Fu Yoh! today is one of those hari sibuk saya... Basuh baju after subuh... left for AF around 7.30am, stayed on for awhile since Raimee lambat sampai, drove straight to Astro to go on air at SinarFM and Lite FM, drove to taman Melati to meet my keluarga angkat yang dah 12 tahun tak jumpa then drove straight to PJ for URMI/Tempest's rehearsal... Tawaf satu KL aku hari ini...
.
Pagi tadi sampai di Akademi, saya hadiahkan (dari pihak produksi Astro) sikat baru untuk Mila sebab sikat kesayangan dia patah semalam dan selepas sessi pemanasan vokal, diaorang minta buat sessi kritik sesama sendiri. Tujuan sessi ini ialah, sebelum dikritik tenaga pengajar pada petangnya, mereka mahu mengkritik sesama sendiri. tujuan utama saya mengadakan sessi ini pula ialah kerana, jika kita tahu mengkritik, kita harus tahu bahawa benda yang salah itu adalah salah dan seharusnya kita sendiri dapat mengelak dari membuat salah yang sama. Dalam sessi ini selalunya saya akan mendiamkan diri, bersikap neutral, tetapi selalunya saya tetap akan tegur juga kerana cikgu Syafi dan Abang Lan sudah amanahkan kepada saya untuk tegur apa yang perlu.
.
Habis di AF saya bergegas ke Astro untuk on-air bersama David Low di Sinar FM sebagai wakil ensemble PGLm unntuk ditemuramah bagi pencalonan kami di 5th Annual Boh Cameronian Awards yang bakal berlangsung Ahad ini di Mandarin Oriental KL. Sepatutnya saya bersama Baby Arin and Sabrina Hassan (Dance Captain kami dan juga model dalam klip video Mungkir Bahagia) tetapi diorang tak dapat datang sebab busy so nasib baik ada Nadia (Lucious). Dah lama tak interview on-air... sekali cakap... kitaorang berdua macam budak baru dapat hisap susu... gelojoh bercakap... merapu rapu hahaha. habis di SinarFM terus masuk konti LiteFM (penyiar radio rasmi). Thanks Lennard Gui from kakiseni.com and aband Dell dari Infinitti Production. (tiket ahad ini mana?)
.
Habis je di Astro, saya hantar Nadia ke Ampang Point dan terus melencong jumpa keluarga angkat di Taman Melati yang lama tak jumpa. rindu. Dan kemudian, terus bergegas ke PJ untuk sessi latihan Tempest. satu KL saya buat pusingan. Tawaf. Baru saja sampai rumah... tak sempat nak tengok Pat Ibrahim dalam So You Think You Can Dance and Diari AF. Boleh tak you all tolong update apa yang berlaku dalam Diari tadi... good nite and thank you for dropping by. Need to take my hot shower now. See you here and on TVland tomorrow.
4 comments:
hey,
nice blog you have. take care!
seeya.
they were revealing heliza's dirty laundry. i bet she's next lah this week.
wah..busynyer tawaf..huhuh
Hye there!
Amboi amboi amboii.. busynya dia.
Glad to see you happy with what you're doing..
Bila tengok Diari AF, tengok ko jek la Chedd, bukan tengok bebudak tuh pun.. Err.. sesekali jerk tengok Ebi.. hik hik hik..
All the best!
Post a Comment