Showing posts with label AF7. Show all posts
Showing posts with label AF7. Show all posts

Thursday, February 18, 2010

about roket episod 5


Hanya beberapa minggu sahaja lagi konsert akan berlangsung dan Hafiz, Aril dan Akim dibawa untuk membeli belah barangan mewah oleh perunding imej khas mereka dan saksikan bagaimana terkejutnya salah seorang dari mereka apabila disarankan untuk membotakkan dan mewarnakan biru pada rambutnya?? Dan kenapa pula perunding imej mereka memarahi Hafiz? Saksikan Roket episod 5 hari Jumaat jam 9:30 malam hanya di Astro RIA!

Tahniah kami ucapkan kepada Mohamad Khairul Bin Duan kerana telah memenangi cenderahati ROKET bagi episod yang lepas. Episod 5 bakal bersiaran hari jumaat ini pada jam 9:30 malam Jumaat ini. Jangan lupa untuk menonton Hafiz , Aril dan aril dalam rancangan Roket Destinasi : Bintang di ASTRO Ria (104) dan menangi barangan cenderahati ekslusif Roket berupa T-Shirt dan poskad istimewa dengan menjawab 2 soalan berdasarkan episod 5 bersertakan slogan terbaik tidak kurang dari 5 patah perkataan.

Friday, February 12, 2010

about roket 4 : tonton dan menang

Jangan lupa untuk menonton Hafiz, Aril dan Akim dalam rancangan Roket Destinasi : Bintang episod 4 malam ini di ASTRO Ria (104) dan menangi barangan cenderahati Roket berupa T-Shirt dan poskad istimewa dengan menjawab 2 soalan berdasarkan episod malam ini bersertakan slogan terbaik tidak kurang dari 5 patah perkataan

Thursday, February 11, 2010

about roket episode 4

malam esok (jumaat) jangan lupa saksikan episode 4 ROKET bersama Aril, Hafiz dan Akim di ASTRO Ria 104 930malam.

muka cuak habis sebab kena jawab soalan cepumas dari wartawan... terkedu!

episode malam esok bakal menampilkan Tiara, Juliza Adzlizan, Pat Ibrahim & saksikan bagaimana mereka tinggalkan manager mereka Zafrin Zainal terkedu sengsorang hanya dengan alasan... TIRED!

Monday, July 20, 2009

About Ju Rami Rami di Kuching this weekend! JOM Ramai Ramai pergi!


Ju Rami-Rami Reunion!

For the first time Kuching will see all the finalists for the Akademi Fantasia season 7 at a special AF7 Reunion Concert.

To make this concert even more special, a 2-day carnival “JU RAMI-RAMI” will be held at Padang Merdeka, Kuching on Friday 24th July and Saturday 25th July 2009. The carnival starts at 2.30pm until 11.00pm on both days.

“JU RAMI-RAMI” carnival will have booths set up by Hotlink, Hafiz Fan Club, Sarawak Tourism & SEDC, Modenas, and the organizer itself, Enfiniti Productions. There will also be booths for food and refreshments.

Highlights of the JU RAMI-RAMI carnival programme on Friday 24th July are Quizzes & Games with a chance to win exciting gifts and hampers, and a Sneak Peek of the AF Reunion Concert rehearsals.

On the second day of the JU RAMI-RAMI carnival, Hafiz, the AF7 winner, will be making an appearance at the Hafiz Fan Club booth.

So, if you are in Kuching on Friday 24th July and Saturday 25th July, bring your family and friends and head on down to Padang Merdeka for a fun-filled 2-day JU RAMI-RAMI Carnival, and a great opportunity to catch your favourite AF7 stars!

Tuesday, May 26, 2009

about hafiz and gang singing masih jelas



taken at a private surprise party last night , same one as Aril's toksik video... dah minta consent to upload dah hehehe

recorded for someone yang minat kat hafiz huhuhu

if you cant see this , it might be because you dont have facebook kut... originally posted on my facebook

at 1.51 ada tetiba komen keluar "nyanyi lagu apa ni???"  and at 2.18 tetiba si aril plak masuk nyanyi! and at 3.20 jugak hahaha

about aril singing toksik just for you hehe

taken by klubbkidd

photo by afif azizan's facebook

something that i recorded for someone who is crazy for aril... this is the video so she can sleep tight after watching this hehehe jangan takut ... kat belakang tu hafiz hehehe



Sunday, May 17, 2009

about AF7 : abis sudah musim 7 !

semasa majlis penyerahan pulang bekas pelajar AF7 kepada Keluarga di Akademi pagi tadi.

Congratulations buat Hafiz, Aril, Akim, Yazid dan Isma sebab dapat bertahan selama 10 minggu dan buat persembahan sebaik mungkin malam tadi juga tahniah buat Hafiz sebab menjadi juara. bangga sebab dapat pernah berkerja ngan Hafiz dan yang lain lain. selamat datang ke dunia sebenar dan ujian sebenar anda menjadi Artis! semoga lebih berjaya. nanti saya uploadkan video ucapan dari mereka berlima nanti.

Ini pula gambar pertama saya dan Hafiz selepas habis konsert semalam.

More photos here : Koleksi AF7 part 1 , Koleksi AF7 Part 2 , Koleksi AF7 hari terakhir di akademi semuanya di Facebook Album saya






Sunday, May 03, 2009

about AF7 week 8 bangga dengan Hafiz dan Isma

tak perlulah saya nak pukul canang lagi... tengok je mereka berdua... bangga dengan mereka berdua! AFUNDI! 





Apa apa pun saya nak jelaskan disini tentang komen yang saya dengar mengatakan  mereka ini masih tidak dapat lari dari bayangan asal penyanyi ori lagu lagu ini. untuk isma, ada juga yang berkata yang Isma berbunyi seperti Datuk Siti didalam mulanya cinta... saya nak tanya, part mana yang macam siti itu? sesungguhnya Isma sudah membawa dengan gayanya tersendiri dan pemahaman tentang watak Azizah seperti yang kami praktis semasa dalam kelas. 

Azizah watak enigma yang kita tak tau banyak mengenainya, jadi apa yang saya tekankan pada Isma didalam sessi kami ialah untuk mencari dalam dirinya , dimana letaknya Azizah dan paling saya tekankan pada mereka berdua adalah emosi... pada mereka saya beritahu, emosi yang hendak dipakai, untuk menjadikannya cantik nampak real dan tidak dibuat buat ialah untuk mencari cerita sendiri, pengalaman sendiri untuk digunakan sebagai pemangkin emosi yang digunakan dalam lagu... saya tidak mahu tahu pengalaman mana yang mereka gunakan untuk persembahan kerana itu rahsia dan tool mereka dan saya rasa mereka berjaya. 

Kalau nak ikutkan emosi skrip sahaja, itu tidak cukup kerana ini bukan cerita mereka... guna cerita sendiri baru nampak jujur. 

Begitu juga Hafiz, ada yang berkata tidak cukup kerana semasa verse kedua nada rendah "dimana kan ku cari ganti..." hafiz kedengaran seperti "meniru suara P.Ramlee dan kenapa nak meniru penyanyi asal..." . perlu saya tekankan ini teater muzikal ... bukan persembahan pop. untuk teater muzikal, dimana wataknya itu berpandukan kepada seorang figure yang kita kenal dan ada reference, Hafiz perlu paling tidak, tunjukkan sedikit P Ramlee itu kerana itu keperluan watak. kalau nak diikutkan pada saya , P Ramlee dalam Hafiz belum cukup sempurna tetapi penghayatan dan penceritaannya itu pada saya cukup dan cantik untuk membawa emosi kesedihannya. saya bangga dengan mereka berdua. ya betul kalau nyanyi pop kena lari dari penyanyi asal tetapi ini teater muzikal dimana dia melakonkan watak Ramlee... jadi paling tidak, kena ada P.Ramleeness itu didalam penyampaian. 

Dan saya rasa, Hafiz dan Isma berjaya memberikan persembahan yang cukup cantik malam tadi walaupun saya ada sedikit masaalah dengan pacing dialog mereka yang ada ketika agak meleret, apa apa pun ... saya bagi standing ovation pada mereka kerana menyahut cabaran membuat sesuatu yang kebiasaannya mengambil masa 3-4 bulan untuk berlatih... jangan marah ini pendapat sahaja.


about AF7 week8

hmmm... kengkawan dah taukan sapa terkeluar... tetapi ada pulak AFMASUK! hmmm yang ini nanti kita cerita kemudian sebeb saya sendiri tengah blur blur nih... apa apa pun, saya nak ucapkan tahniah kepada ke enam enam pelajar minggu ini... mereka berenam sudahpun mencapai satu tahap yang perlu dibanggakan sebenarnya. kerana untuk membuat tugasan yang mereka semua lakukan minggu ini, pada kebiasaannya memerlukan paling tidak 3 minggu tetapi mereka berenam berjaya melakukan dengan jayanya dalam masa 3-4 hari sahaja (tolak khamis hari persembahan depan fakulti dan jumaat hari rehearsal)

Tetapi apa apa pun saya amat berbangga dengan mereka berenam. dan paling saya teruja dengan persembahan hafiz dan Isma untuk P Ramlee the Musical, kenapa? sebab it is close to my heart. kenapa saya sangat teruja dengan Hafiz dan Isma, ianya akan saya jelaskan diakhir perenggan ini dan seterusnya... minggu ini seperti yang anda sedia maklum, mereka diberi tugasan berat untuk 3 naskah muzikal hebat dan selain tunjuk ajar dari fakulti serta pengalaman belajar 8 minggu, memandangkan tugasan yang berat ini, mereka ditolong oleh kami yang biasa berkerja di pentas muzikal. Dato' Zahim AlBakri ditugaskan sebagai mentor buat semua 6 pelajar dan juga menjadi pengarah buat persembahan Akim dan Claudia untuk Puteri Gunung ledang The Musical. Ahmad Idham mengarah Yazid dan Aishah untuk Impak Maksima The Muzikal, dan tugasan untuk mengarah persembahan Isma dan Hafiz didalam P Ramlee The Musical diberikan kepada saya .

Saya bangga dengan mereka kerana setelah berpeluang bersama mereka selama tiga hari dari isnin hingga rabu untuk membantu mereka, mereka dapat menjiwai dan menggunakan alhamdulillah semua tips tips yang saya berikan... paling utama yang saya tekankan kepada mereka ialah penceritaan, berkongsi emosi tenaga dan rahsia bagaimana nak guna emosi dalam persembahan, alhamdulillah mereka guna. hari terakhir saya bersama mereka di akademi semasa sessi latihan terakhir bersama saya, saya pula yang menitis kerana lakonan dan emosi mereka yang begitu kuat. tadi semasa persembahan, tak malu kalau saya katakan saya menitis airmata lagi kerana terasa betapa jujurnya penyampaian mereka.  saya bangga dengan semua. semasa sessi latihan akhir bersama saya dan Cikgu Aris petang tadipun mereka masih lagi buat saya teruja. apa apapun semua ini adalah atas kerja kuat dan dedikasi semua yang terlibat dari pihak produksi, penasihat tetamu dan  terutamanya pihak Fakulti yang saya hormat dan tabik kerana tak pernah kedekut ilmu...! mereka jujur! saya tak kata saya tak teruja ngan yang lain cuma saya lebih terasa kerana mereka berdua bersama saya, yang lain saya tak sempat kerana tugasan itu bukan untuk saya tetapi apa apapun pada saya, semua memberikan persembahan yang cukup cemerlang minggu ini kerana bukan senang dan bukan semua orang boleh buat apa yang mereka buat, apatah lagi dalam masa yang cukup singkat!!

AFMASUK... hmmm saya taknak komen apa apa sebab saya sendiri tengah bluuuuurrrr... tunggu jelah Vlog yang saya akan uploadkan nanti. minggu ini tak ada Video log ulasan persembahan tetapi akan saya gantikan dengan episode special Vlog berkenaan AFMASUK. tunggu... nak transfer, edit dan upload. sementara itu... AFUNDI sebijak bijaknya...

bye for now.

pautan AF7 lain

Thursday, April 30, 2009

about AF7 week7 concert vlog ep2

something new that we are trying ... hope you like it. i just love adik afif... he's so funnneeeey!

Sunday, April 26, 2009

about AF7: week 7 concert : what were you guys thinking???

I can't imagine how the diary and the coming concerts would be like without this boy, i always look forward to seeing this boy on the stage every saturdays, apart from being there to assist the principal, this boy makes me want to go to the concert because week after week, dia tak pernah sekalipun mengecewakan penonton, juri dan fakulti dengan persembahannya yang SUNGGUH bertenaga.

Mana silapnya? tak perlulah nak tanya ek sebab i think kengkawan sendiri pun dah tau manaletak silapnya... jari anda... mungkin leka dengan mengundi yang kureng sehingga leka dan lupa untuk mengundi nya... "alah tak pe ah... dia dah bagus... mesti ada orang lain undi..." kalau sorang takpe.. kalau semua fikir begitu? inilah jawapannya...

Tapi takpe wok... ko keluar minggu ni... esok berderet orang nak amik ko jadi artis dibawah naungan sebab ko memang superstar... ada identiti tersendiri... good luck wok! welcome to the real world!

and break a leg buat semua yang tinggal... yang penting FOKUS! FOKUS! ... dan yang kengkawan pula afundi jangan tak afundi dan FOKUS! FOKUS... seronok nunggu tugasan next week...  esok bebudak dapat tugasan... tungguuuuuuuu! fokus chedd FOKUS!





pautan AF lain
berita penyikiran aril di murai.com.my

more photos on my facebook album

Tuesday, April 21, 2009

about the open letter to Tiara by hafiz's fans

referring to the comment posted here and the posting here, i am on my own accord would like to answer it, I am not answering this on behalf of Tiara but as myself a big fan of AF and Hafiz and as someone who understand big TV production structures as AF.

 

I pity you guys, i pity because obviously there are a lot more we need to educate people.

 

first of all, i know Tiara, your statement that she doesn’t do her homework really hurts me because i have work with/for her since 2004 and I know that she the most diligent person around...


and if you are a true AF fans, after 7th season, by now you should understand the procedure of getting the songs onto the list... again and again, the principal and the faculty were bombarded with accusation of giving the wrong song to the students, i must stress it here, they have no control over the song list! not that they are a puppets but doing a national TV shows like this, getting a song onto the list itself is a task as it involves copyrights and such and this is  big production with multi level and layers.


the faculty are as surprise as the kids face you see when they get the songs as they themselves only know about what song were given to the students minutes before they went into the session. the challenge are not just on the kids but also onto them and evidently there are tested with accusations by fans that they are not doing their work when what you see on TV are only 1% of their hard work,


i know of a faculty member who work after hours everyday giving tuition to the kids after the cameras and operation shuts down for the day. i know of a faculty members who cant sleep worrying about the kids's new assignment and went in to work as professional as she is. i know a faculty members who sacrifice a lot of time doing extra work on her off days to make sure the kids perform well every week and it broke their heart to see the kids got voted out and i am sure it will break their heart to read your comments here too. ( i know they do read)


and i am sure AF production team choosed this song for Hafiz for a very valid good reason, as a singer and a coach myself, i would see this as a challenge for hafiz as as a viewer i have yet seen hafiz being challenge before, he has been in his safe zone elements before and to me he peaked too soon. and he stays there ever since... i want to see hafiz soar! like akim like aril like aishah who keeps on climbing the charts with improvements. Look at Zahid in season2, yes he gotbthe same comment that Rap rong are not for competition but look at zahid after that! He found his niche in his forte, rap and hip hop and he was good at it… I thought the assignment given to Hafiz this week was rightly put as a challenge


i am so with Anonymous who wrote the comment at 11.45am april 21 he/she hit the jackpot with her/his comment. if hafiz did well and i am sure he will... i am sure you wont be writing a thank you notes to the faculty because now you know it is not their choice! datin seri principal is the principal ... her task is to make sure whatever challenge the students and the FACULTY were given were to be carried out perfectly and i know she did a damned good job at it with evidences so clear every weekly concert!

 

Challenge is good and we want to see hafiz cemerlang and i am sure he will...

 

again I must stress this is my personal opinion as it breaks my heart to see hard work went unnoticed!

Monday, April 20, 2009

about Blog On TV : review AF7 konsert minggu 6





style terbaru... malas nak tulis ini lagi best... video blog! Focus! Focus!

pautan pautan asal dan blog tegar AF7
http://www.klubbkidd.com/
http://sultanmuzaffar.blogspot.com/
http://juandanza.blogdrive.com/


www.cheddyusoff.com


Sunday, April 12, 2009

about AF7 : yang tersingkir setakat minggu 5

sekarang, tinggal lapan pelajar saja yang akan terus merebut gelaran juara AF musim yang ketujuh...


Konsert AF7 minggu kelima malam semalam menyaksikan giliran Sidi pula tersingkir setelah bertahan selama lima konsert. gandingan antara Sidi dan Zahid Dalam Lagu Cinta Yang Sempurna nyanyian asal Sixth Sense dan Noe Letto, walaupun nampak peningkatan (Sidi last week's rendition of Dato' Siti's Ku Milik mu was one of his best yet) terpaksa meninggalkan Akademi setelah kedudukan SMS pada waktu undian ditutup merupakan yang terendah. saya rasa, Sidi ada tone yang menarik dan menampakkan peningkatan, walau tidak banyak tetapi tetap ada peningkatannya, apa yang Sidi perlu lakukan sekarang ialah untuk terus belajar memperbaiki persembahan kalau dia ingin terus berada dalam bidang seni ini... belajar lebih dik... 

Sidi mengucapkan selamat tinggal kepada fakulti AF7

sebab terlampau sibuk saya tidak sempat mengupdatekan blog ini minggu lepas jadi sebagai ganti, ini dia gambar yang sempat saya rakamkan sewaktu habis konsert minggu lepas sewaktu Zizi dan Rubisa



more photos at my facebook album

Tuesday, March 31, 2009

about AF7 gambar konsert minggu 4


hahahahaha! kenapa muka aku camgini ek? aku pun lupa apa yang aku bincangkan dengan Principal Tiara... hmmm... gambar asal dari MrManager


about AF7 : yang tersingkir setakat minggu 3

Seperti yang saya janjikan malam semalam, ini dia koleksi foto gambar penyingkiran di konsert AF7, bak kata pepatah mat saleh, "sekeping foto berkata bak seribu ungkapan..."  hmmm... tengoklah dan tafsirkan sendiri

Ketika pengacara Konsert AC Mizal mengumumkan kejutan minggu ini yang mana, 2 pelajar disingkirkan 

wajah sugul Obri menerima nasihat dari Cikgu Siti Hajar

Yang Tinggal kini 11 orang sahaja

Obri menjawab soalan dari pihak media disidang media selepas habis konsert . pandai juga dia menjawab dalam sedih masih boleh berjenaka

Rini masih sedih, terkedu agaknya...

Cikgu Siti menjawab soalan media kenapa dia masih lagi dikenali sebagai ratu airmata AFtakkala anak muridnya disingkirkan

Principal Tiara menjawab soalan media tentang matlamat, perancangan  dan objektif pembelajaran minggu keempat.

hmmm... apa agaknya nasihat yang dibisikkan oleh Principal Tiara kepada Obri tu ?

Bacaan selanjutnya di :


Monday, March 30, 2009

About AF7 minggu 4

menarik sangat lagu lagu pilihan minggu ini, ada yang kena dan ada yang bakal membunuh... lebih menarik bila lagu lagu ini bakal betul betul menguji mereka sebagai "thinking performer" sebab semestinya masing masing mungkin tak terfikir atau bermimpi nak bawa lagu lagu sebegini...  

gelihati melihat gelagat mereka pagi tadi menerima tugasan masing masing... terkedu ada, tercengang pun ramai. yang pasti tugasan minggu ini bakal mengundang rating tinggi tinggi sepanjang minggu hinga malam konsert. 

yang penting tiap tiap malam kena tengok diari... mana tau kut kut ada kejutan ke apa ke hmmmm...  yang pasti lagu lagu tugasan minggu ini milik 2 nama besar industri seni suara tanah air... Siti dan Amy, dan kejutannya, Lagu Siti bakal dibawa pelajar lelaki dan lagu Amy bakal dibawa pelajar wanita...

malam nanti saya letak gambar gambar obri dan rini semasa mereka terkeluar sabtu lepas dan minggu sebelumnya. maaf sedikit lambat update sebab sibuk membantu Tiara dan kerja pejabat sekaligus...

p/s : lepas geram sambil nangis nangis lagi!!!! aiyo

Tugasan Akademi Fantasia - Minggu 4

Akim - Destinasi Cinta
Qhaud - Di Taman Teman
Hafiz - Cinta Ini
Sidi - Ku Milikmu
Aril - Lakaran Kehidupan
Yazid - Aku Cinta Padamu
Claudia - Suralaya Dalam D Major
Isma - Kerja Gila
Zizi - Aku Dah Bosan
Rubisa - Tiada LagiAishah - Mentari Merah Di Ufuk Timur

Lagu Bonus  Isabella dan Jerat Percintaan

wajah adila ketika disingkirkan minggu lepas

Sunday, March 15, 2009

about AF7 konsert minggu 1

with principal Tiara and cikgu A Aris before the show start after group circle of concentration

what a night it was... say what you want but i thought it was the best 1st week performance ever in the history of AF (matilah aku lepas ni ada yang kutuk aku) bukan nak biased but it was truly and enjoyable night and it WAS a BLOODY good night. a grand opening to the season. cuma takutnya, boleh ke they all sustain or go further and better next week?... yang itu kena tunggu dan lihat transformasi mereka.

berikut saya senaraikan top 6 performance yang saya suka. perlu diingatkan pilihan ini tiada kena mengena dengan produksi atau undian. cuma pilihan hati saya sebagai penonton dan pemerhati.

My top 6 choice performances 

no 1 
Hafiz : Lagu Kita
without a doubt the best performance tonight : almost perfect pitch!

No 2
Rubisa : matahariku
although a bit terkucil on the last note, still a powerful performance. a bit macam berlakun but must say ... good choice of song , penguasaan pentas yang bagus.

no 3
Aril : Rahasia Perempuan
superb performance ada attitude yang chantek but why i put him at 3 place? vocal macam semput sikit

no 4
Aishah : Dan Sebenarnya
good choice of song...menghiburkan


no 5 
Qhaud : Phoenix Bangkit
performance and style tersendiri

no 6
zizi : Molek
persembahan yang molek dan menghiburkan walaupun low note masa pembukaan lagu hmmmm...

watch the videos of the concert and more links and reviews at Sultan Muzaffar's Blog

more AF7 Blogger here : 

Friday, March 13, 2009

about Aishah AF7 singing Yuna's - Dan Sebenarnya

I am hoping that aishah will do justice to this song at the concert tomoro night for the first AF7 concert. she dares to choose a not so popular song as her first performance. tabik sama lu aishah.

this is such a great song, great voice by Yuna and even more surprised to see her image, Yuna a tudung rock chick! awesome! yet undiscovered. love it. i am ordering my EP soon. more info at YUNA's myspace  

(no affiliation with me whatsoever i just thought great talent like this need our support)

www.cheddyusoff.com

Related Posts with Thumbnails