tak perlulah saya nak pukul canang lagi... tengok je mereka berdua... bangga dengan mereka berdua! AFUNDI!
Apa apa pun saya nak jelaskan disini tentang komen yang saya dengar mengatakan mereka ini masih tidak dapat lari dari bayangan asal penyanyi ori lagu lagu ini. untuk isma, ada juga yang berkata yang Isma berbunyi seperti Datuk Siti didalam mulanya cinta... saya nak tanya, part mana yang macam siti itu? sesungguhnya Isma sudah membawa dengan gayanya tersendiri dan pemahaman tentang watak Azizah seperti yang kami praktis semasa dalam kelas.
Azizah watak enigma yang kita tak tau banyak mengenainya, jadi apa yang saya tekankan pada Isma didalam sessi kami ialah untuk mencari dalam dirinya , dimana letaknya Azizah dan paling saya tekankan pada mereka berdua adalah emosi... pada mereka saya beritahu, emosi yang hendak dipakai, untuk menjadikannya cantik nampak real dan tidak dibuat buat ialah untuk mencari cerita sendiri, pengalaman sendiri untuk digunakan sebagai pemangkin emosi yang digunakan dalam lagu... saya tidak mahu tahu pengalaman mana yang mereka gunakan untuk persembahan kerana itu rahsia dan tool mereka dan saya rasa mereka berjaya.
Kalau nak ikutkan emosi skrip sahaja, itu tidak cukup kerana ini bukan cerita mereka... guna cerita sendiri baru nampak jujur.
Begitu juga Hafiz, ada yang berkata tidak cukup kerana semasa verse kedua nada rendah "dimana kan ku cari ganti..." hafiz kedengaran seperti "meniru suara P.Ramlee dan kenapa nak meniru penyanyi asal..." . perlu saya tekankan ini teater muzikal ... bukan persembahan pop. untuk teater muzikal, dimana wataknya itu berpandukan kepada seorang figure yang kita kenal dan ada reference, Hafiz perlu paling tidak, tunjukkan sedikit P Ramlee itu kerana itu keperluan watak. kalau nak diikutkan pada saya , P Ramlee dalam Hafiz belum cukup sempurna tetapi penghayatan dan penceritaannya itu pada saya cukup dan cantik untuk membawa emosi kesedihannya. saya bangga dengan mereka berdua. ya betul kalau nyanyi pop kena lari dari penyanyi asal tetapi ini teater muzikal dimana dia melakonkan watak Ramlee... jadi paling tidak, kena ada P.Ramleeness itu didalam penyampaian.
Dan saya rasa, Hafiz dan Isma berjaya memberikan persembahan yang cukup cantik malam tadi walaupun saya ada sedikit masaalah dengan pacing dialog mereka yang ada ketika agak meleret, apa apa pun ... saya bagi standing ovation pada mereka kerana menyahut cabaran membuat sesuatu yang kebiasaannya mengambil masa 3-4 bulan untuk berlatih... jangan marah ini pendapat sahaja.
3 comments:
you did great!
Setuju dgn Abg Chedd..
Mana ada sama suara Isma ngan Dato' CT
Go Isma n Hafiz:)
minggu nie lagi hebat performance Hafiz.. in "I believe I can Fly"
cuma sayang sikit la.. I rasa dia boleh dididik lagi la utk jadik lebeh original..
Post a Comment