Monday, January 28, 2008

about juara lagu malam tadi

Tahniah kepada anak muda Estranged untuk kemenangan Itu Kamu. Sebelum keputusan di umumkan, saya dan Liza Hanim sudah agak lagu ini bakal juara. tahniah juga untuk Nora, Sahri/Kaer, Mawi dan Jaclyn Victor masing masing untuk kemenangan di Juara Lagu malam tadi.

Sepanjang malam saya sibuk mengambil gambar sebenarnya hahaha kalah photograher profesional tapi apakan daya itu hobi saya. seronok juga sebab teman kat sebelah saya si Liza Hanim (yang sentiasa cool dan gila gila) bersama hubby dan megat (PGLm and P Ramlee Musical) jadi kami pun berboraklah sepanjang malam komen itu komen ini hehehe tapi seronok sebab tempat duduk kami yang smack center betul betul depan pentas tu memang puas hati cuma saya rasa sound system ditempat saya agak kurang.

Rata rata persembahan malam tadi sungguh memberangsangkan sebab nampak gaya semua cuba untuk memberi yang terbaik. walaupun rata rata persembahan malam tadi baik dari segi koreografi, vokal dan sebagainya, kemenangan berpihak kepada Mawi yang saya rasa berbaloi kerana memang mantap. Seronok tengok Mawi dengan budak budak tu menari!

Teruja saya melihat ramai kenalan dipentas menari dan menyanyi. persembahan Nora bagus sekali dengan tema Samudera juga kemunculan kembali siti di pentas Juara Lagu dengan imej terbaru. saya sudah tengok semasa sessi latihan beliau bersama penari tetapi ini pertama kali saya lihat Siti menari penuh bersama, all dressed up... gempak siut! Kata Aubrey Suwito dibelakang pentas , Siti benar benar berlatih bersungguh sungguh untuk persembahan malam tadi sampai di airport pun boleh berlatih! hahaaha . kalau kengkawan nak tahu, koreografi Samudera dan destinasi Cinta di karangkan oleh Pat Ibrahim.

bagi vokal terbaik pula Jac Victor memang tak boleh disangkal lagi. tetapi disini saya ingin puji penyanyi penyanyi pengganti , Fiq, Sahri dan Bob yang membuktikan mereka ini memang mantap walaupun ini bukan lagu mereka tetapi mereka telah lakukan yang cukup baik sekali! Persembahan selingan dari Dayang, Nikki dan Ziana juga tidak kurang hebatnya!

Malam ini juga saya seronok sebab dapat jumpa ramai rakan rakan lama yang dah lama tak jumpa seperti Tria (yang mengiringi Fazli Zainal), Esar (gangstarz) Liza, Atilia yang datang bersama Ibu Pn. Salamiah , Michael Xavier Voon, Dafi dan beberapa peminat lama saya (ingat lagi korang kat i ye heheh) yang kebetulan datang dari jauh untuk menyaksikan AJL!

Malam tadi banyak gambar yang saya ambil sampai hampir 80% kapasiti 2GB sd card saya penuh dengan gambar gambar huhuhu tetapi kalau anda nak tengok banyak gambar gambar paling saya suka yang yang saya ambil sekitar malam tadi silalah ke cheddgraphy!


No comments:

Related Posts with Thumbnails