Friday, August 31, 2007

about Merdeka!

Happy 50th Malaysia! woke up today early as usual... was flipping the TV channels between TV1 ,TV3 (both for the Merdeka Parade), Axn and History channel when a friend of mine sms me about the passing of her beloved cat. poor Ayu, she must be so devastated.

Went to work on the voiceover project that seems to be endless without an end... ( i wish i need not work today so i can go back penang but i can't cancel my appointment... arghhh). Went to the Curve Damansara after work, did some shopping and now having BBQ burger at TGIF. thank goodness for the technologies that we have today, I can blog wirelessly almost anywhere nowadays. I wonder if we are not yet Merdeka (independent) would I be able to do this now...?

Why Chedd? why you not celebrating merdeka? I am, but to me, Merdeka is not about going to Dataran, lepak around shouting Merdeka! Merdeka! or watch a fireworks or anything like that... I know how to celebrate Merdeka my own way by remembering those who suffered to give us the Malaysia that we have today... thank you.
I love being busy, hate it when i am not. Quite an uneventful day for me :( How was yours?

Saturday, August 25, 2007

about My name Is Sukardi


Tidak banyak yang orang tahu mengenai Pak Moyong Sukardi, apa yang tercatit didalam warkah warkah sejarah hidup seniman agong Tan Sri P Ramlee ialah Pak Sukardi adalah seorang sahabat rapat P Ramlee dan Pak Sukardi lah orangnya yang berhijrah bersama -sama P Ramlee dari Penang ke Singapore pada pagi 1 shawal untuk di temuduga di Malay Film Production, Jalan Ampas oleh Shaw Brothers di atas jemputan B.S. Rahjans.

.

Tetapi 2 hari lepas saya amat teruja kerana berkesempatan untuk menonton Anak Gemilang Malaysia di Astro Prima. Paling tidak, dapat juga saya mendengar/ menonton mengenai P. Ramlee dari mulut sahabat rapatnya sendiri. Saya ingin sangat berjumpa Pak Sukardi untuk menanyakan sendiri perihal dirinya kerana saya akan melakonkan watak beliau dalam musical Remy... kisah P Ramlee.

.

An interesting note about him and P Ramlee is that when they first got the job they changed thier names like everybody else back then! P. Ramlee was Ramaseni and Sukardi was Jusri :)

Tuesday, August 21, 2007

about aizat dan singlenya.

Tahniah saya ucapkan kepada adik AF5 saya Aizat yang terlebih dahulu mereleasekan single mendahului juara dan naib juara. (dafi pun dah terlebih dahulu release single bertajuk Bila Terasa Rindu) . melihatkan kualiti cover single, nampak gayanya Aizat's camp really bermodal besaran untuk menjayakan karier Aizat ini. Saya belum berkesempatan untuk mendengarnya lagi dan jika sudah, insyaalah saya akan buat ulasannya disini. tahniah saya ucapkan semoga berjaya... berita selanjutnya mengenai single Aizat di budiey's sensasi selebriti

about kawan Audition...

Ramai juga yang mesej saya bertanya mengenai lagu ciptaan saya, Lumpur (lagu caras). rata rata nak tahu cerita disebalik lagu itu. semua bertanya siapa kah orangnya yang telah mencaras saya itu... nak cerita takut nanti buka pekung orang, tak cerita, nanti geram terpendam... ok saya akan ceritakan tapi nanti dulu, banyak benda lain saya nak cerita terlebih dulu...
.
Dapat panggilan dari kawan Audition 04 saya si
Shanor minggu lepas. masih ingat Shanor? semasa musim pertama Audition 04, Shanor telah di war warkan oleh pihak penganjur bahawa dia memenangi hadiah utama contract menghasilkan album sebuah syarikat muzik gergasi. Tapi keshian sebab sampai hari ini senyap sahaja. paling baru ialah kes saman mengenai hadiah yang ditawarkan tersebut. tapi reason sebenar Shanor hubungi saya adalah kerna ingin mendapatkan nombor pencipta lagu terkenal seperti Ajai dan lain lain... pagi tadi pula dia mesej lagi menanyakan CD lagu ciptaan Hazami yang pernah Hazami berikan semasa beliau mengajar kami dulu...hmmm shanor, nak buat album ke?
.
Masih ingat dengan
Amar? Pemenang yang lagi sorang tu? kesian kat dia, sepatutnya dah jadi hero filem muzikal tapi filem nya entah kemana??? lepas kembali dari Holland mengacarakan rancangan kuiz SMS untuk TV1 dan jadi pengantti saya buat sementara dalam Sitcom keluarga Adam tv2 ,terus hilang. Kali terakhir saya jumpa dia di damansara Uptown. Dia kata dia dah tawar hati dengan dunia seni.
.
Si
Tria pula Alhamdulillah, sekarang makin hangat dengan lagu TIKA dari filem Waris Jari Hantu. walaupun masih mahu bergiat dalam bidang seni, Tria sekarang juga senang dengan anak lelaki pertamanya di rumah. Saya kurang pasti mana silapnya nasib Tria ini, terus terang saya katakan suara dia POWER, kalau anda ada dengar Album kumpulan wanita SHE dari indonesia , suara penyanyi utamanya memang sebijik Tria. kelas suara itu. tapi... semua tak jadi. dulu menang kontrak KRU hanya sempat rakam satu lagu, menang Audition, duit hadiah nak dibuatkan album, terkandas tengah jalan , kena tipu khabarnya. sabar saja lah Tria. Tuhan Maha Kaya. Insyaalah kita ada, cuma masa kita belum sampai.
.
Y
ang lain lain pula masing masing membawa haluan sendiri, kali terakhir Zilah bergiat ialah dalam sitcom tv2, Keluarga Adam bersama saya. sekarang sibuk dengan anak sulung bernama Tuah. Shanel sekarang menyanyi di Shook Starhill Bukit bintang. classy spot.si Eirul pula masih setia berkerja dengan ArticulateTV, kerja kerja belakang tabir je. Trez pula senyap sekarang selepas habis Gangstarz dan Deiba pula sudah lama kembali ke Penang khabarnya sudah bertudung sekarang. baguslah begitu. Jimmy pula saya kurang pasti, ada juga terserempak kengkadang tapi sememang dari dalam Audition saya kurang rapat dengan Jimmy. Selalu juga saya nampak jimmy menyanyi latar untuk Hazami. Dan yang paling kami semua rindu ialah Misz. Kali terakhir saya berjumpa Misz ialah pada akhir 2004, ketika itu saya menyanyi di sebuah majlis yang dianjurkan oleh sebuah Kolej di Cheras. Kami menyanyi bersama. Rindu kat Misz. dimana kau sekarang...
.
Diawal posting ini, saya kata nak cerita perihal lagu caras tapi sampai sini, saya masih cerita perihal kengkawan Audition lain yang tak berkaitan dengan lagu Lumpur (lagu Caras), tak berkaitan langsung or is it??? jeng jeng jeng... walau bagaimanapun inilah dia perihal kawan kawan lama yang saya rindu... panjang sangat cerita bebudak Audition ni sampai tak sempat nak cerita perihal disebalik lagu Lumpur (lagu caras) tu... hmm lain kali jelah, i promise...oklah... sebagai bonus ini
gambar zeqhty semasa zaman rambut cendawan. huhuhu

Friday, August 17, 2007

about a birthday for a STAR to be

Si alvin dari kumpulan infinatez dah bising sebab tak update blog ni... saya cakap pada si alvin,... busy lah! memang busy! takde masa langsung nak ber online tapi today, i kena updatekan juga kerana saya baru sahaja uploadkan video Nadia dari kumpulan Luscious yang baru sahaja menyambut hari jadinya tadi.



tapi yang kelakarnya, sebab kita orang celebrate selepas habis latihan untuk Musical Remy, kita orang hanya dapat sambut birthday tersebut dalam pukul 1130 malam bukan dekat posh restoran tetapi kat mana lagi kalau tak kat Pelita dan yang lagi kelakarnya, duduk kat pelita tapi makan cake Secret Recipe... mesti mamak pelita bengang gila dengan we all... anyway happy birthday girl!

Saturday, August 11, 2007

about Jika Ku Kembali the song (and other songs also lah)



finally! Akhirnya! found that song (read my previous posting) and some other songs that i wrote hidden in my other pc! before you all click the play button, i minta you all jangan Ketawa ok! this song was not recorded professionally in a proper studio. this song was recorded at home using my PC way back even before i jump into this entertainment business, so the song and the recording might sound a bit corny and amateurish.

this song was one of my favorite song by Daniel Chan Hui Tung. originally a mandarin No 1 hit IF. my singing in this recording is horrendous, pitching berterabor hahaha! maklumlah belum belajar vocal betul betul lagi... but since i promised already... here it goes... just click play .

and if you want to hear my other own original compositions, i've posted them down here and also will be at the right bar --->



my 1st jazz single. song and words written by me way back in 2005. this song was written lyric first and the melody came in 1 hour later. fast job but i like it. i call it Fusion Jazz Melayu. this song was also a featured song on the 2005/6 Penang Jazz Festival official podcast released by KLpodcast.



this is the remix version of Cintaku.Punya.Jiwa with extra drum and bass. a little bit different from the original version as the original one is very laid back and this remixed one has a little bit more sound to it. I have 2 more remixes but i like this one better.



i wrote this song just soon after I got a bad news from a friend, that a "so-called" friend of mine has been bad-mouthing me just to get ahead of me. originally titled Caras. Kepada yang berkenaan, this song is for you...

A tip to properly listen to these streaming songs : if you have a slow connection, press play and then pause. wait till the Grey color progress bar completed, press play again to enjoy uninterrupted listening.

Friday, August 10, 2007

about Jika Ku Kembali (padamu)

was doing some spring cleaning over my old computer and i found the lyric to a song that i did few years ago titled Jika Ku Kembali. This song is actually my own interpretation to Hong Kong singer Daniel Chan (hui tung)'s no 1 hit song call IF. I couldn't find the recorded version of that song that i recorded few years back (2004 ke 2005 tak ingat dah) but will search for it sampai jumpa and if i do jumpa itu lagu i'll post it here. in the meantime, here's the lyric to it... hmmm... jiwanglah pulok.

Jika Ku Kembali (padamu)

Cinta... tak selalu kan hadir
terlepas ia, belum tentu lagi
untuk cinta kembali mengisi ruang hidup mu
walau... kau anggap ku kini teman
sudikah kau terima pelukanku
dengarkanlah hanya satu pintaku padamu
hatiku hancur namun aku masih sayang, kepadamu
biar apapun terjadi... kutetap menyintaimu

Jika kau menangis sepi
kan ku hadir dalam mimpi
terima... kerna masih ada cinta dalam jiwaku
Jika kau bayangkan aku
jikalau ku kesisimu
tak lagi kau kan sepi sendiri
jika ku kembali

cubalah jangan sendiri
cuba kau kuatkan diri
terima... kerna masih,
ada cinta dalam jiwaku

Jika kau bayangkan aku
jikalau ku kesisimu
tak lagi kau kan sepi sendiri
jika ku kembali

lirik : Chedd Eddie Yusoff

Wednesday, August 08, 2007

about Remy's script reading...

Yesterday and today we all buat pertama kalinya dengan full ensemble and cast buat script reading penuh Act 1 dan Act 2 untuk Remy... Kisah P Ramlee. Seronok ada, takut pun ada jugak hehe. material untuk musical ini amat sensitive sebab ianya menyentuh perihal seorang seniman agung dan harus ditangani dengan berhati hati dan kami rasa, sebagai hiburan dan insyallah, penyambung kesinambungan cerita seniman agung, segalanya akan berjalan lancar... Paling best bila dapat rasa berlakun dengan watak watak utama buat pertama kalinya. Sean, Liza Hanim, Melissa semua ada.

hari ini lagi best sebab Megat Sharizal dapat join us (all this while dia sibuk dengan play dia lagi satu dekat KLPac) and Megat yang sememangnya peminat nombor satu Datuk Siti Nurhaliza, begitu tersipu sipu dan Glowing dia punya face sebab dapat dengar Siti nyanyi tadi.... (Sebenarnya memang ramai lagi yang teruja termasuklah aku sendiri sebab dapat dengar Siti nyanyi LIVE tanpa mic dalam jarak dekat) baik lelaki mahu perempuan, semua teruja kerana memang suara dia seedaaappp... tak sabar rasanya nak naik pentas...

All Malaysian Bloggers Project

Monday, August 06, 2007

about ALI and Joe flizzow and top 20 malaysian blog

I got this in my email today. Check out abang Roslan Aziz's ALI new video from Haru Biru Motion Picture Soundtrack 1000 verses . I've had the pleasure to listen to ALI's songs at abang lan's office last month and it's rocking hot! ALI is a band comprising Roslan Aziz and Mukhlis Nor. watch out for ALI's album to be release soon under universal music malaysia .

on another note, cheddyusoff.blogspot.com has been selected to the top 20 AllMalaysiaN blogs. Voting is now open for the top5. Vote for me and vote for Emilia Yusof (tiada kaitan dengan saya tapi sebab dia letak link saya, saya letak balik link dia) dan kroni AF5 saya (ayat dari SM sendiri) sultanmuzaffar too. to vote, click the red ''vote me' button at the right widget bar -> and choose your top5. photo of Ali copyrighted by congahead.com





Sunday, August 05, 2007

about Bila orang tiru, kita senyum gembira



malam yang bosan lalu akupun merayau rayaulah kat youtube... alih alih jumpa video video ini... yang pertama : Performance by final year accounting students. Malam Pre-Graduation Dinner 2007 held in UNITEN Muadzam Shah. they all buat lagu melaka terbilang yang kami persembahkan dalam Puteri Gunung Ledang The Musical tetapi they all miming dan buat choreography sendiri... hmmm



yang kedua : this is a video done by MMU Media students. LoveBytes Production 2006 using Datin Seri Tiara's Tinta Dewa (single version) siap ada storyline and plot! Madam and Pat, what do you think?... hmmm double hmmm...

Saturday, August 04, 2007

about remy's rehearsal

Remy... Kisah P Ramlee's rehearsal not suppose to officially starts till next week (tuesday) although we are now in a bootcamp trying to discover movements, learning the songs and such but i felt like the proper rehearsal had actually started! best nya!!!!

tapi yang tak bestnya, i just realize that now i am doing supporting role as Sukardi, i cannot be featured as ensemble prominently during ensemble dance! alamak! i wanna dance! in front! Pat Ibrahim cakap, i can dance with the rest of the ensemble but he now has to place me belakang belakang so people cant see my face masquerading as ensemble when i am suppose to be Sukardi!!! arghhhh! I WANNA DANCE! IN FRONT!!! hahahaha )

Wednesday, August 01, 2007

about Remy, Sean, Liza, Lis dan Siti!!!

It's official! Datin Seri Tiara telah pun secara rasminya mengumumkan para pelakon untuk muzikal terbaru terbitan beliau sebentar tadi di sidang media Remy ... kisah P Ramlee (working tittle was My Name Is Remy) yang telah diadakan di Restoren Borneo Rainforest @ Sunway kepunyaan beliau.

Pementasan muzikal mengenai perjalanan hayat Tan Sri P Ramlee itu bakal dipentaskan selama 3 minggu di Istana Budaya (pentas sama PGLm) pada musim raya Oktober nanti dan bakal di bintangi oleh Sean Ghazi sebagai P Ramlee, Liza Hanim sebagai Saloma, Melissa Saila sebagai isteri pertama Junaidah dan Datuk Siti Nurhaliza sebagai kekasih pertama P Ramlee di Pulau Pinang, Azizah dan akan di bantu oleh Alam (pemenang So you think you can dance), Infinatez (gangstarz) sebagai Paparazzi dan Chedd Eddie Yusoff sebagai Sukardi (kawan rapat P Ramlee)

turut bakal membintangi nanti adalah Baby Erin dan kakaknya Edrina, Ida Mariana, Maya Tan Abdullah, Izlyn Ramli, Zeqhty Natrah (Audition 2) yang juga baru di lantik sebagai Dance captain, Azrol (dj Suria FM), Megat Sharizal, Nadia dan Zana dari Luscious (gangstarz) dan ramai lagi.

Muzikal ini bakal diarahkan oleh Zahim AlBakri dan Adlin Aman Ramlee, Original Songs from maestro Dick Lee, Set oleh Raja Malek dan koreografi oleh the super talented Pat Ibrahim, team yang juga telah sama sama menjayakan Puteri Gunung Ledang the Musical.

Siapa Sally dan Remy telah terjawab... cuma siapa Norizan (isteri kedua Tan Sri P Ramlee) yang masih menjadi tanda tanya... keep a look out here dan nantikan kemunculan Remy... Jeng Jeng Jeng!
Related Posts with Thumbnails