadi perkampungan yang diberi nama kampung Nekmat. Cukup bagus sekali ide ini dan rata rata kedengaran orang memuji muji majlis malam tadi. siap dengan rumah pengantin, sungai, reban ayam dan kambing!!!

Apa yang perlu dipuji juga ialah hidangan makanan! saya yang duduk sekali bersama Cikgu Fatimah (AF) dan keluarga berserta Cikgu Najmi bersetuju sekali bahawa makanan kampung yang disediakan lazat sekali!

Dapat dilihat suasana kahwin orang kampung kerana rata rata tetamu yang hadir semuanya berpakaian ala-ala kenduri kampung dengan batik, pelikat dan pelbagai. saya teruja masuk dewan kerana perasaan rindu ke kampung terubat seketika takkala masuk kedewan.

Pujian mengunung harus diberikan kepada penganjur majlis yang bertungkus lumus mengendalikan majlis. sememangnya majlis kenduri kahwin Of The Year! terima kasih Vernon kerana menjemput.

Apa yang penting, majlis kenduri tadi cukup releks santai dan bersahaja tetapi tetap ada class tersendiri dan memang wajar saya katakan ini majlis kahwin terbaik pernah saya hadiri. pelbagai acara diadakan tetapi kerana acara malam tadi begitu releks dan personal, masa berlalu cepat sekali kerana masing masing seronok, ber poco-poco, ber joget lambak dan pelbagai. sekali lagi saya nak puji pihak yang membuatkan majlis tadi meriah sekali.

kalau nak tengok gambar gambar yang banyak saya ambil ketika majlis silalah jemput ke cheddgraphy. mana tau kut kut gambar anda ada disitu... hehehe

Part II of the photo collections uploaded! click here

2 comments:

Anonymous said...

Love the KAMBING pic. Absolutely gorgeous!

chedd.eddie.yusoff said...

thnks! i've got emails and sms saying they love the kambing photo too! great idea for a kampung theme don't u think?

Related Posts with Thumbnails