Thursday, September 30, 2010

about bukit tunku dan ayat kursi

Disini saya nak kongsi apa yang saya alami. Dalam kehidupan seharian kita, ada beberapa ayat lazim yang kita biasa baca dan sebati dengan kita seperti Al-Fatihah, 4 Qul dan Ayat Kursi (antara banyak lagi ayat ayat lain dari kitab suci Al-Quran). Saya mengaku bahawa saya buka yang alim sangat tetapi ayat ayat ini memang saya gunakan hari hari dan hafal.

Saja nak cerita pengalaman saya baru baru ini dimana saya dalam perjalanan untuk ke Hentian Bas Duta pada jam lebih kurang 11 malam, kebiasaannya saya akan mengikut jalan besar dan kadang kadang jalan pintas Bukit Tunku setelah keluar dari Penchala Link.

Pada malam tersebut kebiasaan saya itu telah bertukar menjadi luarbiasa. dari kediaman saya di Sri Damansara saya turun ke LDP dan perasan bahawa petrol saya hampir habis lalu saya berhenti disebuah stesen minyak petrol (tak yah cakap yng mana satu la taknak you all takut plak) . Sementara saya mengisi minyak saya tak tahu kenapa perasaan saya begitu kuat mengatakan ada sesuatu yang tak kena dan memerhati kearah kawasan semak /hutan disebelah stesen petrol tersebut. kalau hari biasa , saya akan cuba buat tak tahu tetapi malam tersebut, saya terus memandang kearah semak tersebut.

Black figure
gambar hiasan

read more :

Monday, September 27, 2010

About Tiara & Siti Nurhaliza tepung tawar iPhone4


cuba teka apa boss saya DS Tiara Jacquelina buat dengan D Siti Nurhaliza tu? saya ambil foto ini semasa majlis rumah terbuka DSTJ Jumaat lepas dan kebetulan rakan saya SM baru sehari bersama iPhone4 Maxis barunya yang masih belum dibuka dan masih dalam plastik dan masih baru dan DIA DAPAT PERCUMA (jealous aku!!!!)... kebetulan DSN Dan DSTJ juga sebenarnya hantu gadget juga ... jadi kami beri peluang dua artis hebat ni jadi orang pertama pegang iPhone4 Maxis baru kepunyaan SM (SM I HATE YOU) ... siapa sangka keletah DSTJ dan DSN sangat kelakar apabila DSN letak cupcake atas kotak dan buat aksi tiup lilin dan DSTJ pula berlari kedapur ambil beras utuk ditepung tawar.... kelakar... banyak aksi lucu mereka berdua saya rakam dalam kamera saya tetapi biarlah yang ini sahaja kita kongsi bersama ... takut nanti jadi FREE advertisement buat Maxis plak... lainlah kalau Maxis kasi hadiah satu #MaxisiPhone4 kat saya .... huhuhhuhu


apa apa pun ... artikel mengenai ini juga telah diblog juga oleh SM disini


Wednesday, September 22, 2010

about : how to steal a laptop easily (malaysian style)



Allahhuakhbar OMG OMG OMG! buat malu kaum je... pakcik tu pakai kopiah, makcik tu pakai tudung... desperate sangat la tu... saya tak setuju mereka mencuri tapi mungkin untuk anak masuk uni? tak berkat pakcik belajar anak tu nanti :(

original video http://www.youtube.com/watch?v=YeLwZGcuhTA

Thursday, September 09, 2010

about perutusan hari raya

khas buat kawan kawan pembaca semua...




perutusan khas raya ikhlas dari saya dan jangan lupa untuk juga saksikan lagu khas saya Suara Takbir Buat Adik dendangan saya bersama hazman halid disini :)

Sunday, September 05, 2010

about suara takbir

selamat menyambut hari raya buat semua ikhlas dari saya . rakaman bersama en Hazman Halid saya tujukan buat semua ... eratkan sillaturrahim, eratkan kekeluargaan.. sayangi adik abang kakak kita... selamat hari raya. tahun ini saya beraya sederhana...




Related Posts with Thumbnails