saya post blog ni sebagai peringatan keada kengkawan semua lebih berhati hati tak kira dimana anda berada.
Hari ini kawan saya dirompak dengan diacukan parang panjang...
kejadian berlaku berhampiran bank islam jalan ss14/22 pj semasa kawan saya menunggu saya menjemputnya selepas beliau habis kuliah petang tadi dalam jam lebih kurang 4 lebih, kawan saya didatangi dua lelaki bermotor yang berlagak seperti sesat untuk bertanya arah kepada beliau dengan bertanyakan dimana arah untuk ke Jalan Kelang Lama, kawan saya yang bukan org KL (part-time U student) memberitahu yang beliau kurang pasti dan dua lelaki tersebut berlalu kearah belakang bangunan sebelum muncul kembali bersama sebilah parang panjang lalu mengacu kearah kawan saya dan memaksanya untuk menyerahkan beg galas yang berisi komputer ribanya.
kawan saya cuba melawan salah seorang dari perompak tersebut melibas libas serta cuba menetak parangnya dan parang tersebut terkena lengan kiri kawan saya sebelum dia melepaskan beg komputer yang digalasnya dan perompak tersebut menyambar handphone kawan saya yang pada ketika itu berada ditangannya. kedua perompak tersebut kemudian melarikan diri.
video yang anda lihat ini adalah aksi perompak gelap bermotor honda merah melarikan diri dari tempat kejadian yang dirakamkan oleh satu satunya saksi kejadian, iaitu seorang gadis yangkebetulan berada dikawasan tersebut tetapi beliau tidak dapat berbuat apa apa kerana takut.
saya tiba ditempat kejadian 5 minit kemudian dan video ini dibluetoothkan kepada saya oleh gadis tersebut untuk dibawa buat laporan polis tetapi tidak dapat berbuat apa apa kerana imejnya yang kurang jelas.
apabila kami sampai dibalai polis sea park untuk membuat laporan, ada seorang lelaki cina sedang membuat laporan dirompak dengan diacukan parang panjang keperutnya dan memberitahu yang wallet beliau dirompak oleh 2 lelaki gelap bermotor honda merah juga di ss14, apabila ditanya kami dan polis membuat kesimpulan bahawa rompakan dilakukan oleh 2 perompak yang sama dengan modus operandi yang sama iaitu dengan bertanya arah jalan ke kelang lama kerana sesat.
lelaki cina tersebut dirompak wallet dan kawan saya pula dirompak komputer riba dan handphonenya. alhamdulillah nyawa mereka selamat dan wallet kawan saya masih dengannya.
petang tadi saya bawa dia membuat laporan polis di sea park, kemudian ke IPD PJ bertemu inspektor untuk laporan kedua dan kemudian ke hospital universiti untuk membuat pemeriksaan serta mendapatkan ubat tahan sakit serta utk dicucuk ubat kerana dilukakan dengan parang.
saya harap anda semua berhati hati , jalan bersama kawan yang ramai dan sentiasa peka. kalau terkena, bagi sahaja harta anda kerana harta boleh kita ganti tapi nyawa hanya satu.
alhamdulillah kawan saya hanya cedera ringan cuma sekarang ada kesan libas, sedikit lebam dan sakit berdenyut denyut.
ingat kengkawan semua. hati hati ok!
kesan libasan . alhamdulillah sikit sahaja.
original posting from http://cheddyusoff.blogspot.com/2009/10/about-rompakan-bermotor-dan-parang.html
No comments:
Post a Comment