Showing posts with label GangStarz. Show all posts
Showing posts with label GangStarz. Show all posts

Tuesday, May 06, 2008

about P Ramlee The Musical

BACK BY POPULAR DEMAND - P.RAMLEE THE MUSICAL RETURNS !
.
Nominated for 9 Boh Cameronian Awards including Best Actor, Best Supporting Actor, Best Director, Best Music, Best Lighting, Best Set Design, Best Costumes.
.
25,000 tickets were sold out before season 1 opening night - book your tickets early so you don't miss out.
.
Musly Ramlee in title role brings the Legend to life with the look,the style, the voice of P.Ramlee...
.
Roslan Aziz as Season 2's new Music Director will blow you away with his unmatchable touch...
.
A stage production worthy of a legend, P.Ramlee The Musical pays tribute to one of Malaysia's most consummate entertainers - the legendary P. Ramlee whose outstanding body of work in film and music, and artistic genius survives even today, 35 years after his passing.
.
This dazzling musical will take audiences back to the glory days of the 50's, 60's and 70's with breath taking sets and props, stunning costumes and live music featuring original music by Singapore's Dick Lee and also some of P. Ramlee's most unforgettable pieces.Learn more about the man - his loves, his dreams, his passion, his personal life, and what inspired him to write all those beautiful songs and films we love even today.
.
Singapore opens 17th May 2008 at The Esplanade
Kuala Lumpur opens 28th May 2008 at Istana Budaya
.
.
or 03-7711 5000
RM200, RM180, RM150, RM120, RM80, RM50, RM30
.
Or (65)6348 5555$
100 (Cat 1), $80 (Cat 2), $60 (Cat 3), $40 (Cat 4)
Concessions (limited tickets available):
Students - $20 (Cat 4)NSF and Senior citizens - $28 (Cat 4)
.
Starring:
Liza Hanim as Saloma
Melissa Saila as Norizan
Atilia Haron as Junaidah
Emelda Rosmila as Azizah
and
introducing Musly Ramlee as P Ramlee
.
Colin Kirton and Douglas Lim as The Shaw Brothers
Joseph Gonzales as BS Rajhans
Chedd Eddie Yusoff as Sukardi
Infinatez and Azrul "Cham" as The Paparazzi

Monday, April 14, 2008

about PRTM rehearsal video blog week one



This is the first episode of my weekly video blog taken during our current rehearsal for P Ramlee The Musical singapore and IB second run!

In episode 1, i interviewed our costume designer, set designer and the ensemble. keep a look out here as i will also talk to other main cast!

Monday, January 28, 2008

about juara lagu malam tadi

Tahniah kepada anak muda Estranged untuk kemenangan Itu Kamu. Sebelum keputusan di umumkan, saya dan Liza Hanim sudah agak lagu ini bakal juara. tahniah juga untuk Nora, Sahri/Kaer, Mawi dan Jaclyn Victor masing masing untuk kemenangan di Juara Lagu malam tadi.

Sepanjang malam saya sibuk mengambil gambar sebenarnya hahaha kalah photograher profesional tapi apakan daya itu hobi saya. seronok juga sebab teman kat sebelah saya si Liza Hanim (yang sentiasa cool dan gila gila) bersama hubby dan megat (PGLm and P Ramlee Musical) jadi kami pun berboraklah sepanjang malam komen itu komen ini hehehe tapi seronok sebab tempat duduk kami yang smack center betul betul depan pentas tu memang puas hati cuma saya rasa sound system ditempat saya agak kurang.

Rata rata persembahan malam tadi sungguh memberangsangkan sebab nampak gaya semua cuba untuk memberi yang terbaik. walaupun rata rata persembahan malam tadi baik dari segi koreografi, vokal dan sebagainya, kemenangan berpihak kepada Mawi yang saya rasa berbaloi kerana memang mantap. Seronok tengok Mawi dengan budak budak tu menari!

Teruja saya melihat ramai kenalan dipentas menari dan menyanyi. persembahan Nora bagus sekali dengan tema Samudera juga kemunculan kembali siti di pentas Juara Lagu dengan imej terbaru. saya sudah tengok semasa sessi latihan beliau bersama penari tetapi ini pertama kali saya lihat Siti menari penuh bersama, all dressed up... gempak siut! Kata Aubrey Suwito dibelakang pentas , Siti benar benar berlatih bersungguh sungguh untuk persembahan malam tadi sampai di airport pun boleh berlatih! hahaaha . kalau kengkawan nak tahu, koreografi Samudera dan destinasi Cinta di karangkan oleh Pat Ibrahim.

bagi vokal terbaik pula Jac Victor memang tak boleh disangkal lagi. tetapi disini saya ingin puji penyanyi penyanyi pengganti , Fiq, Sahri dan Bob yang membuktikan mereka ini memang mantap walaupun ini bukan lagu mereka tetapi mereka telah lakukan yang cukup baik sekali! Persembahan selingan dari Dayang, Nikki dan Ziana juga tidak kurang hebatnya!

Malam ini juga saya seronok sebab dapat jumpa ramai rakan rakan lama yang dah lama tak jumpa seperti Tria (yang mengiringi Fazli Zainal), Esar (gangstarz) Liza, Atilia yang datang bersama Ibu Pn. Salamiah , Michael Xavier Voon, Dafi dan beberapa peminat lama saya (ingat lagi korang kat i ye heheh) yang kebetulan datang dari jauh untuk menyaksikan AJL!

Malam tadi banyak gambar yang saya ambil sampai hampir 80% kapasiti 2GB sd card saya penuh dengan gambar gambar huhuhu tetapi kalau anda nak tengok banyak gambar gambar paling saya suka yang yang saya ambil sekitar malam tadi silalah ke cheddgraphy!


Saturday, December 15, 2007

about Anugerah Skrin baru habis

hello kengkawan, tonight's show was a blast. will post the photos tomorrow, in the meantime here's some behind the scene videos. if u missed the live show, watch the recap online at http://www.tv3.com.my/


the P Ramlee musical 's ensemble during the full dress rehearsal, that's me in white tuxedo huhuhu

towards the end of the show where we performed the closing number Cahaya Anugerah

source : www.tv3.com.my

Wednesday, December 12, 2007

about LIVE THIS FRIDAY!

make a date with TV3 this friday night from 9pm onwards for Anugerah Skrin TV3. why?

  • 12 of us from P Ramlee The Musical will be doing the opening number with a melody from the musical with a totally new dance (funky) routine choreographed by the multi talented Pat Ibrahim. the 12 of us features zeqhty, azrul, nadia, zana dan ramai lagi.
  • Diha, Nita and the Floor Fever boys will be backing up Ferhad
  • My iideas being implemented by Helen Yap for Asmara (thanks Helen)
  • drama komedi saya, Keluarga Adam nominated for best comedy series
  • the 12 of us also will do the closing number singing Cahaya Anugerah , lagu tema Anugerah Skrin
  • Cahaya Anugerah is written by Helen Yap and lyrics by me

so make sure y'all tengok hari jumaat ini di TV3 jam 9 malam ok or you can watch it live on www.tv3.com.my


Friday, November 30, 2007

about Dec 14 nanti...

during our rehearsal break . can't wait to go back on stage!
from left Azrul (ex-suriafm dj), Nadia Luscious and Zeqhty (NTV7 Audition2)
.
Aiyo lama tak mari sini... tengah sebok menyiapkan kerja.. it has been awhile kan and now i'm missing you all. ok , what's new? first of all, we are all still busy getting ready for Anugerah Skrin TV3. To those who yet to know, part of the P Ramlee the Musical's ensemble will be performing the opening and the closing for the event with choreography by the one and only Pat Ibrahim. On top of that , Pat juga akan mengkoreografi FeverDolls yang bakal mengiringi persembahan Ferhad malam itu nanti.

So nantikan Anugerah Skrin di TV3 Dec14 nanti yang mana, komedi saya Keluarga Adam dan drama Nadia Luscious juga dicalonkan. jangan lupa undi! Besides trophies, winners will walk away with a trip to Hollywood Studios in Los Angeles and Las Vegas. Other artistes who will perform that night include Faizal Tahir, Ferhad, Ning Baizura, Nikki, Yanie, The Lima, Mendua, Adibah Noor, Dayang Nurfaizah and Noryn Aziz.

Wednesday, November 21, 2007

about anugerah skrin 2007

telah tiba! telah tiba masa! malam gemilang
anugerah! seniman dan wayang gambar!


Pagi semalam, bertempat di Ballroom Hilton Sentral KL, kitaorang ada show. show untuk press conference Anugerah Skrin 2007. Istimewanya Anugerah Skrin ini tahun, Drama komedi lakonan saya, Keluarga Adam ade ade aje dicalonkan dalam kategori Komedi Bersiri terbaik.
.
Tetapi kehadiran saya kat situ bukan sahaja untuk pencalonan tetapi juga sebab kami buat preview untuk persembahan pembukaan malam anugerah itu nanti yang akan Live diTV3 Dec 14th nanti. Antara yang terlibat nanti ialah, saya, zana dan nadia Luscious, Zeqhty dan ramai lagi dibawah koreografer Pat Ibrahim. kebanyakan nya terdiri dari ensemble P Ramlee the Musical . Nantikan persembahan kami itu malam dan harap harap insyaalah Keluarga Adam menang. jangan lupa undi ok!
.
Drama lakonan Nadia Emil Emilda juga dicalonkan. Ramai juga yang hadir tadi dan ini ada sedikit gambo gambo antara yang sempat saya snap sebab tak cukup masa nak snap untuk tatapan anda semua. and as usual all photos posted are KLIKable
.
p/s: sape tengok drama misteri Jalan Simpang Burung kat TV3 2 hari lepas? dah 5 kali ulang tayang you!
.






antara gambo yang sempat saya ambik
photograhy by chedd eddie yusoff

Friday, November 16, 2007

about withdrawals ,Gila Panggung dan futsal

Ok , i have to admit, saya kena mengaku kat sini yang saya memang sebenarnya dah buntu... tak tau nak tulis apa. sebab utamanya ialah saya masih lagi dalam mood withdrawal selepas habis pementasaan. mati kutu...
Tapi saya juga sebenarnya juga sibuk dengan kerja kecil kecilan disana sini. Dalam pada itu juga saya sedang sibuk untuk mengcha-cha bublekan sebuah lagu joget lama yang saya harap untuk rakamkan tak lama lagi sebagai single baru. Harap harap semua nya berjalan lancar.

Dalam pada itu kalau ada kesempatan, jangan lupa untuk dapatkan Majalah Style keluaran November dan HYPE! isu 97. kenapa? hehehe huhuhu, dalam majalah fesyen Style ada lebih kurang 6 muka interbiu bersama Sean, Liza, Tiara, Melissa, adlin dan juga saya bercerita tengtang P Ramlee dan Musical in general. yang istemewanya, gambar gambar kat situ semua cantik cantik belaka. Dalam HYPE! juga ada dalam 6 muka berwarna warni mengenai Muzikal P Ramlee dan yang paling best ada kesah tentang mamat yang bernama Chedd Eddie Yusoff... huhuhu. so tunggu apa lagi... cepat lah pergi beli :).

So, dah 2 minggu P Ramlee The Musical melabuhkan tirai, kitaorang buat apa? hmmm... macam macam... Abis Show hari Sabtu, Ahadnya saya potong rambut jadi pendek selepas simpan lama sejak AF5... Sean ada show, Disamping sibok dengan Sehati Berdansa (astro RIA) Atilia pun ada show malam esok kat Bangkok Jazz jam 10 malam (jom pergi tengok), Liza Hanim pulak sibuk promosi album sambil merindui pentas, kami yang lain-lain? macam macam lah , 2 hari lepas habis P Ramlee kami gi main Futsal kat Wangsa maju Dimana group Casts lawan Group Transformer dan kami kalah kan group Transformer 15 -8 hahaha Adlin dan Pat Ibrahim pun ada sekali., pastu lepak lepak minum minum, esok, saya ada rehearsal untuk show kat TV. next month ada dinner shows kena buat, dan lepas ni nak lawan main bowling pulak. Dan sementara itu, kami tengah tunggu panggilan telepon untuk project seterusnya je hehehe.

Nak buat camna, camni lah hidup anak panggung... kalau dah Gila Panggung tu Gila Panggung jugalah.... memang rindu.


berdiri : Megat , Rafique, Dboy, Shah duduk : Alvin dan Azrol menang15-8!

tukang sorak Diha, Nadia dan Zana


group transformer yang kalah teruk

adlin tunggu giliran dan tukang sorak

casualty of the day, alvin infinatez

www.cheddyusoff.com

Tuesday, October 02, 2007

about teaser p ramlee the musical EXCLUSIVE!

here is another short teaser i did featuring, Joseph Gonzalez, Wan Kenari, Sean, me, Atilia and Zeqhty. the first one i did featuring Siti Nurhaliza is in the previous post





terimakasih kepada Datin Seri Tiara kerana membenarkan saya previewkan kepada anda video ekslusif ini



credits to : isma dan zeqhty . www.cheddyusoff.com

Friday, September 28, 2007

about summore rehearsal's photos...

our girl fern had posted almost 70 new and old photos at her multiply. here are some previews. go to fern's multipy to view the whole collection.

the tuan director and his muse? my name is sean ghazi and zana luscious

apakah kau akan sentiasa cintakan ku? my name is sean ghazi and siti nurhaliza

bila nak berbuka ni... my name is azrol, yong, rafiq, megat, qahar, defoo alvin and d-ha

dara dan teruna sekampung (???) my name is ida mariana, alvin infinatez, fauzuly d-boy and shah infinatez

a pose... miss universe... my name is alvin, ida, atilia, pat, raja malek and queen melissa

tak faham aku dengan budak jantan 4 org ni... my name is yong, alvin, shah infinatez and megatron

pantang nampak camera... my name is nadia luscious, maya tan, pat, sean, ida, megat, alvin and yong gp ... huhuhu

i'm lonely, ram... my name is sean and melissa

www.cheddyusoff.com

Saturday, September 22, 2007

about the rehearsal's photos...

Ramai pula yang mengSMS dan mengemail saya menanyakan, "wajib tonton ke P Ramlee The Musical... akan semeletop seperti PGLM?"
.
Saya tak nak janji apa apa tapi yang pasti kami semua tak sabaq nak naik pentas Raya nanti hehehe.
TERUJA sangat sangat dah ni! dan sebagai teaser kepada anda semua, lihatlah gambo gambo ini. cepat tempah tiket... kita jumpa di Istana Budaya nanti ok!!!

:)

"Tiada sesiapa dapat melupa, perasaan cinta pertama" - my name is Siti Nurhaliza dan Sean Ghazi

"Aku gumbira melihat keadaan ko Ramlee" - my name is Chedd Eddie Yusoff dan Sean Ghazi

Arrrrr... - my name is Atilia, Diha, Adik, Zeqhty, Ida, Arif, Maya dan Firul

"Lambai padanya Azizah! janganlah i malu you!" - my name is Siti Nurhaliza , Baby Arin , Nadia dan Ruzana

"Ropa kamo yang chantek... oh nonaku Azizah" - my name is Sean, Azrul dan Yong

"Lihatlah.. look at him..." - my name is Atilia dan Zeqhty

Tuesday, August 21, 2007

about kawan Audition...

Ramai juga yang mesej saya bertanya mengenai lagu ciptaan saya, Lumpur (lagu caras). rata rata nak tahu cerita disebalik lagu itu. semua bertanya siapa kah orangnya yang telah mencaras saya itu... nak cerita takut nanti buka pekung orang, tak cerita, nanti geram terpendam... ok saya akan ceritakan tapi nanti dulu, banyak benda lain saya nak cerita terlebih dulu...
.
Dapat panggilan dari kawan Audition 04 saya si
Shanor minggu lepas. masih ingat Shanor? semasa musim pertama Audition 04, Shanor telah di war warkan oleh pihak penganjur bahawa dia memenangi hadiah utama contract menghasilkan album sebuah syarikat muzik gergasi. Tapi keshian sebab sampai hari ini senyap sahaja. paling baru ialah kes saman mengenai hadiah yang ditawarkan tersebut. tapi reason sebenar Shanor hubungi saya adalah kerna ingin mendapatkan nombor pencipta lagu terkenal seperti Ajai dan lain lain... pagi tadi pula dia mesej lagi menanyakan CD lagu ciptaan Hazami yang pernah Hazami berikan semasa beliau mengajar kami dulu...hmmm shanor, nak buat album ke?
.
Masih ingat dengan
Amar? Pemenang yang lagi sorang tu? kesian kat dia, sepatutnya dah jadi hero filem muzikal tapi filem nya entah kemana??? lepas kembali dari Holland mengacarakan rancangan kuiz SMS untuk TV1 dan jadi pengantti saya buat sementara dalam Sitcom keluarga Adam tv2 ,terus hilang. Kali terakhir saya jumpa dia di damansara Uptown. Dia kata dia dah tawar hati dengan dunia seni.
.
Si
Tria pula Alhamdulillah, sekarang makin hangat dengan lagu TIKA dari filem Waris Jari Hantu. walaupun masih mahu bergiat dalam bidang seni, Tria sekarang juga senang dengan anak lelaki pertamanya di rumah. Saya kurang pasti mana silapnya nasib Tria ini, terus terang saya katakan suara dia POWER, kalau anda ada dengar Album kumpulan wanita SHE dari indonesia , suara penyanyi utamanya memang sebijik Tria. kelas suara itu. tapi... semua tak jadi. dulu menang kontrak KRU hanya sempat rakam satu lagu, menang Audition, duit hadiah nak dibuatkan album, terkandas tengah jalan , kena tipu khabarnya. sabar saja lah Tria. Tuhan Maha Kaya. Insyaalah kita ada, cuma masa kita belum sampai.
.
Y
ang lain lain pula masing masing membawa haluan sendiri, kali terakhir Zilah bergiat ialah dalam sitcom tv2, Keluarga Adam bersama saya. sekarang sibuk dengan anak sulung bernama Tuah. Shanel sekarang menyanyi di Shook Starhill Bukit bintang. classy spot.si Eirul pula masih setia berkerja dengan ArticulateTV, kerja kerja belakang tabir je. Trez pula senyap sekarang selepas habis Gangstarz dan Deiba pula sudah lama kembali ke Penang khabarnya sudah bertudung sekarang. baguslah begitu. Jimmy pula saya kurang pasti, ada juga terserempak kengkadang tapi sememang dari dalam Audition saya kurang rapat dengan Jimmy. Selalu juga saya nampak jimmy menyanyi latar untuk Hazami. Dan yang paling kami semua rindu ialah Misz. Kali terakhir saya berjumpa Misz ialah pada akhir 2004, ketika itu saya menyanyi di sebuah majlis yang dianjurkan oleh sebuah Kolej di Cheras. Kami menyanyi bersama. Rindu kat Misz. dimana kau sekarang...
.
Diawal posting ini, saya kata nak cerita perihal lagu caras tapi sampai sini, saya masih cerita perihal kengkawan Audition lain yang tak berkaitan dengan lagu Lumpur (lagu Caras), tak berkaitan langsung or is it??? jeng jeng jeng... walau bagaimanapun inilah dia perihal kawan kawan lama yang saya rindu... panjang sangat cerita bebudak Audition ni sampai tak sempat nak cerita perihal disebalik lagu Lumpur (lagu caras) tu... hmm lain kali jelah, i promise...oklah... sebagai bonus ini
gambar zeqhty semasa zaman rambut cendawan. huhuhu

Friday, August 17, 2007

about a birthday for a STAR to be

Si alvin dari kumpulan infinatez dah bising sebab tak update blog ni... saya cakap pada si alvin,... busy lah! memang busy! takde masa langsung nak ber online tapi today, i kena updatekan juga kerana saya baru sahaja uploadkan video Nadia dari kumpulan Luscious yang baru sahaja menyambut hari jadinya tadi.



tapi yang kelakarnya, sebab kita orang celebrate selepas habis latihan untuk Musical Remy, kita orang hanya dapat sambut birthday tersebut dalam pukul 1130 malam bukan dekat posh restoran tetapi kat mana lagi kalau tak kat Pelita dan yang lagi kelakarnya, duduk kat pelita tapi makan cake Secret Recipe... mesti mamak pelita bengang gila dengan we all... anyway happy birthday girl!

Wednesday, August 01, 2007

about Remy, Sean, Liza, Lis dan Siti!!!

It's official! Datin Seri Tiara telah pun secara rasminya mengumumkan para pelakon untuk muzikal terbaru terbitan beliau sebentar tadi di sidang media Remy ... kisah P Ramlee (working tittle was My Name Is Remy) yang telah diadakan di Restoren Borneo Rainforest @ Sunway kepunyaan beliau.

Pementasan muzikal mengenai perjalanan hayat Tan Sri P Ramlee itu bakal dipentaskan selama 3 minggu di Istana Budaya (pentas sama PGLm) pada musim raya Oktober nanti dan bakal di bintangi oleh Sean Ghazi sebagai P Ramlee, Liza Hanim sebagai Saloma, Melissa Saila sebagai isteri pertama Junaidah dan Datuk Siti Nurhaliza sebagai kekasih pertama P Ramlee di Pulau Pinang, Azizah dan akan di bantu oleh Alam (pemenang So you think you can dance), Infinatez (gangstarz) sebagai Paparazzi dan Chedd Eddie Yusoff sebagai Sukardi (kawan rapat P Ramlee)

turut bakal membintangi nanti adalah Baby Erin dan kakaknya Edrina, Ida Mariana, Maya Tan Abdullah, Izlyn Ramli, Zeqhty Natrah (Audition 2) yang juga baru di lantik sebagai Dance captain, Azrol (dj Suria FM), Megat Sharizal, Nadia dan Zana dari Luscious (gangstarz) dan ramai lagi.

Muzikal ini bakal diarahkan oleh Zahim AlBakri dan Adlin Aman Ramlee, Original Songs from maestro Dick Lee, Set oleh Raja Malek dan koreografi oleh the super talented Pat Ibrahim, team yang juga telah sama sama menjayakan Puteri Gunung Ledang the Musical.

Siapa Sally dan Remy telah terjawab... cuma siapa Norizan (isteri kedua Tan Sri P Ramlee) yang masih menjadi tanda tanya... keep a look out here dan nantikan kemunculan Remy... Jeng Jeng Jeng!

Sunday, April 29, 2007

about blowing up...

Alamak... terlepas betul la... acara pagi ini betul betul best. geram rasanya sebab i tak dapat join kerana hari ini, seperti hari Ahad yang lain, saya sibuk dengan latihan teater saya... geramnya tak dapat join...
.
Talking about geram, i have had it... 2 months i am keeping it to myself, yesterday i blew up. If you have been reading my blogs earlier you would have notice about my small little problem with my fellow actor in my current theater project URMI aka Shakespeare's Tempest.
.
I told him about my unhappiness working with him that there's no good chemistry which is important in a play, especially when in the whole play, i'll be acting with him . Told him that all this while i felt like I'm acting alone as i am not getting any positive energy from him. plus the fact that i am frustrated that we both been acting in a void without one more actor who will only arrive from Singapore this coming May 5th (Press preview on 7th) Gila rasanya nak kerja macam ini.
.
I guess we settled the problem as i figured his character is like that and i guess i'll use that feel towards him in all of our scenes as my character is suppose to be irritated with him in some scene.
.
But today after working the whole day from 10am till 5.50pm in KLpac, i'm beginning to understand him better. We'll work it out fine. I figured, opening up is good.
.
Hmmm... mana nak tengok malam nanti, Diari ke? Gang Starz... kalau Diari, ada ulangan masa subuh dengan tengah hari nanti, tapi tak sabar pulak nak tengok... Gang Starz? dah kurang seronok nak tengok sebab kawan kawan aku Lucious dan Equal Stars dah kena voted out, benchi betul bila berDilemma sebegini.
Related Posts with Thumbnails