Thursday, April 26, 2007

about songs of our own budaya...

Kesian tengok budak budak AF5 minggu ini. Ada diantara mereka yang tidak pernah langsung bawa lagu yang berentak sebegini. Harap harap tiada yang stress memikirkannya. Ada yang pada hari Isnin dulu dilihat resah memikirkan cara nak bawa lagu, sudah begitu selesa pada pagi ini. Ada yang masih lagi ditakuk lama, nampak sangat ini bukan genre dia. Dan ada juga yang kita fikir tentunya boleh bawa lagu berlenggok sebegini rupa rupanya tengah struggle dengan tugasan yang diberikan. Walau apapun, pujian harus diberikan kepada mereka akan kesungguhan untuk memberi yang terbaik. Mencuba. Walaupun...
.
Can't wait to see the students perform Sabtu nanti dengan lagu lagu berirama melayu sebegini. Cuma saya terbayang bayang apa jadi kalau sekiranya Dafi pilih lagu Arwah Sudir dan Aswad pula nyanyi lagu Abang Jay Jay semasa pemilihan lagu Ahad lalu... (angan angan kosong saya) Hmmm takpe, kita tunggu je lah sabtu nanti... penyu menangis? tak tahu, adik tak tahu LINE CLEAR! BAIK PUNYA!
.
Susah itu memanglah susah untuk nyanyikan lagu budaya sendiri tetapi kalau bukan kita nak nyanyi, siapa lagi? Nak tunggu Justin Timberlake bawa lagu Datuk M Daud Kilau? Atau Gwen Stefani bawa lagu Datuk Siti Nurhaliza punya Badarsila? Oooh... Sampai kucing bertanduk pun belum tentu lagi... So anggap lah ini cabaran paling besar bagi mereka tahap ini. Jom kita berjanji disini untuk menolong mereka Sabtu ini, datang beramai ramai dengan baju tradisional berwarna warni, kita meriahkan suasana. Kalau anda nak joget lambak sekalipun, silakan hehehe. Yang penting kita sorak sakan tak kira persembahan itu nanti bagus atau tidak. Kerana sorakan anda itu pembakar semangat. Kongsi kan feel anda bersama mereka dan mereka akan beri feel mereka kepada anda.
.
Senoneng saya disini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada blogger bloggers, pembaca dan kengkawan semua for your 'get well' emails and messages. Love you all (ayat skema tahap gaban tapi tetap dari hati, thanks y'all). I woke up today fully recovered! YEAH! alhamdulillah.
.
Apa jadi pagi ini dan petang semalam di Akademi ? Nak tahu, jom tengok Diari malam nanti. I'll see you on TVland.

7 comments:

Suhaila MS said...

Alhamdulillah...abg cheed dah sihat dah....amin. dpt le tgk abd cheed kat diari...hiks. ingat k...lepas nie jaga lah kesihatan elok2 k.

(^_^)v

Budiey said...

Bro, kirim salam Budiey kat Heliza... heheh gurau je...

harap sangat Heliza boleh mencari satu keajaiban dalam persembahannya minggu ini.

AFUNDI HELIZA...

anyway, alhamdulilah you dah sihat... pakai tanjak atau tengkolok ke minggu ni... LARIIIIKKK...

Anonymous said...

my mom said dia penah nampak abang chedd dekat pandan indah...abang chedd dduduk kat pandan indah ker?

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Che chedd, meh nak habaq. Saya duk tengok diari setiap malam, er...except Isnin sebab layan Amazing Race.

Anyway, saya termasuk sini dari blog SM. Saya duk ingat che chedd yg duk ajar depa menari2 tu..alih2 terbaca satu entry, you all tengah tunggu Raimee...

Wait.. if u are not Raimee, then who are you?

Saya pun concentrate la tengok diari... Ya Allah, rupanya ada satu insan lain rupanya. Dan saya baru sedar setelah 6 minggu.

Saya rasa Aznil rarely mention your name, sebab tu I was unaware of your presence.

Salamss

Chedd eddie Yusoff said...

eyla : terima kasih

Budiey : :) boleh, tapi lepas dia habis keluar sebab budak budak ini tidak boleh tahu hal dari luar, hehe

anahues : bila tu? tahun 1993 hinnga 95 saya duduk saya. sekarang di damansara tapi kekadang tu ada lah juga pergi buat Voice over atau kerja area sana

iDa : hmmm... no comment hehe

Anonymous said...

hi chedd..
glad to hear u dah ok..
n congrats also.. editing team dh focus kat sessi pemanasan vocal hehe..

BTW, do u know any news about iza audition?
where is she now?

Chedd eddie Yusoff said...

hi Ann, Eyza? ada ... sihat lagi budak tu... itu hari ada buat cameo dalam komedi saya, dia jadi adik saya dalam sitcom Keluarga Adam. Ada pesanan ke?

Related Posts with Thumbnails