Sunday, May 03, 2009

about AF7 week8

hmmm... kengkawan dah taukan sapa terkeluar... tetapi ada pulak AFMASUK! hmmm yang ini nanti kita cerita kemudian sebeb saya sendiri tengah blur blur nih... apa apa pun, saya nak ucapkan tahniah kepada ke enam enam pelajar minggu ini... mereka berenam sudahpun mencapai satu tahap yang perlu dibanggakan sebenarnya. kerana untuk membuat tugasan yang mereka semua lakukan minggu ini, pada kebiasaannya memerlukan paling tidak 3 minggu tetapi mereka berenam berjaya melakukan dengan jayanya dalam masa 3-4 hari sahaja (tolak khamis hari persembahan depan fakulti dan jumaat hari rehearsal)

Tetapi apa apa pun saya amat berbangga dengan mereka berenam. dan paling saya teruja dengan persembahan hafiz dan Isma untuk P Ramlee the Musical, kenapa? sebab it is close to my heart. kenapa saya sangat teruja dengan Hafiz dan Isma, ianya akan saya jelaskan diakhir perenggan ini dan seterusnya... minggu ini seperti yang anda sedia maklum, mereka diberi tugasan berat untuk 3 naskah muzikal hebat dan selain tunjuk ajar dari fakulti serta pengalaman belajar 8 minggu, memandangkan tugasan yang berat ini, mereka ditolong oleh kami yang biasa berkerja di pentas muzikal. Dato' Zahim AlBakri ditugaskan sebagai mentor buat semua 6 pelajar dan juga menjadi pengarah buat persembahan Akim dan Claudia untuk Puteri Gunung ledang The Musical. Ahmad Idham mengarah Yazid dan Aishah untuk Impak Maksima The Muzikal, dan tugasan untuk mengarah persembahan Isma dan Hafiz didalam P Ramlee The Musical diberikan kepada saya .

Saya bangga dengan mereka kerana setelah berpeluang bersama mereka selama tiga hari dari isnin hingga rabu untuk membantu mereka, mereka dapat menjiwai dan menggunakan alhamdulillah semua tips tips yang saya berikan... paling utama yang saya tekankan kepada mereka ialah penceritaan, berkongsi emosi tenaga dan rahsia bagaimana nak guna emosi dalam persembahan, alhamdulillah mereka guna. hari terakhir saya bersama mereka di akademi semasa sessi latihan terakhir bersama saya, saya pula yang menitis kerana lakonan dan emosi mereka yang begitu kuat. tadi semasa persembahan, tak malu kalau saya katakan saya menitis airmata lagi kerana terasa betapa jujurnya penyampaian mereka.  saya bangga dengan semua. semasa sessi latihan akhir bersama saya dan Cikgu Aris petang tadipun mereka masih lagi buat saya teruja. apa apapun semua ini adalah atas kerja kuat dan dedikasi semua yang terlibat dari pihak produksi, penasihat tetamu dan  terutamanya pihak Fakulti yang saya hormat dan tabik kerana tak pernah kedekut ilmu...! mereka jujur! saya tak kata saya tak teruja ngan yang lain cuma saya lebih terasa kerana mereka berdua bersama saya, yang lain saya tak sempat kerana tugasan itu bukan untuk saya tetapi apa apapun pada saya, semua memberikan persembahan yang cukup cemerlang minggu ini kerana bukan senang dan bukan semua orang boleh buat apa yang mereka buat, apatah lagi dalam masa yang cukup singkat!!

AFMASUK... hmmm saya taknak komen apa apa sebab saya sendiri tengah bluuuuurrrr... tunggu jelah Vlog yang saya akan uploadkan nanti. minggu ini tak ada Video log ulasan persembahan tetapi akan saya gantikan dengan episode special Vlog berkenaan AFMASUK. tunggu... nak transfer, edit dan upload. sementara itu... AFUNDI sebijak bijaknya...

bye for now.

pautan AF7 lain

2 comments:

Dhiya Aizat said...

Tahniah abg Chedd
Superb performance by both Isma and Hafiz..
for me, these two performances are the most memorable one this season..
Outstanding..
also credit to Aishah because she did good too..
Thanks principle Tiara:)
Again, congrats!!!

Unknown said...

Tak suka AFMASUK..

tp suka Hafiz n Isma last nite..
paling terasa persembahan Hafiz..

Related Posts with Thumbnails