Wednesday, August 01, 2007

about Remy, Sean, Liza, Lis dan Siti!!!

It's official! Datin Seri Tiara telah pun secara rasminya mengumumkan para pelakon untuk muzikal terbaru terbitan beliau sebentar tadi di sidang media Remy ... kisah P Ramlee (working tittle was My Name Is Remy) yang telah diadakan di Restoren Borneo Rainforest @ Sunway kepunyaan beliau.

Pementasan muzikal mengenai perjalanan hayat Tan Sri P Ramlee itu bakal dipentaskan selama 3 minggu di Istana Budaya (pentas sama PGLm) pada musim raya Oktober nanti dan bakal di bintangi oleh Sean Ghazi sebagai P Ramlee, Liza Hanim sebagai Saloma, Melissa Saila sebagai isteri pertama Junaidah dan Datuk Siti Nurhaliza sebagai kekasih pertama P Ramlee di Pulau Pinang, Azizah dan akan di bantu oleh Alam (pemenang So you think you can dance), Infinatez (gangstarz) sebagai Paparazzi dan Chedd Eddie Yusoff sebagai Sukardi (kawan rapat P Ramlee)

turut bakal membintangi nanti adalah Baby Erin dan kakaknya Edrina, Ida Mariana, Maya Tan Abdullah, Izlyn Ramli, Zeqhty Natrah (Audition 2) yang juga baru di lantik sebagai Dance captain, Azrol (dj Suria FM), Megat Sharizal, Nadia dan Zana dari Luscious (gangstarz) dan ramai lagi.

Muzikal ini bakal diarahkan oleh Zahim AlBakri dan Adlin Aman Ramlee, Original Songs from maestro Dick Lee, Set oleh Raja Malek dan koreografi oleh the super talented Pat Ibrahim, team yang juga telah sama sama menjayakan Puteri Gunung Ledang the Musical.

Siapa Sally dan Remy telah terjawab... cuma siapa Norizan (isteri kedua Tan Sri P Ramlee) yang masih menjadi tanda tanya... keep a look out here dan nantikan kemunculan Remy... Jeng Jeng Jeng!

7 comments:

Mr. Manager said...

I know the answer! Jeng jeng jeng! Oops...actually I don't...but...maybe I do...

:-)

defoo said...

Laju...

chedd.eddie.yusoff said...

mr mgr! jeng 3 x ! sebenarnya i pun ta tahu heh heh heh

defoo... mestilah laju sebab dah lama terbuku heh heh heh

Dima said...

AAAAHHHHHH!!!!! Cant wait to watch it!!!!
So chedd...skarang bolela u nak cerita sume yg terbuku dihatimu itu?? hheheh... U ROCK!

Xis said...

Chedd
if I'm not wrong, Norizan was the queen of Perak... who fell in love with P. Ramlee.. anyway... congrats to you! See you at IB later....

zafi said...

congrats! nice!!!
:)

meenzuleyka said...

jeng jeng jeng....i heard ZZ will be Norizan but....hmmm...ched mesti tahu kenapa kan...

Related Posts with Thumbnails