Thursday, June 24, 2010

about Siti Nurhaliza di perhimpunan bekas pelajar SMK Clifford

I was invited by Rozi (kakak ipar Siti) untuk menyertai perbincangan mengenai reunion ini dan off-course i said yes... this is my school too! saya akan kembali ke sekolah hujung bulan julai ini :)

KUALA LUMPUR 23 Jun - Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin akan menyerikan program perhimpunan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford, Kuala Lipis, Pahang pada 31 Julai ini.

Pengerusi jawatankuasa penganjurnya, Zainal Abidin Ahmad berkata, Siti Nurhaliza yang juga bekas pelajar sekolah itu dijangka hadir ke majlis makan malam yang bertemakan 'Old Cliffordians 2 Gather As 1' di sekolah berkenaan.

"Antara objektif penganjurannya ialah mengeratkan silaturahim, meluaskan rangkaian perhubungan, mengimbau nostalgia lama serta mengenang jasa guru-guru yang pernah berkhidmat di sekolah ini.
"Saya harap ia mendapat sambutan yang baik daripada semua bekas pelajar SMK Clifford," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zainal Abidin memberitahu, sempena program perhimpunan bekas pelajar itu, satu karnival mini akan diadakan di pekarangan sekolah berkenaan pada 1 Ogos ini.




"Antara yang dijangka hadir pada karnival mini itu nanti ialah tokoh-tokoh korporat yang pernah menjadi pelajar di sekolah ini," katanya.

Antara tokoh yang pernah menuntut di SMK Clifford ialah bekas Menteri Luar, Allahyarham Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie; bekas Pengarah Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Radin Soenarno dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Abdul Kadir Mohamad.

Selain itu Pengerusi RHB Bank Berhad., Datuk Mohd. Ali Hassan; bekas Timbalan Pengarah Urusan Malaysian International Shipping Corporation (MISC), Datuk Abdul Ghani Mohamed Nor dan bekas Pengarah Kelab Golf Desa Rantau Petronas Terengganu, David Lim Yik Ong.

Selain tokoh korporat, sekolah tersebut juga melahirkan bintang sukan terkenal seperti R. Pathmarajah iaitu bekas pemain hoki kebangsaan.

Mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan perhimpunan itu boleh menghubungi Saedan Abd. Karim di talian 012-2721671 atau 019-3974292.

original link here : Utusan Malaysia Online - Dalam Negeri

No comments:

Related Posts with Thumbnails