Friday, June 08, 2007

about URMI this saturday...

Alamak... lama betul tak berBlog kat sini... semua ini gara gara URMI / Tempest karya Shakespeare yang akan dipentaskan di Istana Budaya bermula Sabtu ini. Saya tersangat sangat busy... dah beberapa hari balik lewat dan terpaksa kerja masa yang panjang. but i am not complaining cuma rindu untuk memblog.
.
Hari ini semua orang macam orang gila dibuatnya kerana kami ada Technical Run. Bagi sesiapa yang tahu apa itu Tech-run, tentu faham dengan aturcara bagi tech-run untuk sesuatu persembahan pentas. lebih lebih lagi bagi persembahan yang seperti ini di Istana Budaya dimana pentasnya bergerak kedepan, belakang, atas, bawah. Setiap babak (act) harus dilakukan secara terperinci supaya semua berjalan lancar semasa persembahan. PGL sahaja mengambil masa 3-4 hari untuk buat tech-run.
.
Bila dah masing masing tired, biasalah. macam macam jenis perangai yang sebelum ini tak pernah nampak ... semua keluar... ada yang jadi siul sekejap, ada yang tetiba senyap, macam macam lah... kelakar pun ada. semuanya kerana masing masing dah letih. Bermula awal hari, saya baru sahaja pulang sampai kerumah. semua orang dah betul betul beat, letih. Yang letihnya, menunggu. Kena jaga energy masing masing. Kena tahu macammana nak conserve energy.
.
Hari ini juga hari pertama kami semua merasa pentas sebenar selepas 3 bulan berlatih di tempat tempat latihan yang merata rata di Kuala Lumpur. Baru hari ini dapat rasa berlakun diatas set yang direka Raja Malek (yang juga Pereka set PGL), Baru dapat rasa berlakun didalam tata rias cahaya oleh Mac Chan (Juga dari PGL). tetapi belum dapat rasa puas lagi sebab kami belum dapat buat run-thru atau dress rehearsal yang kami jangka dapat kami buat hari ini (Jumaat).
.
Kerana kali pertama berlakun diatas set sebenar... banyak benda yang biasa kami lakukan kini berubah, posisi/blocking berubah, penyampaian dialog berubah, koreografi berubah, semata mata kerana untuk menyesuaikan keadaan di set yang ada. Kesian pulak aku tengok Puan director, Stage manager and assistants, fellow actors, Syed mustafa yang berlari lari keliling stage membetulkan tarian anak anak buah dengan baju serigalanya (yang saya curi pakai sekejap) dan ensemble yang betul betul sabar hari ini...
.
Gembira rasanya dapat kembali ke pentas Istana Budaya setelah kali terakhir disana bulan Ogos tahun lepas untuk PGLm. tak sabar nak perform.
.
Jangan lupa datang tengok. Kalau anda ada majalah KLUe keluaran terbaru, ada diskaun 20% untuk tiket.

10 comments:

shopaholic and friends said...

weih bagi aku tiket lah. well thats the least u can do for an old fren right? heheheh

Anonymous said...

hi stephano!!!!

hehe.....saw u tadi....nasib baik tak ujan mcm mlm seblom tu kan...anyway...good show...cuma sound system ada kureng skit la bro...at one point tu...we could hear voices dari the sides of the stage...voices dari casts yg dok tunggu giliran nak kuar on to the stage lah tu agaknya...and mic pun ada yg problem gak...

but one thing....u were great bro!!

p/s....tunggu nak tgk remy pulak...

Chedd eddie Yusoff said...

seorang kawan "lama" yang nak tengok, sepatutnya akan datang support dengan membeli tiket :) dengan itu bakal menaikkan semangat kawannya yang nak perform itu

Anonymous said...

good luck untuk teater nih..

Chedd eddie Yusoff said...

to harman and sue. thanks

harman, kenapa u didn't say hello to me after the show?

Anonymous said...

chedd.....tak nampak u pun! ingat ada casts jumpa audience session after the show boleh sign autograph ke ambil gambar ke....tapi takde pun....tapi i bought the buku program n a t-shirt (black)....utk kenang2an....

chedd jgn lupa war2kan pasal remy nanti ok.....itu a must see tu....last year tunggu2 p ramlee the musical...tup2 tak jadi...frust giler! btw....will u be in the cast as well?

Chedd eddie Yusoff said...

adalah! saya cuci muka kasi bersih dulu baru keluar... it took about 5-10 minutes after curtain call before i went out... :)

Anonymous said...

uwaaaaaa miss jumpa stephano!!!! lagi pun member2 nak cepat balik :-(

zafi said...

bro how was the performance? hope everthing goes well ... :)

Xis said...

Chedd
thanks for visiting my blog. Anyway, it was a surprise to see you acting in URMI. And you sure were good. BRAVO!

Related Posts with Thumbnails