Disini saya nak kongsi apa yang saya alami. Dalam kehidupan seharian kita, ada beberapa ayat lazim yang kita biasa baca dan sebati dengan kita seperti Al-Fatihah, 4 Qul dan Ayat Kursi (antara banyak lagi ayat ayat lain dari kitab suci Al-Quran). Saya mengaku bahawa saya buka yang alim sangat tetapi ayat ayat ini memang saya gunakan hari hari dan hafal.
Saja nak cerita pengalaman saya baru baru ini dimana saya dalam perjalanan untuk ke Hentian Bas Duta pada jam lebih kurang 11 malam, kebiasaannya saya akan mengikut jalan besar dan kadang kadang jalan pintas Bukit Tunku setelah keluar dari Penchala Link.
Pada malam tersebut kebiasaan saya itu telah bertukar menjadi luarbiasa. dari kediaman saya di Sri Damansara saya turun ke LDP dan perasan bahawa petrol saya hampir habis lalu saya berhenti disebuah stesen minyak petrol (tak yah cakap yng mana satu la taknak you all takut plak) . Sementara saya mengisi minyak saya tak tahu kenapa perasaan saya begitu kuat mengatakan ada sesuatu yang tak kena dan memerhati kearah kawasan semak /hutan disebelah stesen petrol tersebut. kalau hari biasa , saya akan cuba buat tak tahu tetapi malam tersebut, saya terus memandang kearah semak tersebut.
gambar hiasan
read more :
Saya mula masuk kereta dan memulakan perjalanan tetapi saya rasa kereta saya amat berat sekali, pembawakan kereta saya juga lain dari biasa seperti orang baru belajar... pada masa ini saya belum syak apa apa, keluar sahaja dari Penchala Link, menghala ke Hentian Duta, kebiasaannya jika melalui jalan ini kala malam saya akan mengambil simpang kiri untuk ke bulatan Jalan Kuching melalui Jalan Duta , dalam pemikiran saya, saya memang mahu kesitu tetapi entah kenapa, malam tersebut, walaupun hati saya berkata simpang kiri, tetapi tangan saya membelok kearah kanan menghala Semantan untuk naik melalui Taman Duta, Bukit Tunku melalui simpang sebelah bangunan High Commision of India. Saya memang arif tentang jalan ini. Selalu saya gunakan jalan ini, memang agak senang untuk ke Hentian Duta melalui Jalan ini , tetapi... malam itu, saya tak tahu kenapa... saya sesat tidak boleh jari jalan keluar hampir 15 minit! yang bingungnya, saya langsung tidak terlintas untuk membaca apa apa ayat. memang 'benda' tu block vision dan pemikiran saya... perlu saya beritahu, pada masa ini, saya belum perasaan perkara pelik ini... bila saya tiba tiba sebut '"allahhuakbar"... meremang bulu roma saya! saya nampak lembaya itam sekelip mata melayang di cermin belakang seperti terbang keluar kereta... tika itu baru saya terjumpa jalan keluar kearah Hentian Duta...
saya jemput sahabat saya masuk kereta tika saya sampai di Hentian Duta tika saya sampai, tetapi sahabat saya memandang tajam kearah saya, dia tidak berkata apa apa cuma memberi salam, ketika diceritakan kemudian, wajah saya pada masa itu amat lain... bukan ceria seperti biasa... ketik hendak keluar dari kawasan itu untuk kembali ke Sri Damansara, kebiasaanya saya hanya akan terus keluar melaui jalan Duta untuk ke Penchala Link, tetapi entah kenapa maam itu, saya u-turned untuk kembali ke Bukit Tunku! Hati saya kata terus tetapi tangan saya pusing kearah Bukit Tunku! dan nak dipendekkan cerita... kami sesat tak dapat cari jalan keluar selama 15 minit... nak saya ceritakan , pada masa ini baru saya sedar apa yang berlaku dan saya cuba untuk membaca ayat kursi... berkali kali saya cuba , tetapi ayat yang saya biasa hafal... saya lupa! sayalupa bagaimana nak habiskan bacaan! Ya Allah kuatnya dugaan... saya suruh sahabat saya bacakan tetapi saya pada waktu yang sama amat tenang dan cuba mengawal keadaan... saya suruh dia bacakan ayat kursi dan dia faham....
akhirnya bila kami berjaya keluar dari Bukit Tunku baru saya ceritakan apa yang saya rasa padanya dan kami menelefon sahabat kami yang agak arif dengan ilmu ghaib (wallah hualam) dan bertanya... katanya sahabat kami... ketika saya mengisi minyak, takkkala saya memandang kearah semak semk tersebut, tenungan saya kearah semak tersebut adalah seperti mengajak "sahabat-sahabat" didalam semak untuk naik kereta saya bersiar siar! (meremang bulu roma saya masa saya menulis pengalaman ini) ... banyak juga yang bertenggek, baik dalam , atas, depan dan belakang dan banyak jenis juga lah.... alhamdulillah mereka cuma menumpang bersiar siar dan kejadian ini berlaku sebelum Ramadhan... agaknya mereka ini 'pulang ke kampong' untuk diikat time Ramadhan kut... pengajarannya... kuatkan iman, kuatkan semangat... janan tenung tempat tempat yang tak patut...
sekarang saya tinggalkan anda dengan sedikit fadhilat ayat kursi yang saya jumpa di facebook tok wan.
Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah saw tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu aitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:
1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah saw bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu"
Subhanallah. ..
Sekarang anda mempunyai 2 pilihan :
1. Biarkan posting ini tetap dalam facebook Tok Wan (punca asal artikel ini). Insya Allah tidak akan ada sesuatu yang terjadi pada diri anda.
2. Share posting ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan InsyaAllah redha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.
Salam Ukhuwah..~
No comments:
Post a Comment