Saturday, October 11, 2008

about Audition / ujibakat PGLM3!

Sessi UjiBakat Puteri Gunung Ledang The Musical Musim ke 3

PUTERI GUNUNG LEDANG THE MUSICAL bakal kembali lagi ke pentas berprestij Istana Budaya pada Februari 2009!

Kami sedang mencari bakat bakat baru untuk menyertai ensemble produksi muzikal kami di dalam persembahan ini nanti. Sekira anda mempunyai minat yang mendalam dalam seni persembahan dan mempunyai bakat dalam bidang nyanyian, lakonan dan tarian, kami mahu anda sertai kami! Datang ke sessi ujibakat ini dan tunjukkan kepada kami bahawa andalah bakat terpendam yang kami cari selama ini!

SILA DATANG BERSAMA SEKEPING GAMBAR ANDA YANG TERBARU DAN BERSEDIA UNTUK MENYANYIKAN LAGU PILIHAN ANDA KEPADA KAMI! Anda diminta bersedia untuk diujibakat dalam bidang lakonan dan tarian, datang dengan pakaian yang bersesuaian/selesa untuk menari.

Sessi ujibakat akan diadakan pada tarikh dan waktu berikut:

2pm-7pm Fri 17th Oct 2008
2pm-7pm Sat 18th Oct 2008
2pm-7pm Sun 19th Oct 2008

10 on 10 studio
83B, Lorong Mamanda1, Ampang Point
68000, Selangor, Malaysia
(Tangga sebelah kiri Linda Onn’s Chicken Rice / diatas Imagine Pictures)

Sekiranya anda ada sesuatu yang istimewa untuk ditunjukkan pada kami, sila hubungi Cik Catherina di talian 03 7958 7877 atau 012 274 3387 untuk membuat temujanji anda untuk diujibakat pada tarikh yang tertera diatas atau emailkan kepada cath@enfiniti.com.my atau nora@enfiniti.com.my.

Kami tunggu dan jumpa anda disana! Pencarian bakat teater baru kini bermula!

1 comment:

Kakak Tiri said...

Okay. I dah lama prektis untuk Gusti Puteri.

Related Posts with Thumbnails