Saturday, September 29, 2007

about official promo photos...

p ramlee and saloma

me... aiyo kenapa rambut ku tinggi begitu???

azizah

taken from and with consent of Datin Seri Tiara, these are some of the latest promo photos for P Ramlee The Musical. more coming soon... including a video!


Friday, September 28, 2007

about summore rehearsal's photos...

our girl fern had posted almost 70 new and old photos at her multiply. here are some previews. go to fern's multipy to view the whole collection.

the tuan director and his muse? my name is sean ghazi and zana luscious

apakah kau akan sentiasa cintakan ku? my name is sean ghazi and siti nurhaliza

bila nak berbuka ni... my name is azrol, yong, rafiq, megat, qahar, defoo alvin and d-ha

dara dan teruna sekampung (???) my name is ida mariana, alvin infinatez, fauzuly d-boy and shah infinatez

a pose... miss universe... my name is alvin, ida, atilia, pat, raja malek and queen melissa

tak faham aku dengan budak jantan 4 org ni... my name is yong, alvin, shah infinatez and megatron

pantang nampak camera... my name is nadia luscious, maya tan, pat, sean, ida, megat, alvin and yong gp ... huhuhu

i'm lonely, ram... my name is sean and melissa

www.cheddyusoff.com

Monday, September 24, 2007

about the press conference...


P.Ramlee The Musical bakal cetus fenomena(utusan malaysia - 24 Sept 2007)
Oleh: SHAZRYN MOHD. FAIZAL


SETELAH Puteri Gunung Ledang the Musical (PGLM) berjaya mencatatkan kejayaan yang luar biasa pada tahun lepas, kini teater muzikal terbaru terbitan Enfiniti Productions Sdn. Bhd., P. Ramlee The Musical (PRTM) yang akan mula dipentaskan di Istana Budaya pada 18 Oktober ini dikatakan bakal mencetuskan satu lagi fenomena baru dalam industri hiburan tanah air.Ini diakui sendiri oleh Penerbit Eksekutifnya, Datin Seri Tiara Jacquelina ketika ditemui pada majlis pemilihan Media Prima Berhad (MPB) sebagai media rasmi untuk teater muzikal berkenaan yang diadakan di Borneo Rainforest Cafe, Bandar Sunway, Petaling Jaya, Rabu lalu.

“Sehingga kini, kesemua yang terlibat masih lagi sibuk dengan latihan yang sudahpun memasuki fasa terakhir. Saya kagum dengan semangat dan dedikasi yang ditunjukkan oleh semua, termasuk penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza.“Saya tidak sangka Siti Nurhaliza boleh memberikan persembahan yang begitu bagus sekali. Ternyata, percaturan kami memilihnya untuk watak Azizah memang tidak silap.

“Apatah lagi menyaksikan Siti menyanyikan lagu baru ciptaan Dick Lee yang berjudul Mulanya Cinta bersama pengarah muzik, Erwin Gutawa. Ia membuatkan saya tergamam dan hampir tidak percaya, Siti berjaya melakukannya,” kata Tiara yang menyatakan Mulanya Cinta merupakan salah satu lagu kegemarannya pada pementasan itu.Agak istimewa pada pementasan PRTM kali ini, penonton akan menyaksikan penglibatan penggubah muzik tersohor Indonesia, Erwin Gutawa sebagai pengarah muzik.

“Menariknya, Erwin Gutawa sendiri yang mahu melibatkan diri dalam pementasan ini ketika kami berbincang dengannya kerana P. Ramlee adalah idolanya. Katanya, hanya inilah caranya untuk dia menyumbang kreativitinya demi P. Ramlee yang sangat dikaguminya,” jelas Tiara lagi.

PRTM menampilkan 40 lagu iaitu 14 lagu baru termasuk Janji Yang Hilang dan Lihatlah Dia nyanyian penyanyi yang sedang meningkat naik, Atilia. Selebihnya adalah lagu-lagu P. Ramlee yang diberi nafas baru oleh Erwin Gutawa.Tiara turut menyatakan rasa kagumnya pada Liza Hanim yang memegang watak Saloma pada pementasan itu.“Liza sememangnya ‘jelmaan’ Allahyarham Puan Sri Saloma.

“Liza berjaya menghayati watak Saloma dengan begitu berkesan sekali. Lebih lagi, suaranya yang lemak merdu itu membuatkan dirinya bagaikan Biduanita Negara itu. Malah, keserasiannya bersama Sean Ghazi yang memegang watak P. Ramlee memang menjadi. Seolah-olah kami melihat jelmaan P. Ramlee dan Saloma yang kedua,” ujar ‘Puteri Gunung Ledang’ ini lagi.Berbanding PGLM, kata Tiara PRTM menggunakan set yang lebih besar iaitu sebanyak 12 set utama berbanding empat sahaja ketika pementasan PGLM.

"Ini kerana PRTM mengambil kisah hidup P. Ramlee bermula dari tahun 50-an sehinggalah ke tahun 70-an. Malah, pelakon kali ini juga lebih ramai iaitu melebihi 40 orang pelakon,” jelasnya.Khabar gembira bagi Tiara adalah pihak Esplanade Theater Singapura turut meminta pihaknya mementaskan PRTM di pentas bertaraf antarabangsa itu tahun hadapan dan juga pementasan PGLM buat kali kedua.Para penonton akan berpeluang menyaksikan di sebalik tabir pembikinan PRTM pada 20 Oktober ini, pukul 5 petang di TV3.Info P. Ramlee The Musical

Harga tiket bernilai RM30, RM50, RM80, RM120, RM150, RM180 dan RM200 boleh didapati menerusi:


* Kaunter Box-office di Istana Budaya.

* Tempahan menerusi talian 03-2091 1666 yang dibuka 24 jam.

* Tempahan menerusi laman web www.ticket2u.biz.

* Tempahan menerusi telefon bimbit melalui java.ticket2u.biz dan membuat bayaran di kiosk. lMobility One yang terletak di stesen minyak Petronas di seluruh negara.

* Potongan sebanyak 20 peratus bagi warga emas dan pelajar.


Untuk makluman lanjut, layari www.pramleethemusical.com

about more rehearsal's photos

Azizah dan Ramlee - my name is Siti dan Sean

Remy and Sally - my name is Sean dan Liza Hanim

Norizan, your queen - my name is Melissa Saila

Sukardi dan Norizan - my name is Chedd and Melissa


"telah tba masa ! era gemilang! - my name Baby Arin, Talif, Nik, Yus (so you think you can dance) and the ensemble

"Apa Takdir Kita, Azizah?" - my name is Sean and Siti

Zouk karl Dee and Sally Moon - my name is Chedd and Liza

" a Dollar for a Dollar and Shaw will Show you!" - My name is Douglas Lim

As promised to the forumers at this Cari thread, here are some of the rehearsal photos to entice you all to come and watch us .

I got an SMS from my reader this morning saying "how to get ticket? the newspaper yesterday said that the tickets all sold out!" I checked with Datin Seri Tiara, she reconfirmed that the ticket are still available but moving really fast! Call the ticket counter to inquire or visit ticket2u.biz

See you all in Istana Budaya soon!

all photos by chedd eddie yusoff
www.cheddyusoff.com

Saturday, September 22, 2007

about the rehearsal's photos...

Ramai pula yang mengSMS dan mengemail saya menanyakan, "wajib tonton ke P Ramlee The Musical... akan semeletop seperti PGLM?"
.
Saya tak nak janji apa apa tapi yang pasti kami semua tak sabaq nak naik pentas Raya nanti hehehe.
TERUJA sangat sangat dah ni! dan sebagai teaser kepada anda semua, lihatlah gambo gambo ini. cepat tempah tiket... kita jumpa di Istana Budaya nanti ok!!!

:)

"Tiada sesiapa dapat melupa, perasaan cinta pertama" - my name is Siti Nurhaliza dan Sean Ghazi

"Aku gumbira melihat keadaan ko Ramlee" - my name is Chedd Eddie Yusoff dan Sean Ghazi

Arrrrr... - my name is Atilia, Diha, Adik, Zeqhty, Ida, Arif, Maya dan Firul

"Lambai padanya Azizah! janganlah i malu you!" - my name is Siti Nurhaliza , Baby Arin , Nadia dan Ruzana

"Ropa kamo yang chantek... oh nonaku Azizah" - my name is Sean, Azrul dan Yong

"Lihatlah.. look at him..." - my name is Atilia dan Zeqhty

Friday, September 21, 2007

about the rehearsals...

Subject utama gambar ini bukan yang kat depan tu tapi yang pakai skirt hijau kat belakang tu... hehehe... i must say by watching her rehearsing day by day she's getting better in her acting and i must say, she can act! part menyanyi tu no one can deny lah... mesti korang tak sabar nak tengok dia berlakun kan?
.
so korang dah tempah tiket ke belum? this time jangan nak harap last minute sebab sure takde extension/extra performances punya sebab immediately after P Ramlee the musical habis je terus produksi Peter Pan pula akan masuk Istana Budaya. jadi cepat go and get your tickets now jika anda nak tengok Siti Nurhaliza, Sean Ghazi, Liza Hanim, Melissa, Atilia and off course ehem ehem... yours truly on stage!

tidak ketingallan juga nanti, ada bebudak Infinatez dan luscious dan juga Zeqhty (audition2), Azrul (DJ SuriaFM), Baby dan Ei Ein (res2), Douglas Lim, Megat Sharizal dan ramai lagi bersama sama menjayakan P Ramlee The Musical

Muzikal ini di arahkan oleh Adlin Aman Ramlee dan Zahim AB, koreografi oleh Pat Ibrahim, Set oleh Raja Malek, Muzik oleh Erwin Gutawa dan lagu oleh Dick Lee

al fatiha

Police confirmed the DNA test on the body of a girl found stuffed in a sports bag at a shophouse in Petaling Jaya Utama on Monday is that of Nurin Jazlin Jazimin who was missing since a month ago. However, the police proposed a second DNA test be conducted to confirm this after eight-year-old Nurin's parents refused to accept the positive DNA results released here on Thursday.

Al fatihah

The family still refuse to accept that the girl is Nurin. for more information on the search of Nurin from the point of view of Nurin's family, go to this blog set up by Nurin's uncle.

updated 7.00 am friday

Due to the overwhelming scientific evidence produced, the parents of Nurin Jazlin have decided to accept the body they inspected as of their daughter's.The body will be claimed this morning and funeral (burial) would probably be held after Friday prayers today. source
official blog


al fatiha


Thursday, September 20, 2007

about Siti dan Snoop dogg



originally posted on Sultan Muzaffar's blog... this is a nice mix of Siti and Snoop Dogg of Siti's song Pendirianku. have a listen it's a good mix mixed by DJ cybersonique

and if u have the time try listen to Black Eye Peas featuring Ramlah Ram song Kau Kunci My Humps also huhuhu

Wednesday, September 19, 2007

about P Ramlee the Musical punya tiket da...


Tiket untuk P Ramlee the musical sedang dijual! cepat dapatkan tiket anda sekarang!

Tarikh / Date
::
18 Oct - 3 Nov 2007,
Selasa – Ahad / Tue – Sun 8:30 pm
Sabtu – Ahad / Sat – Sun 3:00 pm
Rehat pada hari Isnin / Off on Mondays
Panggung / Venue
::
Panggung Sari, Istana Budaya, Jalan Tun Razak.
Harga ticket / Ticket prices
::
RM 30, 50, 80, 120, 150, 180 & 200*.
* Harga adalah sebelum caj kad kredit dan yuran
* Prices are before credit card and fees

buy online here now atau hubungi cawangan berkenaan :

Ticket2u
Call Centre :: 03 4149 8600
No 26-2, Jalan Wangsa Setia 3,
Wangsa Melawati, KL

BoxOffice, Istana Budaya
Jalan Tun Razak, KL :: 03 4026 5558

TicketCharge
29-5, Signature Office Suites,
The Boulevard, Mid Valley City, KL
TicketCharge Call Centre :: 03 2241 9999

Monday, September 17, 2007

about my name is?

Ramlee dan Azizah

My Name is Remy, Remy... kisah P. Ramlee, P. Ramlee The Musical... yang mana satu idaman kalbu ? tak kisah yang mana satu tajuknya, yang penting ceritanya tetap sama, P Ramlee...

One more month to go and today we had the pleasure to do a run through of both acts with near complete casts with Datin Seri Tiara and Dato K in the audience as our observer... with the exception of BS Rahjans and RunMe Shaw's character, everyone was there to try test cuba tengok the whole play. still lots to be done but am convince that we will be ready to rock Istana Budaya this Raya, insyaallah.

Hari ini kami mula dari pukul 4 petang dimana run through act 1 dijalankan. as for me, the lines are ok tetapi my dance steps berterabur sedikit, dunno why, i am not like this normally tetapi mungkin kerana masih lagi mahu cuba menyesuaikan diri dengan ruang besar yang baru dan juga mungkin kerana puasa. Macam yang si Fern juga alami... blur blur sikit

time buka puasa pula hari ini meriah juga, macam dah raya, masing masing beli extra foods (walaupun makanan dah disediakan pihak produksi) tetapi kami beli tanpa consult each other so terlebih beli, typical malaysian semasa buka puasa, kuih muih berlambak lambak tetapi seronok juga. kebiasaan semasa Ramadhan saya selalu berbuka sendiri sendiri tetapi Ramadahan ini best sebab dapat ramai orang temankan, zeqhty, abang Talif, azrul, zana, baby arin, nadia, eiein, pat ibrahim and ian, cik lek, megat dan kengkawan lain. meriah betul... pak Erwin Gutawa pun ada.

tetapi yang paling penting dalam produksi ini saya dapat mengenal ramai orang dan perangai baru, bebudak Infinatez yang masing masing perangai serba serbi (aku kengkadang pelik macam mana they all boleh jadi satu kumpulan hehehe masing masing different characters), Liza Hanim amat ramah orangnya tidak ada DIVA langsung, begitu juga Melissa Saila apatah lagi si Atilia kengkadang tu gila-gila jugak they all ni huhuhu, juga berbesar hati dapat kerja dengan datuk SITI sekali (semua nama nama besar dan tak ada satu pun yang DIVA kat sini... semua best) Sean "Lemy" Ghazi juga satu lagi, very co operative and professional, dia buat semua orang rasa selesa macam dah lama kenal... seronok berkerja dengan mereka dan sudah semesti kawan kawan lama membuat kerja diwaktu Ramadhan begitu selesa sekali...

Isnin hari cuti, banyak benda dirumah nak diselesaikan... tetapi tak sabar nak balik berkerja hari selasa.

Thursday, September 13, 2007

about Ramadhan and Istana Budaya

we started entering Istana Budaya since Tuesday and i am somewhat very scared now realizing that we only have more or less another month to go before opening night of our new Musical. Even more scary is that now that we are working in an almost real space, all choreographies has to re choreograph or reinterpret to fit the new space. more works to be done and lesser time with Ramadhan coming in tomorrow. oh dear God, Help Us. but I am convinced that we are so gonna have a good show.

on that note, i would like to wish all kengkawan and readers, a happy Ramadhan. Jangan puasa yok yok ok!

and by the way, Remy is now no longer Remy... kisah P Ramlee... KEKKWA wants Remy now to be known as P Ramlee the musical (?!).

Monday, September 03, 2007

about Aizat and Misz

I got a text message from Aizat minutes ago that his single sahabat will makes it's debut tonight on xfresh fm. those with access to xfresh don't forget to tune in and listen to it. i myself haven't got a chance to listen to it yet. mengikut maklumat di kasigegar.com, lagu itu akan keudara jam 9 malam dan Aizat akan bersiaran bersama Adi fashla malam nanti....
.
And if you remember my earlier post about old friends? i managed to tracked down misz on friendster through shanel. hopefully she'll reply my message soon. can't wait to meet them all soon.
.
And this morning, i decided not to go to TV3's Anugerah Skrin press conference at OneWorld Bandar Utama (my sitcom Keluarga Adam got nominated for best comedy) because this is the only day that i am realy truly free since forever (actually sebab utama ialah saya tertidur balik lepas suboh hehehe)... i decided to do some gardening that i have neglecting instead. Keluarga Adam was running for 2 seasons on TV2 last year and early this year. hopefully menang lah... huhuhu

www.cheddyusoff.com

Saturday, September 01, 2007

about PGLm the comic

he he he. was browsing my old files and I found this hidden sumwhere in my hard drive. I did this last year. click on the image to view the original file in the original size.

and for those who don't understand the lingo , here the translation ;

Adipati : why are you fools congregating here??!!! arghhh! for goodness sake!

zana : ha ha! what a @#%*@ question!

me : hey Gusti Adipati, why are you asking us such stupid question?! we are here to celebrate the arrival of "Hunk" Tuah!

baby Arin : (singing her old song "kepastian")

Adipati : Like I care who hunk Tuah is!! i shall sail to malacca to "kill" his dreams! (whatever that might be)

meanwhile on top of Mt. ophir (gunung Ledang)

Putri : I heard my brother is going to malacca searching for us! what fool he is!! Mt ledang is in Johor not malacca! he won't find us Muahahahaha!

when warrior talip found them on the mountain...

Putri : what do you want from us talip? you got the wrong person, my name is Cik Siti wan kembang, a kelantanese princess not javanese princess... muahahahahah!

Talip : Aiyoyo! why like that one?

Tapok : dear god... how like this one??!! the Sultan sure angry since we didn't manage to locate the javanese princess... so how talip? what shall we do?

Talip : the solution is sooo easy! we just need ti lie to the Sultan that the princess is actually a prince !

Sultan : NO!!!! why like that one???

tell me what you think...


www.cheddyusoff.com


Related Posts with Thumbnails