Ok , i have to admit, saya kena mengaku kat sini yang saya memang sebenarnya dah buntu... tak tau nak tulis apa. sebab utamanya ialah saya masih lagi dalam mood withdrawal selepas habis pementasaan. mati kutu...
Tapi saya juga sebenarnya juga sibuk dengan kerja kecil kecilan disana sini. Dalam pada itu juga saya sedang sibuk untuk mengcha-cha bublekan sebuah lagu joget lama yang saya harap untuk rakamkan tak lama lagi sebagai single baru. Harap harap semua nya berjalan lancar.

So, dah 2 minggu P Ramlee The Musical melabuhkan tirai, kitaorang buat apa? hmmm... macam macam... Abis Show hari Sabtu, Ahadnya saya potong rambut jadi pendek selepas simpan lama sejak AF5... Sean ada show, Disamping sibok dengan Sehati Berdansa (astro RIA) Atilia pun ada show malam esok kat Bangkok Jazz jam 10 malam (jom pergi tengok), Liza Hanim pulak sibuk promosi album sambil merindui pentas, kami yang lain-lain? macam macam lah , 2 hari lepas habis P Ramlee kami gi main Futsal kat Wangsa maju Dimana group Casts lawan Group Transformer dan kami kalah kan group Transformer 15 -8 hahaha Adlin dan Pat Ibrahim pun ada sekali., pastu lepak lepak minum minum, esok, saya ada rehearsal untuk show kat TV. next month ada dinner shows kena buat, dan lepas ni nak lawan main bowling pulak. Dan sementara itu, kami tengah tunggu panggilan telepon untuk project seterusnya je hehehe.
Nak buat camna, camni lah hidup anak panggung... kalau dah Gila Panggung tu Gila Panggung jugalah.... memang rindu.
casualty of the day, alvin infinatez
No comments:
Post a Comment