Showing posts with label Auditions. Show all posts
Showing posts with label Auditions. Show all posts

Monday, January 28, 2008

about juara lagu malam tadi

Tahniah kepada anak muda Estranged untuk kemenangan Itu Kamu. Sebelum keputusan di umumkan, saya dan Liza Hanim sudah agak lagu ini bakal juara. tahniah juga untuk Nora, Sahri/Kaer, Mawi dan Jaclyn Victor masing masing untuk kemenangan di Juara Lagu malam tadi.

Sepanjang malam saya sibuk mengambil gambar sebenarnya hahaha kalah photograher profesional tapi apakan daya itu hobi saya. seronok juga sebab teman kat sebelah saya si Liza Hanim (yang sentiasa cool dan gila gila) bersama hubby dan megat (PGLm and P Ramlee Musical) jadi kami pun berboraklah sepanjang malam komen itu komen ini hehehe tapi seronok sebab tempat duduk kami yang smack center betul betul depan pentas tu memang puas hati cuma saya rasa sound system ditempat saya agak kurang.

Rata rata persembahan malam tadi sungguh memberangsangkan sebab nampak gaya semua cuba untuk memberi yang terbaik. walaupun rata rata persembahan malam tadi baik dari segi koreografi, vokal dan sebagainya, kemenangan berpihak kepada Mawi yang saya rasa berbaloi kerana memang mantap. Seronok tengok Mawi dengan budak budak tu menari!

Teruja saya melihat ramai kenalan dipentas menari dan menyanyi. persembahan Nora bagus sekali dengan tema Samudera juga kemunculan kembali siti di pentas Juara Lagu dengan imej terbaru. saya sudah tengok semasa sessi latihan beliau bersama penari tetapi ini pertama kali saya lihat Siti menari penuh bersama, all dressed up... gempak siut! Kata Aubrey Suwito dibelakang pentas , Siti benar benar berlatih bersungguh sungguh untuk persembahan malam tadi sampai di airport pun boleh berlatih! hahaaha . kalau kengkawan nak tahu, koreografi Samudera dan destinasi Cinta di karangkan oleh Pat Ibrahim.

bagi vokal terbaik pula Jac Victor memang tak boleh disangkal lagi. tetapi disini saya ingin puji penyanyi penyanyi pengganti , Fiq, Sahri dan Bob yang membuktikan mereka ini memang mantap walaupun ini bukan lagu mereka tetapi mereka telah lakukan yang cukup baik sekali! Persembahan selingan dari Dayang, Nikki dan Ziana juga tidak kurang hebatnya!

Malam ini juga saya seronok sebab dapat jumpa ramai rakan rakan lama yang dah lama tak jumpa seperti Tria (yang mengiringi Fazli Zainal), Esar (gangstarz) Liza, Atilia yang datang bersama Ibu Pn. Salamiah , Michael Xavier Voon, Dafi dan beberapa peminat lama saya (ingat lagi korang kat i ye heheh) yang kebetulan datang dari jauh untuk menyaksikan AJL!

Malam tadi banyak gambar yang saya ambil sampai hampir 80% kapasiti 2GB sd card saya penuh dengan gambar gambar huhuhu tetapi kalau anda nak tengok banyak gambar gambar paling saya suka yang yang saya ambil sekitar malam tadi silalah ke cheddgraphy!


Monday, September 03, 2007

about Aizat and Misz

I got a text message from Aizat minutes ago that his single sahabat will makes it's debut tonight on xfresh fm. those with access to xfresh don't forget to tune in and listen to it. i myself haven't got a chance to listen to it yet. mengikut maklumat di kasigegar.com, lagu itu akan keudara jam 9 malam dan Aizat akan bersiaran bersama Adi fashla malam nanti....
.
And if you remember my earlier post about old friends? i managed to tracked down misz on friendster through shanel. hopefully she'll reply my message soon. can't wait to meet them all soon.
.
And this morning, i decided not to go to TV3's Anugerah Skrin press conference at OneWorld Bandar Utama (my sitcom Keluarga Adam got nominated for best comedy) because this is the only day that i am realy truly free since forever (actually sebab utama ialah saya tertidur balik lepas suboh hehehe)... i decided to do some gardening that i have neglecting instead. Keluarga Adam was running for 2 seasons on TV2 last year and early this year. hopefully menang lah... huhuhu

www.cheddyusoff.com

Tuesday, August 21, 2007

about kawan Audition...

Ramai juga yang mesej saya bertanya mengenai lagu ciptaan saya, Lumpur (lagu caras). rata rata nak tahu cerita disebalik lagu itu. semua bertanya siapa kah orangnya yang telah mencaras saya itu... nak cerita takut nanti buka pekung orang, tak cerita, nanti geram terpendam... ok saya akan ceritakan tapi nanti dulu, banyak benda lain saya nak cerita terlebih dulu...
.
Dapat panggilan dari kawan Audition 04 saya si
Shanor minggu lepas. masih ingat Shanor? semasa musim pertama Audition 04, Shanor telah di war warkan oleh pihak penganjur bahawa dia memenangi hadiah utama contract menghasilkan album sebuah syarikat muzik gergasi. Tapi keshian sebab sampai hari ini senyap sahaja. paling baru ialah kes saman mengenai hadiah yang ditawarkan tersebut. tapi reason sebenar Shanor hubungi saya adalah kerna ingin mendapatkan nombor pencipta lagu terkenal seperti Ajai dan lain lain... pagi tadi pula dia mesej lagi menanyakan CD lagu ciptaan Hazami yang pernah Hazami berikan semasa beliau mengajar kami dulu...hmmm shanor, nak buat album ke?
.
Masih ingat dengan
Amar? Pemenang yang lagi sorang tu? kesian kat dia, sepatutnya dah jadi hero filem muzikal tapi filem nya entah kemana??? lepas kembali dari Holland mengacarakan rancangan kuiz SMS untuk TV1 dan jadi pengantti saya buat sementara dalam Sitcom keluarga Adam tv2 ,terus hilang. Kali terakhir saya jumpa dia di damansara Uptown. Dia kata dia dah tawar hati dengan dunia seni.
.
Si
Tria pula Alhamdulillah, sekarang makin hangat dengan lagu TIKA dari filem Waris Jari Hantu. walaupun masih mahu bergiat dalam bidang seni, Tria sekarang juga senang dengan anak lelaki pertamanya di rumah. Saya kurang pasti mana silapnya nasib Tria ini, terus terang saya katakan suara dia POWER, kalau anda ada dengar Album kumpulan wanita SHE dari indonesia , suara penyanyi utamanya memang sebijik Tria. kelas suara itu. tapi... semua tak jadi. dulu menang kontrak KRU hanya sempat rakam satu lagu, menang Audition, duit hadiah nak dibuatkan album, terkandas tengah jalan , kena tipu khabarnya. sabar saja lah Tria. Tuhan Maha Kaya. Insyaalah kita ada, cuma masa kita belum sampai.
.
Y
ang lain lain pula masing masing membawa haluan sendiri, kali terakhir Zilah bergiat ialah dalam sitcom tv2, Keluarga Adam bersama saya. sekarang sibuk dengan anak sulung bernama Tuah. Shanel sekarang menyanyi di Shook Starhill Bukit bintang. classy spot.si Eirul pula masih setia berkerja dengan ArticulateTV, kerja kerja belakang tabir je. Trez pula senyap sekarang selepas habis Gangstarz dan Deiba pula sudah lama kembali ke Penang khabarnya sudah bertudung sekarang. baguslah begitu. Jimmy pula saya kurang pasti, ada juga terserempak kengkadang tapi sememang dari dalam Audition saya kurang rapat dengan Jimmy. Selalu juga saya nampak jimmy menyanyi latar untuk Hazami. Dan yang paling kami semua rindu ialah Misz. Kali terakhir saya berjumpa Misz ialah pada akhir 2004, ketika itu saya menyanyi di sebuah majlis yang dianjurkan oleh sebuah Kolej di Cheras. Kami menyanyi bersama. Rindu kat Misz. dimana kau sekarang...
.
Diawal posting ini, saya kata nak cerita perihal lagu caras tapi sampai sini, saya masih cerita perihal kengkawan Audition lain yang tak berkaitan dengan lagu Lumpur (lagu Caras), tak berkaitan langsung or is it??? jeng jeng jeng... walau bagaimanapun inilah dia perihal kawan kawan lama yang saya rindu... panjang sangat cerita bebudak Audition ni sampai tak sempat nak cerita perihal disebalik lagu Lumpur (lagu caras) tu... hmm lain kali jelah, i promise...oklah... sebagai bonus ini
gambar zeqhty semasa zaman rambut cendawan. huhuhu

Saturday, July 28, 2007

about My Name Is Remy Open Audition

if you are a Male performer age between 21-40 years old, can sing and dance with interest in acting, please come to our audition for My Name is Remy (a musical about P. Ramlee) at

10 on 10 studio
(above Linda onn's chicken rice shop)
near ampang point
Tomorrow (Sunday) 29th July at 12 noon
or
next Tuesday 31st July at 3pm

please come prepared with songS and comfortable attire to dance

for more infos please call our Dance Captain Ms. Zeqhty at 017 2844 726

Friday, June 29, 2007

about the Bootcamp, kawan lama, Afiq AF5 and Ayi

Been so busy the last few days... today marks the 3rd day i am in the StarMaker bootcamp. it's been fun so far but what's dreadful to think about is that at the end of this 2 weeks bootcamp will be an exam of sort... an "audition" so to speak... aiyo!
.
First day was a bit of a shock for most of us because we were trying to get use to new people and trainers... some that we have worked and known with before while some are totally new to us. but this is the real life... you bound to meet new people and make new friends.
.
Day two was even more fun but menyeksakan badan!... biasalah, Mr. Pat Ibrahim in the house... walaupun ianya menyeksakan badan, it was FUN and WORTH every sweats sebab memang best. We did the chorus choreography for Titah Sultan. nasib baik saya, zeqhty, Megat and Abang Talif masih ingat lagi step step itu. Saya memang love Pat and his sessions sebab i must thank Pat Ibrahim for making me loose 10 kgs during PGLm. cant wait to work with him again.

.
Day three sebentar tadi was also another fun night sebab we all had a session with Sean Ghazi... seronok sebab we all dapat try to emulate his steps and choreography in Miss Saigon when we did The American Dream. we have to sing and dance to the tune and the choreography. I am glad that i took this challenge to join the bootcamp tapi thinking about the exam at the end of the sessions buat saya shiver seluruh badan.... hmmm i hate exams...
.
Dalam pada itu, last monday semasa saya di PJ's IT mall doing some "check cleared" computer shopping spree, jumpa miss sabrina Hassan yang sedang sarat mengandung tu (congrats dear) malu sangat nak ambil gambar sampai tutup muka... then later terserempak dengan Jessie, my co-host masa buat Goolies Game Show kat 8TV dulu... seronok juga jumpa kawan lama berborak sakan. lama juga kami berborak...
.
Dalam pada tu semalam dapat info dari Afiq AF5 yang dia akan berada di Genting Sabtu ini dan di Jaya Jusco Seremban jam 4 petang pada Ahad Julai 1hb nanti.
.
As an update to my previous post, my brother sudah released from hospital although he wont be able to work for 2 months after the operation masuk besi and what not, i am glad that he's gonna be fine. baru beberapa hari lepas dia dah boleh gerak jari jemari dia. thanks guys for the prayers.

Friday, June 01, 2007

about audition for My Name Is Remy...

Wanna be a part of Datin Seri Tiara's Enfiniti Production's new musical?

My Name Is Remy (P.Ramlee The Musical) which will be staging soon under the direction of Zahim, Adlin and choreography by Pat Ibrahim is currently having an audition for the ensemble.

If you think you can dance, act and sing, make your way to

Istana Budaya Jalan Tun Razak KL (registration :media room)
today to Sunday (1st till 3rd June 2007)
from 11am till 5pm

and show them what you have :)

And on another note, saya tengah geram tahap gaban sekarang sebab tak dapat join 2 acara penting hari ini... perlancaran Shawalfc.net dan Aizat family gathering kedua duanya bakjal berlangsung di KLCC malam nanti sebab terikat dengan sessi latihan URMI. takpe lah... takde rezeki. kalau tak boleh gaks saya update kat sini... takpelah. tapi geram jugak, termasuk 2 acara ini dah 4 acara penting melibatkan AF5 telah saya tolak, nak buat camna... kerja tetap kerja...next time...
Related Posts with Thumbnails