Showing posts with label URMI/Tempest. Show all posts
Showing posts with label URMI/Tempest. Show all posts

Monday, October 29, 2007

about not working... bored

Hari ini hari ithnin... bagi ramai orang hari mula kerja, tetapi bagi kami warga kerja P Ramlee The Musical, ini hari cuti. maybe bagi sesetengah orang akan bergumbira sebab dapat cuti tetapi tidak bagi orang yang "gila panggung" macam saya.-.
.
Bosan juga ini hari tak dapat buat banyak benda best. benda 2 yang saya dapat buat semua nya benda boring... clean the house, keluar duit bayar bills, dan lepak kosong . I called kawan2 lain semua busy sebab Ithnin memang hari busy... bosan punya hal , ini hari aku pusing the whole of One Utama 2kali... beli kasut nike (lagi!).
.
Ada juga yang tertanya kenapa ador gambo mukhsin dalam post saya yang sebelum ini. Untuk pengetahuan you-you all , ketiga-tiga watak Kecil untuk ramlee, sukardi dan azizah dilakonkan secara berganti- gantry supaya they all tak letih- Gabungan pertama adalah Mikhail Merican, Wan Ramzizul Zaimi dan Rachel Wesley (LG MyStarz) manakala gabungan kedua adalah Mohammad Syafie Naswip (Mukhsin), Emeer Iskandar(LG MyStarz) dan Nurazliana Haslin binti Rusli (Lynn).. Ok lah, nak tido, esok saya story-morry lagi ok!.
MyStarz LG Rachel Wesley sebagai little azizah

LG MYSTARZ's Emeer Iskandar and Mukhsin's Mohd Syafie Naswip as little Sukardi & little Ramlee

Miss Malaysia/World 1991 Samantha Schubert who i acted with in URMI earlier this year.


Cikgu English AF5, abang Khairul Najmi

pemuzik2 handalan indonesia dibawa oleh Maestro Pak Erwin Gutawa

Friday, June 15, 2007

about comments on URMI... updated!

URMI no MORE!!! aiyo my daily routine now sudah kacau!!! i want to be on stage again! ! it's been great but my only wish is that more people would be able to enjoy it as much as i enjoyed being on-stage. anyway, here are some of the comments (mostly personal) that i got from frens, viewers and fellow bloggers : read on...

What i like about this URMI, was that they integrate Bali, Indian, Malay and Chinese elements, as well as Java. The characters and the storyline were all presented following the Shakespeare's original work, but other elements were tweaked and tuned, fused in the current setting where the presentation is being held; Asia. I think the director Sabera Shaik has done a really good job. If i have given a chance to present The Tempest for another time, i would like to follow her path. All in all, i would rate this production 5 upon 5. Cheers! Lekays (Blog Post)

The opening scene was gorgeous... the choreography depicting the rough sea were very surreal. The show got a little bit draggy when the dialogues became longer. My only consolation during the show was watching my friends performing. Chedd sang a song and move very well in his role. I think Samantha Schubert were brilliant! She has the best diction among all. Jeremy Xander Thinking for the think tank

i went to IB last wk end just to see yu performm... even ngan muka ala tepung gomak hahaha sorry... i still can recognize yu... best sgtt... terhiburr... i paling suka part bali scene, kecak tak silap ya.... but sorry la penat sgt balik dr morib sampai tak larat dahh... hahaha... awayy gitu... layan je la.... anyhow, urmi was not bad....tahniah to yu...
stabuxguy (posted comment)

jujurnya, saya teruja sebab si chedd dan err, siapa sorang lagi, ermm.... samantha. ya samantha schubert. stabuxguy http://darimejastabux.blogspot.com/

good show...cuma sound system ada kureng skit la bro...and mic pun ada yg problem gak... but one thing....u were great bro!! p/s....tunggu nak tgk remy pulak... harman (posted comment)

it was a surprise to see you acting in URMI. And you sure were good. BRAVO! Xis (posted comment)

What made “Urmi” different is the way it was directed. The production team had adopted Oriental elements adopted into this play. Hence, audience would find there were "Kecak" Dance and belly dance among all. However, this play was still in English. Overall, it was an entertaining play and worth seeing. Bila Pena menari http://x-xis.blogspot.com/

It was a great show. full of awesome moments. the opening sequence was BEAUTIFUL! pity the marketing aspect didn't reach the standard of the show. Viewers turn outs was not that encouraging although the show was superb. The production should sack the marketing people. Julie Ang (email)

Great performance bro! wish more people would come and watch. congratulations! Alan Tan (sms text msg)

Love watching how "mabuk" you were on stage LOL! When u 1st came on stage with that song, i thought... WOW! Good job and tell Samantha that sho looks good on stage. Her movement was fluid! I forgot that she is NOT 15 years old! Melissa Tan (email)

These are some personal messages i got here and on my mobile. so there u have it guys, 3 more shows to go. i heard rumours Saturday is pack. but there's still tonight and sunday matinee show. do drop by and do text me (my number is at the right panel in this blog) if u come and i'll come over and say hello after the show.

Wednesday, June 13, 2007

about Dafi and his FC

Got a message from Dafi yesterday
.
I'm having a perjumpaan with my FC this 16 hari bln... at perkarangan stadium putra bukit jalil.. kul 2-5.. come la if ur free
.
replied to him i can't (although i really wish i can go) sebab ada kerja. i have to be in Istana Budaya by 4pm to get ready for URMI and prior to that i have something to do with berkaitan dengan My name Is Remy. minta maf tak dapat join tapi i dah promise kat Dafi i'll post about the gathering here... so here's the info :
MESRA BERSAMA DAFI

Sebagai tanda penghargaan Dafi kepada semua Dafinites atas sokongan yang tidak berbelah bagi....sepanjang Dafi berada di AF5 dan kerjayanya sebagai penyanyi kelak, pihak Dafi dan keluarga dengan kerjasama AJK sementara Dafi FC ingin membuat pengumuman rasmi ini.

Bagi pihak Dafi dan keluarga dengan kerjasama AJK Sementara Dafi FAN CLUB dengan segala hormatnya menjemput Semua Dafinites ke Majlis "Mesra Bersama Dafi" yang akan diadakan seperti berikut :

TARIKH : 16 JUN 2007 (SABTU)
MASA : 2.00 - 5.00 PETANG
TEMPAT : AMPHITHEATER,STADIUM BUKIT JALIL (BERHADAPAN STESEN STAR LRT - BUKIT JALIL)

Jangan lepaskan peluang sessi autograph & bergambar bersama Dafi. Jualan tshirt & topi juga akan dijual pada majlis tersebut. Kaunter penyemakan keahlian juga akan dibuka
Sekian. Harap maklum.
.
more infos on the event here

Friday, June 08, 2007

about URMI this saturday...

Alamak... lama betul tak berBlog kat sini... semua ini gara gara URMI / Tempest karya Shakespeare yang akan dipentaskan di Istana Budaya bermula Sabtu ini. Saya tersangat sangat busy... dah beberapa hari balik lewat dan terpaksa kerja masa yang panjang. but i am not complaining cuma rindu untuk memblog.
.
Hari ini semua orang macam orang gila dibuatnya kerana kami ada Technical Run. Bagi sesiapa yang tahu apa itu Tech-run, tentu faham dengan aturcara bagi tech-run untuk sesuatu persembahan pentas. lebih lebih lagi bagi persembahan yang seperti ini di Istana Budaya dimana pentasnya bergerak kedepan, belakang, atas, bawah. Setiap babak (act) harus dilakukan secara terperinci supaya semua berjalan lancar semasa persembahan. PGL sahaja mengambil masa 3-4 hari untuk buat tech-run.
.
Bila dah masing masing tired, biasalah. macam macam jenis perangai yang sebelum ini tak pernah nampak ... semua keluar... ada yang jadi siul sekejap, ada yang tetiba senyap, macam macam lah... kelakar pun ada. semuanya kerana masing masing dah letih. Bermula awal hari, saya baru sahaja pulang sampai kerumah. semua orang dah betul betul beat, letih. Yang letihnya, menunggu. Kena jaga energy masing masing. Kena tahu macammana nak conserve energy.
.
Hari ini juga hari pertama kami semua merasa pentas sebenar selepas 3 bulan berlatih di tempat tempat latihan yang merata rata di Kuala Lumpur. Baru hari ini dapat rasa berlakun diatas set yang direka Raja Malek (yang juga Pereka set PGL), Baru dapat rasa berlakun didalam tata rias cahaya oleh Mac Chan (Juga dari PGL). tetapi belum dapat rasa puas lagi sebab kami belum dapat buat run-thru atau dress rehearsal yang kami jangka dapat kami buat hari ini (Jumaat).
.
Kerana kali pertama berlakun diatas set sebenar... banyak benda yang biasa kami lakukan kini berubah, posisi/blocking berubah, penyampaian dialog berubah, koreografi berubah, semata mata kerana untuk menyesuaikan keadaan di set yang ada. Kesian pulak aku tengok Puan director, Stage manager and assistants, fellow actors, Syed mustafa yang berlari lari keliling stage membetulkan tarian anak anak buah dengan baju serigalanya (yang saya curi pakai sekejap) dan ensemble yang betul betul sabar hari ini...
.
Gembira rasanya dapat kembali ke pentas Istana Budaya setelah kali terakhir disana bulan Ogos tahun lepas untuk PGLm. tak sabar nak perform.
.
Jangan lupa datang tengok. Kalau anda ada majalah KLUe keluaran terbaru, ada diskaun 20% untuk tiket.

Wednesday, May 30, 2007

about Dina and tawaf around KL again...

Eh Eh... apasal si Heliza dengan Candy mata terbeliak begini? hmmm kita cerita kemudian kemudian ya sebelum tu saya nak cerita perihal hari ini...

Alamak aih, letih berbenor, hari ini saya tawaf KL lagi, mula kerja dari pukul satu buat voice over di PJ, abis je terus rush to ampang for a vocal class
.
Habis vocal class rush to Dutamas for Urmi/Tempest punya rehearsal, punyalah rushing nearly got into an accident today, nasib baik sempat brake, kalau tak nahas juga sebab kereta depan buat emergency brake, aku tengah happy happy dengar lagu Kau Telefon lagi nyanyian Kaer, nasib baik aku alert kalau tak hancur kereta aku...Anyway, happy with the rehearsal progress today, things really are picking up with the rehearsal. Can't wait to go on stage...
.
Habis rehearsal di Dutamas rush ke Astro pulak buat voice over lagi, pertama kali guna Smart Tunnel ... Takut babe panjang nak mampus terowong tu. Seram
.
Sampai astro jumpa Opie dan Din Beramboi pun buat Voice over gaks, kelakar betul diaorang berdua ni...
.
Habis di Astro terus rush (lupa yang aku nearly got into an accident earlier, masih rushing ish ish ish) to Damansara Utama untuk shooting video clip baru Dina (Malaysian Idol) untuk single baru dia yang tengah meletop latup tu, Malu Tapi Mahu. It was fun! Lama tak jumpa, hanya SMS je. Bila lama tak jumpa, apalagi, havoc la bila jumpa... hehehe ... Siap berdangdut lagi hehehe . DJ Uno dan Alif (OIAM) pun ada sekali.
.
It's going to be a fun video sebab lagu tu pun fun gila (1st time saya mendengarnya terus suka) Lagu single baru Dina ini best, berkonsep Mistikal Pop/R&B ditulis oleh Audi Mok dan lirik oleh NurFatima. Malu tapi Mahu kini ditangga 2 carta Xfresh dan 18 di hotFM. Album penuh akan keluar hujung tahun tapi video clip Malu Tapi Mahu mungkin dalam 3 minggu lagi kot. Good luck girl... (wa tabik lu babe, duit sendiri!)
.
Berbalik kepada topik diawal post ini, kenapa mata si Heliza dengan candy besar terkezhut begitu? ish ish ish... terkejut rupanya sebab gambo gambo mereka keluar kat internet kot (hehehe) kalau nak tengok gambar mereka, aswad, mila dan ebi boleh tengok album tu kat multiply.
.
Ok. Letih . Review album Kaer belum start pun lagi hahaha. Tunggu ...

Friday, May 25, 2007

about URMI/tempest in theStar today...

An article about the project i am in featured in theStar today :

Shakespeare with an Asian flavour
By DEBBIE CHAN

SHAKESPEARE’S The Tempest allows imaginations to run wild as its isolated settings can be applied in almost any situation. With that in mind, director Sabera Shaik decided to give the famous play a touch of Asian perspective by producing it in a Balinese ambiance.

Inspired by the mysticism of Bali that revolves around spirits, black magic and superstition, Sabera feels that the theme of freedom struggles fit perfectly into Bali’s culture. The unique construction of the play required a different movement vocabulary to be learnt by the cast picked by Sabera based on their ability to move.

Part of the actors from left standing: Chedd Yusoff, Soon Heng, Annantha, Samantha Schubert, Manomaniam, Guna and seated from left Gani A.Karim, Syed Mustapha (choreographer), Kerry and Sam.

“I wanted to work with people whom I’ve seen performing and allow them to try something different,” she said.

For lead actress Samantha Schubert, this is the second time that she has performed in The Tempest. The Balinese approach is new to her. “It made me realise that I can still dance and I had to use muscles that I have not used before. The Balinese approach makes the play very fluid,” she said.

For Sabera, who started planning the play one year ago, other than learning the Balinese movements, getting funding was also a challenge. “We are still looking for sponsors to help support this interesting production.”

“The colourful, thought provoking perspective set here in a multicultural environment is a real winner. The show also entertains in terms of a wide spectrum, costumes, set design and music specifically composed by RPS Raju,” said Gani.

The show, which is a production of Sabera’s theatre company Masakini, is presented in collaboration with the Ministry of Culture, Arts and Heritage and will be staged at Istana Budaya from June 9 to 16. The gala night opening is on June 11.

For tickets, call 03-4149 8600 or 03-4026 5558 or visit ticket2u.biz. Students and senior citizens get a concession rate.

The article above has been edited, to view the full text click here with more photos.

So, tunggu apa lagi? jom tengok ramai ramai ok? And if you would like to read the full text click here or get a copy of theStar today. put URMI into your calendar and make a date with us ok? it will be an audio visual spectacle experience, i promise you. MORE info coming soon.

Thursday, May 24, 2007

about dekna, fatin dan rizal...

I went out with Dekna and Fatin recently... saja, belanja adik adik aku makan makan kat Hartamas Square...makan tomyam, seronok tengok adik aku yang dua orang ini layan jelingan mata peminat ... penuh orang kat situ masa itu. Tujuan saya bertemu kerana saya rindu, lama tak bertanya khabar, inilah kali pertama saya bertemu mereka selepas mereka terkeluar kerana masing masing busy. they look happy, masing masing sibuk mentelaah lagu semasa makan sebab masing masing ada show masing masing, alhamdulliah sebab mereka ada kerja juga walau terkeluar lebih awal.
.
Dekna sekarang makin meletup katanya, baru last week perform dengan Mawi, ada lagi dinner dinner show yang dia dapat dan banyak betul cerita dia keluar paper... kebanyakannya pasal bab dia dengan rizal. kesian Dekna, semua orang nak bertanya sama ada betul atau tidak cerita dia dan Rizal bercinta... Saya juga bertanya khabar Fazli (tunang Dekna) dia jawab semua OK. Dia dan Rizal memang tidak lebih dari kawan. kalau kengkawan nak tau, dia dan Rizal tak lebih dari kawan seAkademi.
.
Bertanya pasal website/fanblog, Dekna dan Fatin kata ada juga mereka membaca tetapi tidak tahu nak baca yang mana satu sebab banyak sangat... selalunya mereka baca yang dilaman rasmi dan cari.com.my Oklah sampai disini dulu sebab hari ini saya ada interview with Malay Mail for URMI/Tempest, naskah terakhir Shakepeare yang diadaptasikan ke pulau Bali dan bakal dipentaskan di Istana Budaya 9th till 17th June .

tiga teruna cute (hahaha perasan)
Dan kepada peminat Rizal, ini pula gambar saya, Rizal dan peminat Mila, Jasmirizal Dean yang kami ambil di stadium Putra Bukit Jalil semasa Konsert Final AF5 yang lepas. kenapa kami buat muka camtu? hehehe... sebab saya suruh lah ala ala kelas permanasan saya pagi pagi diAkedemi... rindulah pulok... kalau anda ada gambar gambar kami, boleh emailkan kepada saya tak?



Sunday, May 06, 2007

about tonight's concert...

Terkezhut? even most of us pun tak tahu... segala spekulasi sudah terjawab... Musim 5 Akademi Fantasia bakal menjadi musim terakhir Abang Aznil bersama Akademi Akademi. tak tahu pula nanti bagaimana pula agaknya musim akan datang kerna Abang Aznil memang sinonim dengan AF. Apa apapun, good luck to you Abang Aznil.
.
Antara lain, malam tadi, persembahan Candy begitu asyik sekali dan memang saya bangga sekali dengan Candy berjaya membawakan lagu favorite saya Perhaps, Perhaps, Perhaps. Heliza juga membawa satu peningkatan yang begitu ketara dengan lagu Kesal, pada awalnya ketika dikelas saya agak takut melihat lagu ini dinyanyikan oleh Heliza tetapi kerja kerasnya terbukti membawa hasil. Mila pula memang sudah tak dapat dinafikan power walaupun ada terkucil sedikit di korus pertama but she redeemed herself with almost perfect delivery second half of the song, same goes with Shawal yang agak mengecewakan pada pembukaan lagu tetapi pick-up dengan bagus towards the end, walaupun ada masaalah tetapi lontaran suaranya mengcoverkan cacat yang ada. Bagi Ebi dan Aswad, they can do better although they did their best. Merka ada peningkatan yang ketara. Lagu lagu mereka memang kena dengan jiwa masing masing.
.
Dan lagu pembukaan dari Dafi amat memberangsangkan. lagu ini amat sesuai dengan jiwa Dafi walau bukan satu persembahan yang perfect tetapi mantap dari segi performance. this boy can go far... give him the right songs, the right image and concept, we'll have a superstar in a making. For me, tonight's concert was by far the best ever. Everyone was in their best form... sayang Dafi terkeluar but inilah adat resam pertandingan. One thing for sure, the kids have no worries at this point with Astro backing their path after this. Good luck with the real world.
.
Habis concert terperasan satu bas besar parked di carpark Dewan, rupa rupanya bas itu membawa pulang peminat peminat Aswad dari www.aswadfrenzy.com jauh dari Penang. Semangat betul mereka mereka ini! saya tengah tunggu gambar mereka untuk dipostkan disini... nantilah, dapat gambar tu nanti, saya updatekan.
.
ok sampai disini malam ini... kena tidur kerna esok pukul 10 ada sessi latihan URMI/Tempest di KLPac dan malamnya Anugerah ke5 Boh Cameronian Awards di Mandarin Oriental... harap harap PGLm menamg esok. doakan kami.
.
Kedudukan % Undian Selepas Konsert
1. Aswad 20%
2. Mila 16%
3. Ebi 15%
4. Heliza 14%
5. Candy 12%
6. Shawal 12%
7. Dafi 10%

Thursday, May 03, 2007

about running around KL tawaf...

Fu Yoh! today is one of those hari sibuk saya... Basuh baju after subuh... left for AF around 7.30am, stayed on for awhile since Raimee lambat sampai, drove straight to Astro to go on air at SinarFM and Lite FM, drove to taman Melati to meet my keluarga angkat yang dah 12 tahun tak jumpa then drove straight to PJ for URMI/Tempest's rehearsal... Tawaf satu KL aku hari ini...
.
Pagi tadi sampai di Akademi, saya hadiahkan (dari pihak produksi Astro) sikat baru untuk Mila sebab sikat kesayangan dia patah semalam dan selepas sessi pemanasan vokal, diaorang minta buat sessi kritik sesama sendiri. Tujuan sessi ini ialah, sebelum dikritik tenaga pengajar pada petangnya, mereka mahu mengkritik sesama sendiri. tujuan utama saya mengadakan sessi ini pula ialah kerana, jika kita tahu mengkritik, kita harus tahu bahawa benda yang salah itu adalah salah dan seharusnya kita sendiri dapat mengelak dari membuat salah yang sama. Dalam sessi ini selalunya saya akan mendiamkan diri, bersikap neutral, tetapi selalunya saya tetap akan tegur juga kerana cikgu Syafi dan Abang Lan sudah amanahkan kepada saya untuk tegur apa yang perlu.
.
Habis di AF saya bergegas ke Astro untuk on-air bersama David Low di Sinar FM sebagai wakil ensemble PGLm unntuk ditemuramah bagi pencalonan kami di 5th Annual Boh Cameronian Awards yang bakal berlangsung Ahad ini di Mandarin Oriental KL. Sepatutnya saya bersama Baby Arin and Sabrina Hassan (Dance Captain kami dan juga model dalam klip video Mungkir Bahagia) tetapi diorang tak dapat datang sebab busy so nasib baik ada Nadia (Lucious). Dah lama tak interview on-air... sekali cakap... kitaorang berdua macam budak baru dapat hisap susu... gelojoh bercakap... merapu rapu hahaha. habis di SinarFM terus masuk konti LiteFM (penyiar radio rasmi). Thanks Lennard Gui from kakiseni.com and aband Dell dari Infinitti Production. (tiket ahad ini mana?)
.
Habis je di Astro, saya hantar Nadia ke Ampang Point dan terus melencong jumpa keluarga angkat di Taman Melati yang lama tak jumpa. rindu. Dan kemudian, terus bergegas ke PJ untuk sessi latihan Tempest. satu KL saya buat pusingan. Tawaf. Baru saja sampai rumah... tak sempat nak tengok Pat Ibrahim dalam So You Think You Can Dance and Diari AF. Boleh tak you all tolong update apa yang berlaku dalam Diari tadi... good nite and thank you for dropping by. Need to take my hot shower now. See you here and on TVland tomorrow.

Wednesday, May 02, 2007

about old friends...

Tonight's Diari AF's episode was all about old friends... we'll talk about that later. because somehow or rather my day today also somewhat all about old friends too...
.
Semasa di URMI/Tempest rehearsal today someone that i worked with before (who happens to be in this same production) mengadu something that, things are not always as bright as we hope it to be. kawan lama dah macam tak kawan... dah jadi lain, itu katanya. Kesian pulak aku dengor...
.
Habis rehearsal URMI/Tempest, i pergi ke StarHill Bukit Bintang to collect a watch that i sent for repair, jumpa pula kawan kerja lama... Sempat say Hi and buhbye sekejap sebab dia pun nak rush balik (nak tengok AF katanya... lepas tu dia terdiam sekejap... nak tengok kaulah katanya hahahah dia ketawa). Selepas tu drop by butik Aigner to say Hello BuhBye to kawan kerja lama yang lagi sorang ni , si Halim, saja cerita sakan dengan dia kejap sebab lama tak jumpa. adalah gossip sini sana ... turun Shook! jumpa si Shanel, lama tak jumpa, dia menyanyi kat situ sekarang... kalau ada yang ingat lagi dengan dia rajin rajin lah drop by Shook StarHill tengok Shanel menyanyi everyday kecuali Isnin mulai jam 8 malam.
.
Berbalik kepada Diari AF pula... Sejuk hati tengok masa kelas cikgu Fati sebab students semua mengimbas kenangan bersama kawan kawan lama. happy ada, sedih ada... macam macam kenangan yang mereka cerita. noni, afiq, fatin, semua disebut... rantai manik tu idea yang simple tapi berkesan... paling tidak, dia orang tak boring sangat. Dan yang terkeluar pula paling tidak sejuk hati bila menonton kengkawan didalam masih ingatkan pada mereka... saya pun dapat gelang tangan. terima kasih Mila (macamlah Mila boleh baca blog ini hahaha)
.
Baiklah... tutup kisah hari ini... nak tidur... esok pula ok?

Sunday, April 29, 2007

about blowing up...

Alamak... terlepas betul la... acara pagi ini betul betul best. geram rasanya sebab i tak dapat join kerana hari ini, seperti hari Ahad yang lain, saya sibuk dengan latihan teater saya... geramnya tak dapat join...
.
Talking about geram, i have had it... 2 months i am keeping it to myself, yesterday i blew up. If you have been reading my blogs earlier you would have notice about my small little problem with my fellow actor in my current theater project URMI aka Shakespeare's Tempest.
.
I told him about my unhappiness working with him that there's no good chemistry which is important in a play, especially when in the whole play, i'll be acting with him . Told him that all this while i felt like I'm acting alone as i am not getting any positive energy from him. plus the fact that i am frustrated that we both been acting in a void without one more actor who will only arrive from Singapore this coming May 5th (Press preview on 7th) Gila rasanya nak kerja macam ini.
.
I guess we settled the problem as i figured his character is like that and i guess i'll use that feel towards him in all of our scenes as my character is suppose to be irritated with him in some scene.
.
But today after working the whole day from 10am till 5.50pm in KLpac, i'm beginning to understand him better. We'll work it out fine. I figured, opening up is good.
.
Hmmm... mana nak tengok malam nanti, Diari ke? Gang Starz... kalau Diari, ada ulangan masa subuh dengan tengah hari nanti, tapi tak sabar pulak nak tengok... Gang Starz? dah kurang seronok nak tengok sebab kawan kawan aku Lucious dan Equal Stars dah kena voted out, benchi betul bila berDilemma sebegini.

Sunday, April 22, 2007

about si cayak kah? rizal... and can't sleep...

i thought i recovered from fever but during Tempest's rehearsal today, i wasn't feeling that good still. but the problem with me is when i work, i don't show that i am sick. nak buat camna? dah happy berkerja.

Seantero Malaysia Brunei dah tau Rizal tersingkir malam Sabtu lepas. dah agak dah sebab dah beberapa minggu ni dia asyik dibawah. kesian si rizal. ada bakat dia ni tapi aku tengok more to acting dan kalau acting hmmm lebih kepada watak jahat. Ingat Nasir Bilal Khan?

Balik dari jogging tadi terus tertidur lepas mandi tapi terjaga sebab telepon berbunyi ring ring ring... SiPenang aku telephone sebab nak tanya pasal income tax, my accountant dah bising sebab aku belum sign form aku lagi katanya... alamak. habis conversation i pun apalagi... buka Tv tengok diari AF. habis je Diari ingat nak sambung tidur... eh eh... muzik @ ria dengan si rizal. all the best to you bro. dunia realiti lebih besar dari realiti TV. jumpa nanti kita belanja awak ok. yang paling best was Sean Ghazi dengan izlyn. congrats bro for the 8 AIM nominations but yang paling I'm jealous about was that bloody superchantek beautiful super cool video clip for Semalam! geram aku tengok because it was simply fantastic. Terus aku sms si Izlyn to comment (although she's live on tv) .

After that ingat nak tidur... eh eh lupa pulak ada rancangan si Adipati Ampang ni pulak AC DiSini. nampak lah si Sultan Muzaffar , Vernon dan Joe Lee ditemubual pasal kes diaorang. terus aku call SM sempat borak dengan dia pasal kes tu sekejap. aku harap korang semua take care ok. hope segala ugutan itu tak menjadi dan yang bersalah akan dibawa ke muka pengadil. all the best guys.

Dalam duk sibuk check email baru sedar dah pukul 12 mlm. kena tidur ni esok awal awal kenan pergi AF. Dah. mana pil xanax aku ni. kena telan sebijik baru boleh tidur. goodnight. arghhhh

Saturday, April 14, 2007

about being busy part III...

got this reply in my inbox from one of my dearest friend...
It's a trying situation, i'm sure. Been there, too. But i'm sure what it means is that sipenang misses you. otherwise, mesti tak kesah lah. it's all about time. not enough time spent there, not enough time for you to do more things, at the same time, soon these months will pass and you'll be free again..and bored...and things will go back to more regular routines. Till then, nothing but frustration.

But isn't it unfair how when we are busy, doing what we love, it becomes an issue, when other times we tolerate our partner being busy without complain? We accept that it's part and parcel of what they do and love. We're always making and giving the time so they've come to expect that. So when we're busy, suddenly it's unacceptable.....
thank you dear... kita ni lebih kurang sama lah ye...

Monday, April 09, 2007

about being busy ... part II

Auh! Fening fening fening! Pening kepala dibuatnya, asal aku busy je mesti ada hal yang tak betul, every single time I'm busy with long project surely mesti gaduh dengan SiPenang ...

Habis tu nak buat macam mana?

"Honestly you are really no help to me for the past few years" begitulah sms dari SiPenang... Pedas tak kenyataan tu? Memang salah aku terjun dalam bidang ini but for the 1st time in my whole 31 years of existence I am actually happy with my work- sure it doesn't pay much but at least I know I'm good at it and actually enjoying it.

Aku macam malas nak gaduh dah sebab ini bukan kali pertama. Dulu masa aku buat My Bollywood Summer the musical dengan Nurul pun macam tu. Masa Puteri Gunung Ledang the musical pun macam tu, Sekarang ni bila aku sibuk dengan Urmi aka tempest dan Akademi fantasia, problem sama timbul lagi... projek projek panjang sebegini selalunya memerlukan aku berada di Kuala Lumpur paling kurang 3 bulan. Jadi memang langsung tak dapat balik penang. Oleh kerana tak dapat balik SiPenang jadi marah. Memang sepanjang 10 tahun aku di penang aku lah yang jaga segala urusan duit, peribadi dan pelbagai SiPenang, Aku jadi bingung tak tau nak buat camna lagi dah.

Should I drop everything and balik penang ? And go back to 9to5 job yang lama?

Kebelakangan ini aku tak happy sangat dengan Tempest aka URMI sebab aku tak dapat cari good chemistry dengan my fellow actor but because I'm commicted to my work , aku redah je sessi rehearsal although berat hati nak pergi rehearsal tapi setiap kali habis rehearsal aku happy sebab aku puas hati bekerja. Pergi mampus la perasaan bengkek tu asal aku puas bekerja. SiPenang memang tau problem aku sebab aku tak ada rahsia dengan dia. Tapi patut ke dia cakap ...

"Maybe you should learn to do something else You are not happy and the money is lousy"

aku tak happy dengan 1 orang saja kat tempest tapi i am bloody proud to be part of it and... What did SiPenang means by something else? Aku dah tua la... susah nak start benda baru

Dalam aku dok menulis ni; masuk sms dari Penang :
"Sorry to hurt your feelings..."

Tapi memang salah aku sebab tinggalkan penang. the truth is, it's me who hurts dia punya fellings... Tapi bila aku tak busy, sudah semestinya Penang juga lah tempat aku. I love u DA.

Tuesday, April 03, 2007

about being busy...

hmmm... haven't been writing anything for a very very long time now. been busy that's why... very busy ...

The rehearsal for the new play i am in has been ongoing since early march. to be stage in
istana budaya this coming June, I'll be playing as Stephano, the drunken butler in URMI (that's Sanskrit for waves/tempest) a MASAKINI theater adaptation of William Shakespeare's Tempest, by the look of it, this new production is going to be huge! with ligthing design by Mr Mac Chan and The Ever Fabulous Raja Malek doing the sets and directed by Sabera Shaik, can't wait to be on stage again.

Apart from that,
Mr me also been busy coaching the Akademi Fantasia 5 students every single morning to do vocalisation has been keeping me from staying late at night because i need to wake up early everyday. on the other hand i am loving it because it is a training for myself too... that's why i keep telling the students not to call me cikgu (teacher) because me being there is not to teach them but to lead them to do morning vocal warm ups until they can do it them self. but I'm loving this because seeing them everyday makes me realize that there are a bunch of multi talented kids and only time will tell that they will be huge... i love them all... dafi with his down to earth personality, dekna with her jokes, noni and her laughs, heliza with her focus, aizat and his "gegaran", shawal and his quite jokes... each and everyone of them has something special.

so i guess busy is good...
Related Posts with Thumbnails