Tuesday, May 26, 2009

about hafiz and gang singing masih jelas



taken at a private surprise party last night , same one as Aril's toksik video... dah minta consent to upload dah hehehe

recorded for someone yang minat kat hafiz huhuhu

if you cant see this , it might be because you dont have facebook kut... originally posted on my facebook

at 1.51 ada tetiba komen keluar "nyanyi lagu apa ni???"  and at 2.18 tetiba si aril plak masuk nyanyi! and at 3.20 jugak hahaha

about aril singing toksik just for you hehe

taken by klubbkidd

photo by afif azizan's facebook

something that i recorded for someone who is crazy for aril... this is the video so she can sleep tight after watching this hehehe jangan takut ... kat belakang tu hafiz hehehe



Sunday, May 24, 2009

about cutest birthday wish i got this year

woke up today to numerous emails, sms, mms and wall posts on facebook makes me smile although i AM 34 and officially OLD! so old that even with a copy paste function, my fingers are tired replying to each and every wishes but even so, i am happy! THANKS a lot GUYS! LOVE YOU ALL!

hahaha but this mms makes my day! this video came from my dearest friend in nibong tebal featuring his 2 daughters, adrifah adros and afriena adros.

"happy birthday to you
makan ubi kayu
uncle cium bontot lembu
lembu kata thank you!"

hahahahahahaha

Sunday, May 17, 2009

about AF7 : abis sudah musim 7 !

semasa majlis penyerahan pulang bekas pelajar AF7 kepada Keluarga di Akademi pagi tadi.

Congratulations buat Hafiz, Aril, Akim, Yazid dan Isma sebab dapat bertahan selama 10 minggu dan buat persembahan sebaik mungkin malam tadi juga tahniah buat Hafiz sebab menjadi juara. bangga sebab dapat pernah berkerja ngan Hafiz dan yang lain lain. selamat datang ke dunia sebenar dan ujian sebenar anda menjadi Artis! semoga lebih berjaya. nanti saya uploadkan video ucapan dari mereka berlima nanti.

Ini pula gambar pertama saya dan Hafiz selepas habis konsert semalam.

More photos here : Koleksi AF7 part 1 , Koleksi AF7 Part 2 , Koleksi AF7 hari terakhir di akademi semuanya di Facebook Album saya






Sunday, May 03, 2009

about AF7 week 8 bangga dengan Hafiz dan Isma

tak perlulah saya nak pukul canang lagi... tengok je mereka berdua... bangga dengan mereka berdua! AFUNDI! 





Apa apa pun saya nak jelaskan disini tentang komen yang saya dengar mengatakan  mereka ini masih tidak dapat lari dari bayangan asal penyanyi ori lagu lagu ini. untuk isma, ada juga yang berkata yang Isma berbunyi seperti Datuk Siti didalam mulanya cinta... saya nak tanya, part mana yang macam siti itu? sesungguhnya Isma sudah membawa dengan gayanya tersendiri dan pemahaman tentang watak Azizah seperti yang kami praktis semasa dalam kelas. 

Azizah watak enigma yang kita tak tau banyak mengenainya, jadi apa yang saya tekankan pada Isma didalam sessi kami ialah untuk mencari dalam dirinya , dimana letaknya Azizah dan paling saya tekankan pada mereka berdua adalah emosi... pada mereka saya beritahu, emosi yang hendak dipakai, untuk menjadikannya cantik nampak real dan tidak dibuat buat ialah untuk mencari cerita sendiri, pengalaman sendiri untuk digunakan sebagai pemangkin emosi yang digunakan dalam lagu... saya tidak mahu tahu pengalaman mana yang mereka gunakan untuk persembahan kerana itu rahsia dan tool mereka dan saya rasa mereka berjaya. 

Kalau nak ikutkan emosi skrip sahaja, itu tidak cukup kerana ini bukan cerita mereka... guna cerita sendiri baru nampak jujur. 

Begitu juga Hafiz, ada yang berkata tidak cukup kerana semasa verse kedua nada rendah "dimana kan ku cari ganti..." hafiz kedengaran seperti "meniru suara P.Ramlee dan kenapa nak meniru penyanyi asal..." . perlu saya tekankan ini teater muzikal ... bukan persembahan pop. untuk teater muzikal, dimana wataknya itu berpandukan kepada seorang figure yang kita kenal dan ada reference, Hafiz perlu paling tidak, tunjukkan sedikit P Ramlee itu kerana itu keperluan watak. kalau nak diikutkan pada saya , P Ramlee dalam Hafiz belum cukup sempurna tetapi penghayatan dan penceritaannya itu pada saya cukup dan cantik untuk membawa emosi kesedihannya. saya bangga dengan mereka berdua. ya betul kalau nyanyi pop kena lari dari penyanyi asal tetapi ini teater muzikal dimana dia melakonkan watak Ramlee... jadi paling tidak, kena ada P.Ramleeness itu didalam penyampaian. 

Dan saya rasa, Hafiz dan Isma berjaya memberikan persembahan yang cukup cantik malam tadi walaupun saya ada sedikit masaalah dengan pacing dialog mereka yang ada ketika agak meleret, apa apa pun ... saya bagi standing ovation pada mereka kerana menyahut cabaran membuat sesuatu yang kebiasaannya mengambil masa 3-4 bulan untuk berlatih... jangan marah ini pendapat sahaja.


about AF7 week8

hmmm... kengkawan dah taukan sapa terkeluar... tetapi ada pulak AFMASUK! hmmm yang ini nanti kita cerita kemudian sebeb saya sendiri tengah blur blur nih... apa apa pun, saya nak ucapkan tahniah kepada ke enam enam pelajar minggu ini... mereka berenam sudahpun mencapai satu tahap yang perlu dibanggakan sebenarnya. kerana untuk membuat tugasan yang mereka semua lakukan minggu ini, pada kebiasaannya memerlukan paling tidak 3 minggu tetapi mereka berenam berjaya melakukan dengan jayanya dalam masa 3-4 hari sahaja (tolak khamis hari persembahan depan fakulti dan jumaat hari rehearsal)

Tetapi apa apa pun saya amat berbangga dengan mereka berenam. dan paling saya teruja dengan persembahan hafiz dan Isma untuk P Ramlee the Musical, kenapa? sebab it is close to my heart. kenapa saya sangat teruja dengan Hafiz dan Isma, ianya akan saya jelaskan diakhir perenggan ini dan seterusnya... minggu ini seperti yang anda sedia maklum, mereka diberi tugasan berat untuk 3 naskah muzikal hebat dan selain tunjuk ajar dari fakulti serta pengalaman belajar 8 minggu, memandangkan tugasan yang berat ini, mereka ditolong oleh kami yang biasa berkerja di pentas muzikal. Dato' Zahim AlBakri ditugaskan sebagai mentor buat semua 6 pelajar dan juga menjadi pengarah buat persembahan Akim dan Claudia untuk Puteri Gunung ledang The Musical. Ahmad Idham mengarah Yazid dan Aishah untuk Impak Maksima The Muzikal, dan tugasan untuk mengarah persembahan Isma dan Hafiz didalam P Ramlee The Musical diberikan kepada saya .

Saya bangga dengan mereka kerana setelah berpeluang bersama mereka selama tiga hari dari isnin hingga rabu untuk membantu mereka, mereka dapat menjiwai dan menggunakan alhamdulillah semua tips tips yang saya berikan... paling utama yang saya tekankan kepada mereka ialah penceritaan, berkongsi emosi tenaga dan rahsia bagaimana nak guna emosi dalam persembahan, alhamdulillah mereka guna. hari terakhir saya bersama mereka di akademi semasa sessi latihan terakhir bersama saya, saya pula yang menitis kerana lakonan dan emosi mereka yang begitu kuat. tadi semasa persembahan, tak malu kalau saya katakan saya menitis airmata lagi kerana terasa betapa jujurnya penyampaian mereka.  saya bangga dengan semua. semasa sessi latihan akhir bersama saya dan Cikgu Aris petang tadipun mereka masih lagi buat saya teruja. apa apapun semua ini adalah atas kerja kuat dan dedikasi semua yang terlibat dari pihak produksi, penasihat tetamu dan  terutamanya pihak Fakulti yang saya hormat dan tabik kerana tak pernah kedekut ilmu...! mereka jujur! saya tak kata saya tak teruja ngan yang lain cuma saya lebih terasa kerana mereka berdua bersama saya, yang lain saya tak sempat kerana tugasan itu bukan untuk saya tetapi apa apapun pada saya, semua memberikan persembahan yang cukup cemerlang minggu ini kerana bukan senang dan bukan semua orang boleh buat apa yang mereka buat, apatah lagi dalam masa yang cukup singkat!!

AFMASUK... hmmm saya taknak komen apa apa sebab saya sendiri tengah bluuuuurrrr... tunggu jelah Vlog yang saya akan uploadkan nanti. minggu ini tak ada Video log ulasan persembahan tetapi akan saya gantikan dengan episode special Vlog berkenaan AFMASUK. tunggu... nak transfer, edit dan upload. sementara itu... AFUNDI sebijak bijaknya...

bye for now.

pautan AF7 lain
Related Posts with Thumbnails