Sunday, April 29, 2007

about blowing up...

Alamak... terlepas betul la... acara pagi ini betul betul best. geram rasanya sebab i tak dapat join kerana hari ini, seperti hari Ahad yang lain, saya sibuk dengan latihan teater saya... geramnya tak dapat join...
.
Talking about geram, i have had it... 2 months i am keeping it to myself, yesterday i blew up. If you have been reading my blogs earlier you would have notice about my small little problem with my fellow actor in my current theater project URMI aka Shakespeare's Tempest.
.
I told him about my unhappiness working with him that there's no good chemistry which is important in a play, especially when in the whole play, i'll be acting with him . Told him that all this while i felt like I'm acting alone as i am not getting any positive energy from him. plus the fact that i am frustrated that we both been acting in a void without one more actor who will only arrive from Singapore this coming May 5th (Press preview on 7th) Gila rasanya nak kerja macam ini.
.
I guess we settled the problem as i figured his character is like that and i guess i'll use that feel towards him in all of our scenes as my character is suppose to be irritated with him in some scene.
.
But today after working the whole day from 10am till 5.50pm in KLpac, i'm beginning to understand him better. We'll work it out fine. I figured, opening up is good.
.
Hmmm... mana nak tengok malam nanti, Diari ke? Gang Starz... kalau Diari, ada ulangan masa subuh dengan tengah hari nanti, tapi tak sabar pulak nak tengok... Gang Starz? dah kurang seronok nak tengok sebab kawan kawan aku Lucious dan Equal Stars dah kena voted out, benchi betul bila berDilemma sebegini.

about kezhutan dan gegaran...

Terkejut? Kalau Sabtu lepas, anda tak cayak, malam tadi anda lupa untuk tolong kasi gegar? Diawal konsert nama Aizat boleh dikatakan cukup gah dalam senarai. Anda leka? lupa? atau...

Dengan hanya tinggal 7 orang saja lagi didalam Akademi, pertaruhan untuk Juara AF5 masih lagi satu persoalan yang susah nak jawab. Sudah ada aura yang kuat? Hmmm... Anda fikir sendiri... Isnin pagi nanti mesti nak up-skit kan dia orang. Kengkawan semua ada idea?

Dalam pada tu saya nak cubit manja sedikit dekat tenaga produksi konsert tadi... (jahat nya, babap dia) Pandai betul buat kezhutan dengan membawa ibu bapa para pelajar... Dendangan abang Aznil malam tadi membuat satu dewan menangis. Nampak saja ibu bapa Mila keluar saya dah nangis (buat pertama kali dalam sejarah AF) sebab saya teringat arwah mak dan abah saya. Perhatian saya terus saya alih kepada Aswad. Tuhan saja yang tahu betapa sebaknya dada, kerana saya boleh rasa perasan Aswad tika itu.

Walau bagaimana pun, tahniah kepada En.Shahrin dan Kak Suriani (betul ke aku eja nama dia orang ni?) kerana sporting enough malam tadi dan berjaya menang TV plasma 42 inci tu. Jealous nya aku... By the way, kepada abang kepada Aizat yang salam saya sehabis konsert tu, nama saya Chedd, bukan Raimee (hmmm...)

Saturday, April 28, 2007

about the 42 inch plasma tv ... FREE!

You heard abang Aznil last night! i am so jealous! if only i am not involved in the AF5 production i would go and rent some baju pengantin so tonight i'll win one of the two 42 inch plasma tv offered to the concert viewer who wears the most creative national costume.

jadi apa lagi... pakailah semeriah mungkin dan datang malam ini berpakaian traditional paling gempak, mana tahu... kot kot TV Plasma 42 inci itu milik anda... free tu babe! JEALOUS AKU!!!! see you there...

Friday, April 27, 2007

about outside world and getting along well...

Tomorrow one more will go (unless Astro is up for another kezhuutan) as for who will be voted out after the concert? it is still satu pop-quiz yang susah nak jawab (ingat lagi tak abang Aznil zaman pop-kuiz dia dulu tapi yang masih melekat dalam ingatan saya masa abang Aznil baca Berita Muktakhir). di tahap ini sapa sapa boleh menang kerana anda sendiri lihat permainan undi setiap minggu. naik turun... jadi jangan pulak nanti terkejut ...
.
Kalau anda perhatikan ada pattern sebenarnya kedudukan peratusan undi mereka. Bertukar tukar, hari ini naik esok turun, concert turun, lepas concert naik balik, ini semua sebab anda yang mengAFUNDI. Tapi itu tak penting bagi mereka untuk tahu. Yang penting sekarang belajar, bukan setakat jadi penghibur, tetapi penghibur bijaksana berilmu supaya bila keluar nanti boleh bijak mengawal diri dan kaadaan sebab dunia luar ini perit dik oi. saya kena dah macam macam dugaan. sekarang pun masih lagi menerima dugaan ...
.
Bercerita pasal dunia luar, students yang masih ada didalam Akademi semuanya tak tahu apa yang berlaku diluar. Tapi semalam adik adik AF5 diberikan kelonggaran sekejap menonton TV pada sessi pertabalan Agong kita yang baru. Gembira sekejap dapat tengok TV.
.
So this morning aku saja kacau mereka dengan bertanya apa perasaan bila tak boleh tengok luari, si Aswad dengan penuh semangatnya berkata, dapat tengok awan melalui tingkap kecil masa naik dari asrama ke Akademi dah jadi benda seronok. Dengar guruh berdentum pun jadi seronok "oh! Hujan ya''. cuma dapat tengok dunia luar hari raptai dan hari concert, itupun terus masuk dewan bila sampai . Takpe dik, lebih bagus begini.
.
Selain kawan kawan, cuma ada trainers dan pembantu mereka saja yang mereka jumpa, (itupun kalau nasib baik, ada invited guests yang datang) makanya, sesama merekalah mereka berborak. jadi bila dah tinggal ramai itu je didalam, kebelakangan ini saya nampak ada pelajar pelajar yang rapat berdua dua... jadi teman buat bual bicara bergelak... si Mila dengan si Candy kebelakangan ini tak boleh dipisahkan, ada sahaja girl talk mereka, giggling sesama berbisik. apa yang kelakarpun saya tak pasti. kadang kadang saya marah sebab suruh senyap dia gelak (hehe gilihati betol) .Si Dafi pulak dilihat pagi tadi serentak menari dengan si Aizat semasa pemanasan vokal. si Shawal dan si Ebi pulak, tak yah cerita lah sebab mereka berdua ni kawan baik sangat sangat. yang lain lain tu? cuba anda perhatikan...
.
Takpelah... biarkan mereka belajar, kita perhati dari luar. tak sabar nak tengok gelagat abang Aznil nanti... sementara itu, kalau anda ingin melayari laman laman web rasmi dan tak rasmi pelajar AF5, sila lihat blog SultanMuzaffar yang ini.
.
Dalam engkorang asyik perhatikan mereka, saya dok asyik perhati benda ini...Nampak benda ni dekat low yat plaza : Fujitsu Deskpower TX. It's a Media Center PC with 2 built-in HiDef TVTuner ( you can watch 1 channel and record another) and 32' LCD. 32" Wide Screen LCD Display, 1366 x 768 pixels, 500cd/m2 Luminance, 800:1 Contrast Ratio Intel® Graphics Media Accelerator 900 with DVMT 3.0Dual Layer DVD Super Multi Writer. all-in-one entertainment PC. harganya : RM 15,xxx fu yoh "Ya tuhanku, Banyak kan duit aku dalam bank. Puh kiri, puh kanan ! Bismillah" KliK Klik kat Maybank2u... Tak bertambah pun duit dalam bank... alahai. mimpi je lah...

Thursday, April 26, 2007

Merafak Sembah

Menjunjung Duli

MALAYSIA welcomes a youthful new King with the proclamation of Sultan Mizan Zainal Abidin, 44, as the XIII Yang di-Pertuan Agong. Sultan Mizan is the second youngest king to be sworn in under the five-year rotation system among the rulers of nine Malay states.

Daulat Tuanku
................................

about songs of our own budaya...

Kesian tengok budak budak AF5 minggu ini. Ada diantara mereka yang tidak pernah langsung bawa lagu yang berentak sebegini. Harap harap tiada yang stress memikirkannya. Ada yang pada hari Isnin dulu dilihat resah memikirkan cara nak bawa lagu, sudah begitu selesa pada pagi ini. Ada yang masih lagi ditakuk lama, nampak sangat ini bukan genre dia. Dan ada juga yang kita fikir tentunya boleh bawa lagu berlenggok sebegini rupa rupanya tengah struggle dengan tugasan yang diberikan. Walau apapun, pujian harus diberikan kepada mereka akan kesungguhan untuk memberi yang terbaik. Mencuba. Walaupun...
.
Can't wait to see the students perform Sabtu nanti dengan lagu lagu berirama melayu sebegini. Cuma saya terbayang bayang apa jadi kalau sekiranya Dafi pilih lagu Arwah Sudir dan Aswad pula nyanyi lagu Abang Jay Jay semasa pemilihan lagu Ahad lalu... (angan angan kosong saya) Hmmm takpe, kita tunggu je lah sabtu nanti... penyu menangis? tak tahu, adik tak tahu LINE CLEAR! BAIK PUNYA!
.
Susah itu memanglah susah untuk nyanyikan lagu budaya sendiri tetapi kalau bukan kita nak nyanyi, siapa lagi? Nak tunggu Justin Timberlake bawa lagu Datuk M Daud Kilau? Atau Gwen Stefani bawa lagu Datuk Siti Nurhaliza punya Badarsila? Oooh... Sampai kucing bertanduk pun belum tentu lagi... So anggap lah ini cabaran paling besar bagi mereka tahap ini. Jom kita berjanji disini untuk menolong mereka Sabtu ini, datang beramai ramai dengan baju tradisional berwarna warni, kita meriahkan suasana. Kalau anda nak joget lambak sekalipun, silakan hehehe. Yang penting kita sorak sakan tak kira persembahan itu nanti bagus atau tidak. Kerana sorakan anda itu pembakar semangat. Kongsi kan feel anda bersama mereka dan mereka akan beri feel mereka kepada anda.
.
Senoneng saya disini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada blogger bloggers, pembaca dan kengkawan semua for your 'get well' emails and messages. Love you all (ayat skema tahap gaban tapi tetap dari hati, thanks y'all). I woke up today fully recovered! YEAH! alhamdulillah.
.
Apa jadi pagi ini dan petang semalam di Akademi ? Nak tahu, jom tengok Diari malam nanti. I'll see you on TVland.

Wednesday, April 25, 2007

about final blow...

Woke up around 7am today to a spinning headaches... i guess this is the final blow in my cycle of being sick... texted the producer and Abang Roslan that i can't go to the Akademi because demam saya makin teruk and i don't want it to melarat to the students. aduh... sakit kepala.... spinning spinning fening fening.
.
Sorry guys, today tak boleh nak update perihal AF5. rindulah pulok.

Tuesday, April 24, 2007

about the morning warm ups...

Baru sahaja habis tengok Diari malam tadi. hmmm, i was just wondering, kenapa sudah lama tak ditunjukkan sessi pemanasan vokal yang sebenar-benarnya? asyik tunjuk bab sessi panas badan je. sessi panas badan yang selalu saya lakukan memang pelik sikit sebab saya nak budak budak tu mulakan hari mereka dengan rasa lebih ceria, dengan cara mengadakan sessi bergelak itu sebenarnya merelaks kan mereka dan kalau kita gelak secara relaks itu bagus.
;;
Tumpuan sebenar semasa sessi pagi setiap hari adalah kepada vokal dengan menggunakan hissing, bubbling dimana tempo, pitch semua dipertekankan. Tujuannya adalah untuk memanaskan vokal supaya tidak tercedera ketika menyanyi. agaknya sessi mi mo ma, me mo mu tu boring sangat kot... takut juga saya kalau kalau orang nanti kata, apa mamat ni... main ke mengajar? takpe, nanti aku akan cuba up kan sikit masa vocal warm ups...

about selipar kiroro dan shawal...

Ramai betul yang sms dan email saya bertanyakan perihal kiroro... Kiroro? Aik? Tak kan tak tahu kot? Kalau anda menonton Diari setiap hari mesti anda perasan selipar snoopy kepunyaan Noni yang Shawal selalu pakai... Itulah Kiroro ... Tetapi dimana kiroro ?
.
Diantara msg dan email yang saya terima :
.
Hezzach said :: abang chedd... we need to know what happened to selipar kiroro tu... sedih tau when we don't see it anymore... that's the only thing left in there of Noni... at least mengubat rindu kami pd Noni
.
Ann said : jgn luper kirim salam kat shawal ye..dgn pesanan.. pakai ler slipper snoopy tu.. hehe.
.
Myth_angel2 said :: Helo der...nak pesan nie.. kalau abg chedd pegi af tu.. suh r shawal pakai sliper snoopy noni tu!! xkn basuh dah berapa hari kot.. xkn x kering2 lg... pls suh shawal pakai slipper tu.. sedey plak nmpk shawal dah b'alih arah ngan fasha plak...uwa!! hehe..xde lar gurau jer.. tp jgn lupa suh shawal pakai sliper tu yek..
.
Dan banyak lagi yang tak dapat saya paparkan kat sini... aik? kiroro pun ada peminat tau jangan marah! jangan nanti ada Afundi Kiroro sudah. haha. jangan terkezut mak budak pun ramai tertanya tanya. saya pun tertanya tanya juga...
.
So pagi tadi saya tanyakan si Shawal kemana hilangnya kiroro ... Sessi soal jawab ala ala soal jawab polis. Merapu-rapu jawabnya si Shawal. Insyaalah kalau keluar malam nanti dalam Diari terjawablah sudah segala persoalan... Tetapi, selesai ke tidak kes kehilangan kiroro ? Saya tak boleh cerita panjang lebar takut nanti hilang pula the element of surprise.
.
Apa pula khabarnya dengan Noni dan rakan rakan yang diluar? katanya sudah banyak jemputan adik adik AF5 sudah dapat. kalau tak silap, diya ada perform di Gempak Selebriti Astro, dan semestinya juga dia orang sudah dan akan muncul dirancangan rancangan terbitan Astro seperti Trek Selebriti, Fulus Mania dan pelbagai. Dekna katanya bakal mengiringi Mawi dalam persembahan dinner Hari Ibu kalau tak silap. congratulation dan nasib korang baik ada jentera sebusy Astro. aku ni? hampeh. hehe

Monday, April 23, 2007

about hanging out and rindu...

Started the day feeling very funny. Particularly because I'm still recovering (I know I know enough of telling people that I'm sick still) but ya, I woke up to Rain's 4th album blasting from my hi-fi (my wake-up alarm) thinking, alamak mata bengkak la... Sinus masih tahap gaban.

Feeling rather excited about meeting the AF kids. This morning the session was rather boring for my standard because I didn't prepare properly on what to do (being busy, sick and what not) but it was still a good session. They were excited that I kept to my promise to reward them with chocolate for winning the Cicak-Man challenge on Friday, made them promise not to eat after tomorrow sebab to sing chocolate not very good... Panas, tapi dah terjanji nak buat camna? But what was even more exciting was when me, Sherry (RA) and the 2 KL boys talks merapu tahap gaban about their favorite eating place. It was funny and revealing as the boys loves food and the fact that me and Dafi actually loves to hang out at the same spots was rather exciting to talk about. They miss their burgers, koay teows, Ampang Kadir's Tomyam and stuff. Poor kids, little that they know they no longer will be able to hang out like they used too now that they are celebrities ... Still can la tapi sure tak macam dulu without being notice ...


Before I left sempat juga borak dengan Cikgu Syafi about old times. I used to work with her, Sharul (I need to give him a call, lama tak borak) and Cikgu Siti Hajar during My Bollywood Summer. Seingat saya masa My Bollywood Summer, Syafi lagi garang... dan juga berbadan dua masa tu.

Habis sessi aku terus gerak ke Maybank Mutiara Damansara to get my ATM and Passbook. Ingatkan nak ngamuk tapi tak jadi sebab the girl yang handle my case, cik Nur Afrinal tu baik sangat la pulak siap gelak gelak lagi... Selesai kes.

Lupa pulak nak cerita, malam semalam aku call kawan lama si Dieba. Masih lagi diPenang. Macam macam cerita kita orang borakkan. Ada gembira, ada sedih, ada revealing stuff termasuk kes caras mencaras sesama sendiri (aku teruk kena caras diperburukkan, malas nak cerita sekarang, buat semak je. takpe, nak tau boleh tapi kita story hari lain... Boleh jadi novel ataupun skrip drama tele-movie ni... Hmmm, 'ting' idea! Idea!) tapi yang penting tetap ada gossip ... Hehehe, rindu lah dengan kawan lama. Misz kat mana? Jimmy dan Tria buat apa? Trez apa jadi abis GangStarz? Kena buat reunion ni...

Oklah... Penat menulis, Habis dah buat hari ini. Esok pula ok?

Sunday, April 22, 2007

about si cayak kah? rizal... and can't sleep...

i thought i recovered from fever but during Tempest's rehearsal today, i wasn't feeling that good still. but the problem with me is when i work, i don't show that i am sick. nak buat camna? dah happy berkerja.

Seantero Malaysia Brunei dah tau Rizal tersingkir malam Sabtu lepas. dah agak dah sebab dah beberapa minggu ni dia asyik dibawah. kesian si rizal. ada bakat dia ni tapi aku tengok more to acting dan kalau acting hmmm lebih kepada watak jahat. Ingat Nasir Bilal Khan?

Balik dari jogging tadi terus tertidur lepas mandi tapi terjaga sebab telepon berbunyi ring ring ring... SiPenang aku telephone sebab nak tanya pasal income tax, my accountant dah bising sebab aku belum sign form aku lagi katanya... alamak. habis conversation i pun apalagi... buka Tv tengok diari AF. habis je Diari ingat nak sambung tidur... eh eh... muzik @ ria dengan si rizal. all the best to you bro. dunia realiti lebih besar dari realiti TV. jumpa nanti kita belanja awak ok. yang paling best was Sean Ghazi dengan izlyn. congrats bro for the 8 AIM nominations but yang paling I'm jealous about was that bloody superchantek beautiful super cool video clip for Semalam! geram aku tengok because it was simply fantastic. Terus aku sms si Izlyn to comment (although she's live on tv) .

After that ingat nak tidur... eh eh lupa pulak ada rancangan si Adipati Ampang ni pulak AC DiSini. nampak lah si Sultan Muzaffar , Vernon dan Joe Lee ditemubual pasal kes diaorang. terus aku call SM sempat borak dengan dia pasal kes tu sekejap. aku harap korang semua take care ok. hope segala ugutan itu tak menjadi dan yang bersalah akan dibawa ke muka pengadil. all the best guys.

Dalam duk sibuk check email baru sedar dah pukul 12 mlm. kena tidur ni esok awal awal kenan pergi AF. Dah. mana pil xanax aku ni. kena telan sebijik baru boleh tidur. goodnight. arghhhh

Saturday, April 21, 2007

about being sick and fasha ... cak cak cak

yesterday was a "not so good" day for me... had slight fever, demam sikit. tapi nasib baik hari ini aku fully recovered. thank god.

last night was Malaysian TV premiere of Cicak-Man. it was my 3rd time watching it after the cinema and the special premiere that me, Megat, sabrina and Pat went to 3 months before it was released. it was fun but what was more fun was the game i played with my AF5 adiks yesterday morning after vocal warmups. saja aku kacau they all sebab dalam Akademi they all tak boleh tengok TV lagipun semasa tayangan itu they were doing the full dress rehearsal so i ask them to be creative and think out of the box to come up with thier own intrepataion of Cicak-man. it was fun to see them jadi klon-klon aznil, apek and fasha. ada 3 fasha semalaman, Mila Shanda, Candy Shanda and Heliza Sanda. hehehe kalau you all tengok diari semalam kelakar... group yang menang aku janji belanja coklat on Monday (tak boleh today sebab malam nanti nak perform).
::
today my family semua gonna be around so i dah promise them to spend some time with them jadi tak dapat lah tengok adik adik aku perform. takpe. all the best tonight.

Thursday, April 19, 2007

about spending time with "bestest frens" (with Ning enter frame)...

I got a call from Ida Mariana about our lunch date at Bangsar Village II today and i was so happy to finally find some free time to meet up with them, was told that Sabrina Hassan will be there and so will Mei. to my surprise, Pat Ibrahim and his babs was there and so was Faizal (Sabrina's other half).
it was great since it was quite sometime ago we all chit chatting sebegini. banyak gila gossip gossip jahat yang kita orang cakap sampai tempat tu macam kitaorang punya... dalam pada tu tetiba terperasan sorang yg cantik duduk blakang kitaorang ... eh, Ning! said hello to her tapi keshian si Ning... tak boleh cakap sebab dia kena simpan suara.Ning sakit katanya but she looks good. begitulah , walaupun sakit tetap mantain.hope u'll get better soon k dear.
but whatever it is best jugaklah sesekali dapat berborak ... seronok dapat mengunkit cerita cerita lama dan yang lebih seronok bila dapat cerita benda benda yang akan datang yang membuatkan saya teruja. alamak... tak boleh cerita kat sini la sebab benda tak komperm lagi but, malaysia, be prepared to be WOW again hehehe.
::
lama jugak la kita orang kat situ yang penting dalam 7 orang disana dengan makan salad dan keks sahaja bil nya... RM250 hinggit... fuyoh! aku pun nak buka kedai salad la macam ni. tapi makanan sedap. but then again standard la mahal macam tu area bangsar ni... tetapi... tetap money well spent.
::
the moral of the day is, no matter how busy u r, there's something that money can't buy.... good chat with your best friends. so kalau busy sangat tu.. sila sila cari/curi masa untuk kawan. trust me, it's a good therapy... so... click those numbers and call them.
::
i had a great time... how bout u?
::
this is the latest update on my lost maybank ATM card case... i called them just now because no update from them and jeng jeng jeng... they dont even know that i reported the case!!! so what happen to the 3 long forms that i filled in the other day? bagus, syabas Maybank sebab buat kerja sebaik ini... so kelam kabut budak perempuan tu cari forms/reports aku sebab aku dah marah tahap gaban kat dia (kesian pulak). i think esok i'll pay them a visit... kalau takde juga... tak taulah apa jadi.

Wednesday, April 18, 2007

about menang atau kalah... tak kisah

habis je sessi pemanasan vokal pagi tadi... sementara menunggu si raimee yang tak kunjung tiba, aku ajak adik adik AF5 aku main Musical Chair ala AF with a twist. instead of a chair, kami guna bantal duduk yang bersepah sepah dekat dance floor tu. lepas tu, orang yang terkeluar itu harus memberi tahu perasaan mereka yang tersingkir dengan pergerakan dam mimik muka yang over. seperti biasalah... yang terlebih over memang terlebih lebih lah dan yang simpan akan terus simpan. siHeliza... simpan tak keluar langsung. hmmm esok aku kena kasi up skit bebudak ni.
.
nak tau sapa menang... tengok malam nanti kalau keluar diari... ada hadiah dari admiral. dan yang kalah pada pusingan akhir tu aku kesian sangat... semangat sangat ni nak menang tapi tetap kalah sebab yang menang kaki panjang. kalau tengok diari Extended dekat AF Xtra mesti korang nampak muka aku cuak sebab kesian tengok yang tak menang masa last round sebab dia ni berlari letih tapi tak menang. takpe esok aku bagi hadiah sampingan untuk urut urut otot yang letih tu.
.
tapi yang best tu dia kata kat aku "tak pe abang chedd, at least saya dapat exercise sikit" ala kesian... untuk kamu esok ada "luck" ok? meow...

Tuesday, April 17, 2007

about coming out...

Oh hohoho not about coming out from the closet but coming out from own self comfort zone.

Started my morning a bit late than usual because I couldn't sleep till 3 last night searching for my bank book.

today, aku kenakan si Heliza, the problem with her, is that she's to controlled. in the class she's very reserved. simpan. unlike the Heliza you see on stage last week. balik to Akademi, dia balik to her old quiet self. so this morning I asked her to lead the warm up class. surprise! dia buka technique Taekwan-do ! it was fun. that's the girl that was on stage last Saturday.

I cancelled my meeting with Ramona Rahman (new tv project) because I need to get my ATM and passbook replaced only to arrived at MaybanK disappointed with how the case is handled. SLOW! still waiting feedback from them. dalam wallet ada rm 300 saja. i need my ATM arghhh!

on another note, SiPenang hari mood tak elok. terlampau busy hmm... tengah cari idea nak sejukkan hati dia...

Monday, April 16, 2007

about the "unluckier" getting EVEN MORE "unluckier"

dia dah buat dah... ya Allah apa pula dugaan yang kau bagi kat saya ni... tawakkal je lah. Dalam aku nak ke Maybank nak buat ATM baru, buku bank aku pulak hilang tah kemana. yang peliknya selalunya buku buku penting begini selalu aku simpan satu tempat tapi inilah dugaan, bila kita nak cari... dia menyorok pula. dah lah duit cash cukup makan je... macam mana nak keluar duit dari bank ni... TOLONG!!!

Mengenai pemilihan lagu adik adik aku di AF5, cukup menarik... ada dua tiga killer songs minggu ini... ada drama dan semestinya nostalgia minggu ini. kalau salah buat, mati... hmmm. kenapa lagu bonus diberi yang sebegini? apa motifnya??? awas... jangang sampai ada perpisahan sudah... tapi yang penting... menari lagilah diaorang minggu ini hehe. lagu bonus ini aku masih ingat masa mula menapak di KL dulu... selalu awas... (nak tau lagu lagu minggu ini tengok Diari pukul 9 malam nanti)
for more on Akademi Fantasia :: Klubbkidd, MrManager, SultanMuzaffar or Official AF5

Sunday, April 15, 2007

about dekna...

goodbye reality tv, hello reality... long way ahead for her after this... she might not be the fav with home viewers but for the people who works behind the screen, she's their favorite. although she likes to bluff me during my session by pretending to be doing the exercise, i still love her attitude. the academy is so gonna be quiet withoutb her after this. with 3 girls left, are we going to see a female winner this year? hmmm...

Saturday, April 14, 2007

about the unlucky getting more "unluckier"

arrghhhhhhh!!! what a torture ! have you ever experience bad spells one after another? just yesterday i lost my diamond, today something bad happens. my beloved tabletPC succumbed to old age today/kena petir. just got back from work when my house alarm trigger by the heavy thunder storm and upon walking into my room, my HP TC1105 tabletPC is... dead.

i didn't even manage to say goodbye (properly backup files) alamak... kena buat keluar benda benda tak patut (banyak sangat sebab tu kena panah petir kut) dari HD sebelum hantar servis tengok tengok kalau diaorang boleh kasi hidup balik.

the tabletPC has been with me for 5 years already. been together alot and i am sad kalau kalau dia tak dapat diselamatkan. nak ngangis rasanya.

nasib baik my Media Center PC ada. kalau tidak mati aku... ooit?! dah dekat 6.30pm... kena siap sekarang sebab nak pergi tengok adik adik aku perform. nanti nak balik awal sebelum lagu menuju puncak malam nanti takut sedih tengok sorang lagi adik aku keluar.

about being busy part III...

got this reply in my inbox from one of my dearest friend...
It's a trying situation, i'm sure. Been there, too. But i'm sure what it means is that sipenang misses you. otherwise, mesti tak kesah lah. it's all about time. not enough time spent there, not enough time for you to do more things, at the same time, soon these months will pass and you'll be free again..and bored...and things will go back to more regular routines. Till then, nothing but frustration.

But isn't it unfair how when we are busy, doing what we love, it becomes an issue, when other times we tolerate our partner being busy without complain? We accept that it's part and parcel of what they do and love. We're always making and giving the time so they've come to expect that. So when we're busy, suddenly it's unacceptable.....
thank you dear... kita ni lebih kurang sama lah ye...

about being unlucky and lucky...

one man's misfortune is another man's fortune... that's what happen today.

misfortune SATU :: before leaving my house at 7am for my Akademi Fantasia class this morning, i realised that my maybank ATM card is missing from my wallet. hmmm suddenly i remembered that i didn't take it from the CDM (cash deposit machine) at Curve's Maybank when i made a deposit transaction the night before. mesti kad aku kena telan... takpa.. nanti aku pergi collect. harap harap ada la tu...

misfortune DUA :: 15 Km into my drive to Akademi Fantasia... alamak. mana handphone aku ni? aisyeh... tertinggal kat kitchen masa aku feed my pet, Buzz this morning. Felt realy lost whole morning today. dah lah adik adik AF5 aku pagi tadi mood kureeeng skit. aku kena up kan skit mood mereka.

misfortune TIGA :: lagi 5 Km nak sampai rumah, i suddenly realised that... holy s**t! where's one of my diamond on my ring??? i have this white gold ring with 2 round diamonds and a princess cut diamond. and this particular 35 pointers princess cut diamond is MISSING! jatuh! HILANG! tercabut! tapi kat mana??? dah cari satu kereta... tak jumpa, cari satu rumah, tak jumpa, kat akademi??? tak tau kat mana... tempat tu luas. sedih tak terkira. aku menangis sebab that small little thing has a sentimental value. one of the earliest happy memories. tak lah mahal sangat, tetapi sape yang jumpa, tau tau sajalah... bertuah lah dia.. one man's misfortune is another man's fortune. tapi kalau terjumpa ... tolong pulang balik ye?

balik ke misfortune Dua yang tak habis cerita lagi... sampai rumah dalam dok cari kalau kalau berlian tu jatuh kat rumah, baru teringat handphone yang aku tertinggal tadi... seperti biasa, pagi pagi begini... banyak sms kerja tapi ada satu sms berani mati yang sampai ke handphone aku lebih kurang 5 minit lepas aku tinggalkan handphone tu. dari adik aku yang nombor 4 (yusri/ayi) :: "Assalammualaikum berite terkejut untuk pagi-pagi. Ayi dah tunang. Ayi Suruh umi (ibu tiri kami) hantar tanda je. pergi perak dia cakap dah tunang. maaf langkah 3 bendol. along bila lagi??? hehe wassalam " aku pun duduk garu kepala. bagaimana hari anda???

Friday, April 13, 2007

about ... see for yourself lah...

alamak, ooit?, jeng jeng jeng, hmm... something BIG and NASTY sedang bersiaran langsung on the net/blogworld and the UnReal world... tak berani nak comment tapi go and baca sendiri kat sini Klubbkidd and MrManager

whatever it is, aku tabik spring kat you all sebab berani menegakkan yang patut dan berani jaga diri sendiri.

sumber dari blog blog ini ::
Klubbkidd, MrManager and SultanMuzaffar

Monday, April 09, 2007

about being busy ... part II

Auh! Fening fening fening! Pening kepala dibuatnya, asal aku busy je mesti ada hal yang tak betul, every single time I'm busy with long project surely mesti gaduh dengan SiPenang ...

Habis tu nak buat macam mana?

"Honestly you are really no help to me for the past few years" begitulah sms dari SiPenang... Pedas tak kenyataan tu? Memang salah aku terjun dalam bidang ini but for the 1st time in my whole 31 years of existence I am actually happy with my work- sure it doesn't pay much but at least I know I'm good at it and actually enjoying it.

Aku macam malas nak gaduh dah sebab ini bukan kali pertama. Dulu masa aku buat My Bollywood Summer the musical dengan Nurul pun macam tu. Masa Puteri Gunung Ledang the musical pun macam tu, Sekarang ni bila aku sibuk dengan Urmi aka tempest dan Akademi fantasia, problem sama timbul lagi... projek projek panjang sebegini selalunya memerlukan aku berada di Kuala Lumpur paling kurang 3 bulan. Jadi memang langsung tak dapat balik penang. Oleh kerana tak dapat balik SiPenang jadi marah. Memang sepanjang 10 tahun aku di penang aku lah yang jaga segala urusan duit, peribadi dan pelbagai SiPenang, Aku jadi bingung tak tau nak buat camna lagi dah.

Should I drop everything and balik penang ? And go back to 9to5 job yang lama?

Kebelakangan ini aku tak happy sangat dengan Tempest aka URMI sebab aku tak dapat cari good chemistry dengan my fellow actor but because I'm commicted to my work , aku redah je sessi rehearsal although berat hati nak pergi rehearsal tapi setiap kali habis rehearsal aku happy sebab aku puas hati bekerja. Pergi mampus la perasaan bengkek tu asal aku puas bekerja. SiPenang memang tau problem aku sebab aku tak ada rahsia dengan dia. Tapi patut ke dia cakap ...

"Maybe you should learn to do something else You are not happy and the money is lousy"

aku tak happy dengan 1 orang saja kat tempest tapi i am bloody proud to be part of it and... What did SiPenang means by something else? Aku dah tua la... susah nak start benda baru

Dalam aku dok menulis ni; masuk sms dari Penang :
"Sorry to hurt your feelings..."

Tapi memang salah aku sebab tinggalkan penang. the truth is, it's me who hurts dia punya fellings... Tapi bila aku tak busy, sudah semestinya Penang juga lah tempat aku. I love u DA.

Tuesday, April 03, 2007

about being busy...

hmmm... haven't been writing anything for a very very long time now. been busy that's why... very busy ...

The rehearsal for the new play i am in has been ongoing since early march. to be stage in
istana budaya this coming June, I'll be playing as Stephano, the drunken butler in URMI (that's Sanskrit for waves/tempest) a MASAKINI theater adaptation of William Shakespeare's Tempest, by the look of it, this new production is going to be huge! with ligthing design by Mr Mac Chan and The Ever Fabulous Raja Malek doing the sets and directed by Sabera Shaik, can't wait to be on stage again.

Apart from that,
Mr me also been busy coaching the Akademi Fantasia 5 students every single morning to do vocalisation has been keeping me from staying late at night because i need to wake up early everyday. on the other hand i am loving it because it is a training for myself too... that's why i keep telling the students not to call me cikgu (teacher) because me being there is not to teach them but to lead them to do morning vocal warm ups until they can do it them self. but I'm loving this because seeing them everyday makes me realize that there are a bunch of multi talented kids and only time will tell that they will be huge... i love them all... dafi with his down to earth personality, dekna with her jokes, noni and her laughs, heliza with her focus, aizat and his "gegaran", shawal and his quite jokes... each and everyone of them has something special.

so i guess busy is good...
Related Posts with Thumbnails