Showing posts with label Siti Nurhaliza. Show all posts
Showing posts with label Siti Nurhaliza. Show all posts

Monday, September 27, 2010

About Tiara & Siti Nurhaliza tepung tawar iPhone4


cuba teka apa boss saya DS Tiara Jacquelina buat dengan D Siti Nurhaliza tu? saya ambil foto ini semasa majlis rumah terbuka DSTJ Jumaat lepas dan kebetulan rakan saya SM baru sehari bersama iPhone4 Maxis barunya yang masih belum dibuka dan masih dalam plastik dan masih baru dan DIA DAPAT PERCUMA (jealous aku!!!!)... kebetulan DSN Dan DSTJ juga sebenarnya hantu gadget juga ... jadi kami beri peluang dua artis hebat ni jadi orang pertama pegang iPhone4 Maxis baru kepunyaan SM (SM I HATE YOU) ... siapa sangka keletah DSTJ dan DSN sangat kelakar apabila DSN letak cupcake atas kotak dan buat aksi tiup lilin dan DSTJ pula berlari kedapur ambil beras utuk ditepung tawar.... kelakar... banyak aksi lucu mereka berdua saya rakam dalam kamera saya tetapi biarlah yang ini sahaja kita kongsi bersama ... takut nanti jadi FREE advertisement buat Maxis plak... lainlah kalau Maxis kasi hadiah satu #MaxisiPhone4 kat saya .... huhuhhuhu


apa apa pun ... artikel mengenai ini juga telah diblog juga oleh SM disini


Thursday, August 19, 2010

about TukTi dan TukPah

alhamdulillah bersempena bulan ramdhan yang mulia :

baca artikel asal di blog Sultan Muzaffar 





Sekitar tahun 2004 industri hiburan tempatan yang tidak besar mana digemparkan dengan emel layang yang memburukkan nama baik penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza (kini Datuk). Di tengah-tengah fenomena program realiti memuncak meraikan kemunculan Juara Akademi Fantasia 2, Zahid, pelayar internet seluruh Malaysia gempar membaca pendedahan yang telah dibuat. Pelbagai cerita di sebalik tabir pembikinan Konsert Fantasia Tour dibongkar oleh tangan tidak bertuan.

Namun, setelah enam tahun berlalu segalanya terlerai dalam satu pertemuan eksklusif penuh makna yang berlangsung di bulan Ramadan. Dirancang baik oleh beberapa teman wartawan dari URTV, Utusan Malaysia dan Berita Harian, Datuk Sharifah Aini dan Datuk Siti Nurhaliza dipertemukan dalam satu sesi fotografi untuk Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Mereka bukan calang-calang orangnya. Dua selebriti paling popular di zaman kegemilangan masing-masing. Tiada siapa dapat menafikannya. Sebagai pemerhati dunia hiburan tempatan, ia merupakan bahan terbaik dekad ini. Pertemuan itu membuktikan manusia tidak pernah terlepas daripada membuat kesilapan dan setinggi mana pun tahap pencapaian masing-masing, tanpa kemaafan dan melupakan apa yang telah berlaku ia tidak akan memberikan apa-apa makna. Kerendahan hati kedua-duanya untuk membuang titik hitam dalam perjalanan hidup dan kerjaya masing-masing, sewajarnya harus dipuji.

Sebagai manusia, kita harus meraikan kemenangan tersebut. Syabas teman-teman yang mengusahakannya. Hari ini, saya akan usahakan untuk mendapatkan reaksi kedua-dua pihak untuk paparan di Gala TV, Astro AWANI.


Read the original posting here: 
http://sultanmuzaffar.blogspot.com/2010/08/hapuslah-air-matamu-tiada-dendam-di.html#ixzz0x3IdVSuK
Under Creative Commons License: 
Attribution Non-Commercial No Derivatives

Friday, July 02, 2010

about aturcara reunion SM Clifford Kuala Lipis


kepada yang akan datang pada hujung bulan nanti, berikut adalah atucara yang telah disarankan.

Aturcara Majlis / Aktiviti “ Old Cliffordians 2 Gather as 1”

Tarikh : 31 Julai 2010
Masa : 4-6 petang
Tempat: SMK Clifford, Kuala Lipis Pahang

4-6pm Pendaftaran/Penyerahan Buku Aturcara/Cenderamata

Tarikh: 31 Julai 2010
Masa: 7.30 malam
Tempat: Padang SMK Clifford

7.30pm - Ketibaan `Old Cliffordian’/Tetamu/Jemputan
8.30pm - Lagu Negaraku
- Bacaan Doa
- Jamuan Makan Malam
(Persembahan Kombo MPK)
9. 00pm - Lagu Sekolah Baru iringan Koir SMK Clifford
- Lagu Sekolah Lama
- Ucapan Pengetua SMK Clifford
- Ucapan Pengerusi Penganjur Perhimpunan Bekas Pelajar
- Persembahan Kumpulan Kebudayaan dan Kesenian MPK Kuantan
- Video Klip Down Memory Lane
- Persembahan Istimewa kelolaan Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd.
10.15pm - Acara Cliffordian
- Persembahan Khas
- Lucky Draw
- (Acara Bebas)

Tarikh : 1hb Ogos 2010
Masa : 8.30am – 11.00am
Tempat : Padang SMK Clifford

8.30am - Senamrobik
- Poco-Poco
9.10 - Sukan Rakyat
- Sesi Fotografi di terowong / sekitar sekolah
- Melawat Galeri
- Penyampaian Hadiah (Sukan Rakyat)
11.00am - Jamuan Ringan
- Bersurai

Sdr/sdri rakan bekas pelajar SMK Clifford, Kuala Lipis yang dihormati.

HANYA RM50.00

BAGI MENDAPTKAN BORANG DAN BAYARAN SECARA EXPRESS UNTUK MENYERTAI Program perjumpaan kembali Old Cliffordians 2 Gather As 1 pada 31bb Julai dan 1 hb Ogos 2010. SILA HUBUNGI DAN MEMBUAT BAYARAN SEKARANG KEPADA AJK-AJK BERIKUT:

1. PN ROZI ABDUL RAZAK - 03 9101 9555 ( SNP Office - miela/juliana)
atau emel ( snpsb.cliffordian10@gmail.com )
2. PN NOOR SALWA MASRI- 019 2153 186 ( emel noorsalwamasri@gmail.com)
3. PN ROKIAH ISMAIL - 017 2483 621 (emel rokiahismail@gmail.com)
4. EN ISKANDAR PUTRA -016 3351 958 (emel iskputra@gmail.com)

Mohon respon Terima Kasih.

ATAU BAYARAN TERUS KEPADA BENDAHARI
EN. MOHAMAD ABDUL MALIK - H/P - 012 8888 749
( MAYBANK ACC. 5640-6100-4069 )

keterangan lanjut dan event page di Facebook disini 

      

Thursday, June 24, 2010

about Siti Nurhaliza di perhimpunan bekas pelajar SMK Clifford

I was invited by Rozi (kakak ipar Siti) untuk menyertai perbincangan mengenai reunion ini dan off-course i said yes... this is my school too! saya akan kembali ke sekolah hujung bulan julai ini :)

KUALA LUMPUR 23 Jun - Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin akan menyerikan program perhimpunan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford, Kuala Lipis, Pahang pada 31 Julai ini.

Pengerusi jawatankuasa penganjurnya, Zainal Abidin Ahmad berkata, Siti Nurhaliza yang juga bekas pelajar sekolah itu dijangka hadir ke majlis makan malam yang bertemakan 'Old Cliffordians 2 Gather As 1' di sekolah berkenaan.

"Antara objektif penganjurannya ialah mengeratkan silaturahim, meluaskan rangkaian perhubungan, mengimbau nostalgia lama serta mengenang jasa guru-guru yang pernah berkhidmat di sekolah ini.
"Saya harap ia mendapat sambutan yang baik daripada semua bekas pelajar SMK Clifford," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zainal Abidin memberitahu, sempena program perhimpunan bekas pelajar itu, satu karnival mini akan diadakan di pekarangan sekolah berkenaan pada 1 Ogos ini.


Sunday, April 12, 2009

about AF7 : yang tersingkir setakat minggu 5

sekarang, tinggal lapan pelajar saja yang akan terus merebut gelaran juara AF musim yang ketujuh...


Konsert AF7 minggu kelima malam semalam menyaksikan giliran Sidi pula tersingkir setelah bertahan selama lima konsert. gandingan antara Sidi dan Zahid Dalam Lagu Cinta Yang Sempurna nyanyian asal Sixth Sense dan Noe Letto, walaupun nampak peningkatan (Sidi last week's rendition of Dato' Siti's Ku Milik mu was one of his best yet) terpaksa meninggalkan Akademi setelah kedudukan SMS pada waktu undian ditutup merupakan yang terendah. saya rasa, Sidi ada tone yang menarik dan menampakkan peningkatan, walau tidak banyak tetapi tetap ada peningkatannya, apa yang Sidi perlu lakukan sekarang ialah untuk terus belajar memperbaiki persembahan kalau dia ingin terus berada dalam bidang seni ini... belajar lebih dik... 

Sidi mengucapkan selamat tinggal kepada fakulti AF7

sebab terlampau sibuk saya tidak sempat mengupdatekan blog ini minggu lepas jadi sebagai ganti, ini dia gambar yang sempat saya rakamkan sewaktu habis konsert minggu lepas sewaktu Zizi dan Rubisa



more photos at my facebook album

Monday, March 30, 2009

About AF7 minggu 4

menarik sangat lagu lagu pilihan minggu ini, ada yang kena dan ada yang bakal membunuh... lebih menarik bila lagu lagu ini bakal betul betul menguji mereka sebagai "thinking performer" sebab semestinya masing masing mungkin tak terfikir atau bermimpi nak bawa lagu lagu sebegini...  

gelihati melihat gelagat mereka pagi tadi menerima tugasan masing masing... terkedu ada, tercengang pun ramai. yang pasti tugasan minggu ini bakal mengundang rating tinggi tinggi sepanjang minggu hinga malam konsert. 

yang penting tiap tiap malam kena tengok diari... mana tau kut kut ada kejutan ke apa ke hmmmm...  yang pasti lagu lagu tugasan minggu ini milik 2 nama besar industri seni suara tanah air... Siti dan Amy, dan kejutannya, Lagu Siti bakal dibawa pelajar lelaki dan lagu Amy bakal dibawa pelajar wanita...

malam nanti saya letak gambar gambar obri dan rini semasa mereka terkeluar sabtu lepas dan minggu sebelumnya. maaf sedikit lambat update sebab sibuk membantu Tiara dan kerja pejabat sekaligus...

p/s : lepas geram sambil nangis nangis lagi!!!! aiyo

Tugasan Akademi Fantasia - Minggu 4

Akim - Destinasi Cinta
Qhaud - Di Taman Teman
Hafiz - Cinta Ini
Sidi - Ku Milikmu
Aril - Lakaran Kehidupan
Yazid - Aku Cinta Padamu
Claudia - Suralaya Dalam D Major
Isma - Kerja Gila
Zizi - Aku Dah Bosan
Rubisa - Tiada LagiAishah - Mentari Merah Di Ufuk Timur

Lagu Bonus  Isabella dan Jerat Percintaan

wajah adila ketika disingkirkan minggu lepas

Tuesday, May 27, 2008

about P Ramlee The Musical on AWANI

Take a look at the video on P.Ramlee The Musical during our Singapore tour taken from AWANI. found this on youtube... thanks oya and sultanmuzaffar

meanwhile i have posted 60 photos taken today during our technical rehearsal at Istana Budaya. take a look here http://www.facebook.com/album.php?aid=40699&l=dcdf4&id=704722159

Monday, January 28, 2008

about juara lagu malam tadi

Tahniah kepada anak muda Estranged untuk kemenangan Itu Kamu. Sebelum keputusan di umumkan, saya dan Liza Hanim sudah agak lagu ini bakal juara. tahniah juga untuk Nora, Sahri/Kaer, Mawi dan Jaclyn Victor masing masing untuk kemenangan di Juara Lagu malam tadi.

Sepanjang malam saya sibuk mengambil gambar sebenarnya hahaha kalah photograher profesional tapi apakan daya itu hobi saya. seronok juga sebab teman kat sebelah saya si Liza Hanim (yang sentiasa cool dan gila gila) bersama hubby dan megat (PGLm and P Ramlee Musical) jadi kami pun berboraklah sepanjang malam komen itu komen ini hehehe tapi seronok sebab tempat duduk kami yang smack center betul betul depan pentas tu memang puas hati cuma saya rasa sound system ditempat saya agak kurang.

Rata rata persembahan malam tadi sungguh memberangsangkan sebab nampak gaya semua cuba untuk memberi yang terbaik. walaupun rata rata persembahan malam tadi baik dari segi koreografi, vokal dan sebagainya, kemenangan berpihak kepada Mawi yang saya rasa berbaloi kerana memang mantap. Seronok tengok Mawi dengan budak budak tu menari!

Teruja saya melihat ramai kenalan dipentas menari dan menyanyi. persembahan Nora bagus sekali dengan tema Samudera juga kemunculan kembali siti di pentas Juara Lagu dengan imej terbaru. saya sudah tengok semasa sessi latihan beliau bersama penari tetapi ini pertama kali saya lihat Siti menari penuh bersama, all dressed up... gempak siut! Kata Aubrey Suwito dibelakang pentas , Siti benar benar berlatih bersungguh sungguh untuk persembahan malam tadi sampai di airport pun boleh berlatih! hahaaha . kalau kengkawan nak tahu, koreografi Samudera dan destinasi Cinta di karangkan oleh Pat Ibrahim.

bagi vokal terbaik pula Jac Victor memang tak boleh disangkal lagi. tetapi disini saya ingin puji penyanyi penyanyi pengganti , Fiq, Sahri dan Bob yang membuktikan mereka ini memang mantap walaupun ini bukan lagu mereka tetapi mereka telah lakukan yang cukup baik sekali! Persembahan selingan dari Dayang, Nikki dan Ziana juga tidak kurang hebatnya!

Malam ini juga saya seronok sebab dapat jumpa ramai rakan rakan lama yang dah lama tak jumpa seperti Tria (yang mengiringi Fazli Zainal), Esar (gangstarz) Liza, Atilia yang datang bersama Ibu Pn. Salamiah , Michael Xavier Voon, Dafi dan beberapa peminat lama saya (ingat lagi korang kat i ye heheh) yang kebetulan datang dari jauh untuk menyaksikan AJL!

Malam tadi banyak gambar yang saya ambil sampai hampir 80% kapasiti 2GB sd card saya penuh dengan gambar gambar huhuhu tetapi kalau anda nak tengok banyak gambar gambar paling saya suka yang yang saya ambil sekitar malam tadi silalah ke cheddgraphy!


Sunday, January 27, 2008

about AJL ini malam

jangan lupa temujanji anda dengan Anugerah Juara Lagu Ini malam. banyak kejutan nya saya dengar akan berlaku ini malam di stadium putra Bukit Jalil... pertama set pentas nya, kedua, tahun ini paling banyak lagu yang dipertandingkan bukan bakal dinyanyikan oleh penyanyi asal dan Dato hajjah Siti kembali beraksi di AJL setelah sekian lama dengan Imej gempak terbaru .... see you there!

Friday, January 11, 2008

About Siti's Birthday

Happy birthday Dato Datin Seri Hajjah Siti Nurhaliza (fuhh panjangnya)

Malam tadi bertempat di La Meredian Kuala Lumpur, rakan taulan dan yang tersayang telah sama sama meraikan majlis Hari Lahir Siti. Majlis tersebut telah diserikan oleh rakan rakan artis dan rakan rakan peribadi serta keluarga Dato Siti sendiri. Apa yang saya amati, guest list Siti amat personal sekali. agak sesak juga majlis malam tadi dengan para jemputan.

Makanan secara buffet juga meriah dengan pulut kuning dan rendang yang superb! dimana saya, Atilia dan Ariff makan dengan banyak nya... ahahaha kesian juga yang datang lambat tu sebab nampak gayanya semua orang yang datang awal serbu pulut kuning dan rendang sampai habis. antara yang wajib terhidang ialah Strawberry bersalut coklat kegemaran Siti.

Antara tetamu yang hadir ialah, Chef Wan, Syafinaz, Fazli Zainal, Julidza Adlizan, Fasha , Cikgu Fatimah Abu bakar and her beautiful daughters, Que Haidar, Sy Sahira and her hubby dan ramai juga lah. Abang Aznil yang datang sebagai tetamu diminta oleh Siti tolong mengendali segmen 'karaoke' huhuhu but saya tabik ngan abang Aznil... he's really good and very entertaining. warga kerja P Ramlee the Musical juga ada, Zahim, Sean dan Maya.

It was a pleasant night out with malaysia's darling. warga keluarga Siti dan SNP juga amat prihatin dalam memastikan tetamu selesa walaupun hujan. terima kasih Rozi (i know u r reading this heheheh)

Ada banyak lagi gambar di facebook saya dan cheddgraphy, sila silalah jengok tengok ye! Happy Birthday Siti!

more photos on my facebook and cheddgraphy

Thursday, January 10, 2008

about P Ramlee and Mont Blanc


The cast of P Ramlee The Musical was invited to do a show for Mont Blanc's close door private party at the Pavilion KL's main atrium last night. we did 6 numbers taken from the musical with some new chreography by Pat Ibrahim. As Sean Ghazi couldn't make it for this show, Tony Eusoff was called in to be P Ramlee and i must say, what a pleasure it is to be working with such humble star! Tony is a very nice to be with. Liza Hanim is in her usual funny woman mood, fun and she is the most humble superstar ever! we love them both and they look good together as P Ramlee and Saloma!

We had fun, the energy was high although the stage is is way bit to small but thanks to DS Tiara, Pat, Nora and Mont Blanc... we had fun.

Saw a lot of familiar faces there, even Dato hajjah Siti Nurhaliza was there among the crowd singing along with us from her seat where she was seated besides Tun Dr Siti Hasmah ( I think it's Tun Dr Siti Hasmah because cant see that clear from the stage). The ever beautiful soprano Syafinaz also graced the stage earlier. It was a great nite we had fun although we wished the stage would have been bigger to accommodate the 12 of us.

more pictures here

Friday, October 26, 2007

about no mishap and jason scott lee

Alhamdulillah! untuk saya, malam ini persembahan lancar tanpa banyak gangguan. energy di pentas dari casts dan ensemble kuat juga dapat saya rasa ini malam.
.
Ramai juga sahabat, pembaca dan peminat yang datang menonton tadi, kawan lama masa kat MRSM si Sauqi datang dengan kerabat keluarga, malam sebwlum ini sorang lagi kawan MRSM, Muadzam datang bersama isteri dan familynya. kawan semasa saya buat URMi, si Fang juga ada bersama rakan rakan dari Musical Broken Bridges lain .
.
Tetapi paling kami teruja ialah, JASON SCOTT LEE!, bintang Hollywood (Dragon: The Bruce Lee Story (1993) sebagai Bruce Lee dan The Jungle Book (1994) sebagai Mowgli )dan artis West End London, juga menonton ! JS Lee adalah rakan baik Sean Ghazi kerana mereka pernah berkerja bersama semasa JS Lee played The King of Siam opposite Elaine Paige in the Broadway revival of Rodgers and Hammersteins's musical "The King and I" at the West End, London Palladium. kacak juga mamat ini dengan semangatnya pakai baju melayu huhuhu. semua budak perempuan menjerit jerit takkala Jason kebelakang pentas selepas kami habis buat persembahan... tak caya? ini gambonye...

kami semua dibalakang pentas tadi bersama Jason Scott Lee (baju melayu biru)

sempat lagi tu lepas habis tukar baju pergi ambil gambar huhuhu

http://www.cheddyusoff.com/

Thursday, October 25, 2007

about Gala Night and my little mishap...

para tetamu, Datuk Seri Effendi dan PM. (gambar eja)

Executive Producer, Datin Seri Tiara taking a bow (gambar eja)

my final scene as Sukardi. "Perpisahan Sukardi" selamat tinggal sahabat.. (gambar eja)

ramlee kecik 2 : syafie (mukhsin)



malam semalam was the gala Night for our PM dan antara yang hadir malam semalam menyaksikan persembahan kami ialah anak Allahyarham Tan Sri, pak Nasir juga anak anak angkat Tan Sri, Sazali dan Sabaruddin (antara yang saya nampak di skrin belakang pentas ) juga dengar cerita, pak Aziz Sattar serta pak Kassim masdur juga ada dikalangan para penonton semalam . apa agaknya perasaan Pak Kassim melihat wataknya dilakonkan oleh si Leslie tu. huhuhu. adik saya dari AF5 si Aizat juga ada dikalangan penonton semalam.
.
segalanya berjalan lancar malam semalam cuma part saya je agak kureng sedikit semasa saya mahu mula menyanyikan lagu Perjalanan Bintang dimana tak tahu dimana silapnya, saya termasuk lambat sedikit tetapi selepas itu semuanya terus lancar. harap malam ini lebih baik. insyaalah.
.
seperti yang anda dapat perhatikan , saya jarang update. ini kerana saya agak sibuk kebelakangan ini. tetapi saya janji saya akan cuba update selalu. dalam pada itu kalau anda ingin lihat gambar gambar belakang pentas silalah tengok album Multiply saya :)
ada banyak gambar disebalik tabir disitu...
.
oh btw, kalau nak tengok wajah wajah, saya, Datin Seri Tiara, Sean, Melissa, Adlin dan Liza Hanim sila silalah beli majalah STYLE keluara
n November sebab kami ada didalam issue tersebut bercakap tentang P Ramlee dan muzikal.


3 gadis (Baby Arin, Nadia dan Ruzana luscious) bersama Junaidah (Atilia)


Junaidah (Atilia) dan Saloma (Liza Hanim) gaduh senduk garpu huhuhu

sebab mereka gaduh adalah kerana Atilia cakap Pasembor Liza tak sedap sampai tersembor keluar mulut huhu (gurau je)

before act II, Rafique Infinatez, Me, Nita (ex-malaysian Gymnast) dan Azrol (ex-SuriaFM DJ)

Friday, October 19, 2007

about the opening night and we are SOLD OUT!

sorry lama tak update sebab busy sangat but last night we finally went on stage for the public for the first time! sebab busy dengan last kopek rehearsal, tak sempat update but here are some photos during PC lepas habis opening show semalam.
Datin Seri Tiara, me, Zeqhty, Lyn (azizah kecil) dan Colin (Run Run Shaw) dalam lift nak ke PC

Melissa di temuramah


Atilia, Gita Gutawa dan bapanya Pak Erwin Gutawa



sean dan liza ditemuramah selepas persembahan pembukaan malam semalam

Dato' Siti dikerumun wartawan

sukardi juga sebok ditemuramah majalah hype... huhuhu

Dan semalam, kami diberitakan oleh Datin Seri Tiara yang semua tiket-tiket untuk semua persembahan kami telah HABIS DIJUAL! takut pun ada rasanya. pertama kali dalam sejarah IB rasanya... gambar dibawah ini saya rakamkan 2 hari yang lepas, keaadan di kaunter box office Istana Budaya. Saya sendiri tengah sedih tahap gaban sebab tak sempat beli teket untuk adik dan family saya sebab terlampau busy dengan rehearsal... they so gonna be mad at me...




Saturday, October 06, 2007

about ucapan raya dari Siti, Liza dan Atilia



khas buat semua, ucapan khas aidilfitri dari Siti Nurhaliza, Liza Hanim dan Atilia yang sedang sibuk menjalani latihan untuk P Ramlee The Musical di Istana Budaya sekarang ini. more coming soon.

Friday, October 05, 2007

about the teaser on youtube

there has been a few request for me to post the two teaser i did on youtube so they can embed the video on their blog so i have uploaded the videos onto youtube. please feel free to post it on your own web but do link back to www.cheddyusoff.com or cheddyusoff.blogspot.com if you decide to put it on your blog, web or elsewhere. the videos are located at :

teaser one featuring Sean, Siti Nurhaliza and Chedd Eddie Yusoff
http://www.youtube.com/watch?v=LwhRJEaZ8hk

teaser two featuring Sean, Atilia, Chedd, Zeqhty, Joseph and Wan kenari
http://www.youtube.com/watch?v=xYIKbCxygvE

today we will be on stage with Pak Erwin's orchestra for the first time, and last night i did try some of the sets that involves me and i am loving the sets. I must say Cik Lek (Raja Malek) did a superb job with the sets. it's huge and beautiful. The sets are much bigger compare to the ones he did for Puteri Gunung Ledang The Musical. we have few more days before the Raya holidays and i can't wait to go on stage !

Also yesterday, i bought tickets for my friends for the 27th Oct show and was having difficulties because most good seats are all taken! lucky that i spotted some nice seats. if you plan to come and watch please book your tickets now.

coming 6-7 days will be a very hectic days for us i suspect but i'll try to update you guys with the latest happening for the musical. stay tune :)

love
Chedd "Sukardi" Yusoff

Tuesday, October 02, 2007

about p ramlee the musical exclusive video...

Exclusive hanya disini, saya paparkan teaser untok p ramlee the musical. perlu saya nyatakan disini bahawa video teaser ni bukan yang official dari Enfiniti seperti yang sedang disiarkan di TV, tetapi hasil dari sessi pengambaran tempohhari.

terimakasih kepada Datin Seri Tiara kerana membenarkan saya previewkan kepada anda video ekslusif ini

credits to : isma dan zeqhty . www.cheddyusoff.com

about teaser p ramlee the musical EXCLUSIVE!

here is another short teaser i did featuring, Joseph Gonzalez, Wan Kenari, Sean, me, Atilia and Zeqhty. the first one i did featuring Siti Nurhaliza is in the previous post





terimakasih kepada Datin Seri Tiara kerana membenarkan saya previewkan kepada anda video ekslusif ini



credits to : isma dan zeqhty . www.cheddyusoff.com

Saturday, September 29, 2007

about official promo photos...

p ramlee and saloma

me... aiyo kenapa rambut ku tinggi begitu???

azizah

taken from and with consent of Datin Seri Tiara, these are some of the latest promo photos for P Ramlee The Musical. more coming soon... including a video!


Friday, September 28, 2007

about summore rehearsal's photos...

our girl fern had posted almost 70 new and old photos at her multiply. here are some previews. go to fern's multipy to view the whole collection.

the tuan director and his muse? my name is sean ghazi and zana luscious

apakah kau akan sentiasa cintakan ku? my name is sean ghazi and siti nurhaliza

bila nak berbuka ni... my name is azrol, yong, rafiq, megat, qahar, defoo alvin and d-ha

dara dan teruna sekampung (???) my name is ida mariana, alvin infinatez, fauzuly d-boy and shah infinatez

a pose... miss universe... my name is alvin, ida, atilia, pat, raja malek and queen melissa

tak faham aku dengan budak jantan 4 org ni... my name is yong, alvin, shah infinatez and megatron

pantang nampak camera... my name is nadia luscious, maya tan, pat, sean, ida, megat, alvin and yong gp ... huhuhu

i'm lonely, ram... my name is sean and melissa

www.cheddyusoff.com

Related Posts with Thumbnails