Saja nak cerita pengalaman saya baru baru ini dimana saya dalam perjalanan untuk ke Hentian Bas Duta pada jam lebih kurang 11 malam, kebiasaannya saya akan mengikut jalan besar dan kadang kadang jalan pintas Bukit Tunku setelah keluar dari Penchala Link.
Pada malam tersebut kebiasaan saya itu telah bertukar menjadi luarbiasa. dari kediaman saya di Sri Damansara saya turun ke LDP dan perasan bahawa petrol saya hampir habis lalu saya berhenti disebuah stesen minyak petrol (tak yah cakap yng mana satu la taknak you all takut plak) . Sementara saya mengisi minyak saya tak tahu kenapa perasaan saya begitu kuat mengatakan ada sesuatu yang tak kena dan memerhati kearah kawasan semak /hutan disebelah stesen petrol tersebut. kalau hari biasa , saya akan cuba buat tak tahu tetapi malam tersebut, saya terus memandang kearah semak tersebut.

gambar hiasan
read more :