Wednesday, May 16, 2007

about 2 konsonan dan 2 budak hilang...

Ha... Sekarang baru korang tau kan, kenapa saya suruh diaorang buat lagak ski satu akademi pagi semalam. Kalau korang perhati semasa ending/end credit Diari semalam tentu anda sudah dapat teka/tahu akan kaitan Ski dan VIP yang saya blogkan semalam. Jawapan penuh dalam Diari malam nanti...
.
Kelakar betul masa kes Mila dan Candy terjerit jerit larikan diri ketakutan disebabkan kerana ular plastik semalam, yang kelakarnya Cikgu Linda juga takut rupanya! Dan kalau korang nak tahu apa yang ada dalam beg Abang Roslan, hehehe ... Beg tu penuh dengan ular plastik! Kesian budak perempuan... Si Heliza pula, aku tak paham, sekejap takut sekejap dia pulak yang mengusik. Yang mana satu ni Heliza? Betul betul takut atau buat buat takut untuk cukupkan forum?
.
Di akademi pagi tadi saya terkezhut dengan kehilangan dua pelajar... Kemana mereka menghilang saya sendiri tak tahu, seperti biasa, ayat propa saya: tunggu Diari malam nanti (hehehe). Jadi bila dah tinggal 3 orang saja kita nak buat apa? Segala aktiviti dan exercise yang saya rancang semua kena tukar! Boring tahap gaban siot!!! So in the end lepas habis warmups we all boraks boraks jez lah!
.
Skip this section if you don't want to be bore with me bercikgu cikgi...

Dalam pada itu ramai yang bertanya apa jenis exercise pakai 2 huruf konsonan yang saya guna tu? Ianya adalah exercise warmups untuk vokal, artikulasi, diction and enounciation (betul ke ejaan aku ni?) dalam sebutan. Gunanya ialah untuk mendapat kan ketepatan dan kejelasan dalam sebutan.
.
Bila kita dipentas, banyak bunyi yang akan hilang bila kita salurkan suara melalui microphone lebih lebih lagi akan konsonan terakhir dalam perkataan, contoh : 'Tepat' yang biasa bila disebut akan berbunyi 'Tepa' with a silent T bilamana yang sepatutnya berbunyi 'TepaTh' dengan emphasize pada huruf T yang berbunyi Th/Teh. Masaalah berlaku terutama dalam Bahasa Inggeris. Jadi modul exercise yang boleh digunakan ialah: kalau Konsonan yang dipilih ialah T dan B, tambah huruf vokal A,E,I,O dan U diantara T dan B, kita buat:

.
  1. TaB, TeB, TiB, ToB, TuB (disebut Tabbe Tebbe Tibbe Tobbe TubBeh, sebab bunyi B ialah Bh/Beh) disebut selaju yang boleh tanpa hilang bunyi konsonan akhir.
  2. Selepas itu kita buat terbalik, BaT, BeT... (bunyinya batte bette ...).
  3. kemudian BTa, Bte ... (bunyinya BeTTa, BeTTe...)
  4. diakhiri dengan TBa, TBe dan seterusnya (berbunyi TeBBa, TeBBi ...)

Faham? Tak faham? takpe, buat buat paham saje lah... :p

Warmups ini bagus untuk suara dan kejelasan pertuturan... Bila sudah biasa, secara automatic bunyi konsonan akhir itu tidak akan hilang dan nyanyian akan jadi jelas.

Amacam? boring tak section saya bercikgu-cikgi tu? saya pun boring membacanya sendiri... tapi orang bertanya, kita menjawab hehehe...
.
Ok lah... Sampai disini saja saya nak merapu. Sekarang saya nak tanya... Siapakah yang layak ambil tempat Abang Aznil jika ada musim 6 (eh eh! lari dari topik asal) dan kalau boleh nyatakan kenapa...

15 comments:

Suhaila MS said...

uwaaaa.....nak abg aznil jugaaaaa...nak abg aznil gak.....nak jugakkk...tak kiraaaaa......

abg chedd, bg eyla la....belum ada yg setanding beliau lah utk jadi pengacara af nie...

tp... belum cuba belum tahu kan... ntah lah....

(^_^)v

Anonymous said...

Abg Aznil forever...
Yg hilang tu Mila n Ebi kan??

Anonymous said...

banyak sangat borak diari menjelang final ni. astro spt taknak siar finalist prektis lagu. can we have less asrul in diari, i find him very irritating esp cara dia threat students tu, tak berhemah langsung.

i like your explanation about the vowel.

Chedd eddie Yusoff said...

kenapa kamu cakap mila dengan ebi? apa bukti kamu?

Anonymous said...

chedd....my missing tu aswad ngan heliza kan...g klinik salam buat follow up...dlm diari semlm ke bila ntah aswad ada sebut dia kena g semula ke klinik utk follow up..

Anonymous said...

Betul ke?
Dengar khabar berita jer..sbb diorang kan dpt 4 lampu biru ntuk lagu My Heart tu..hehe..

Anonymous said...

ooooooo....mungkin virgogirl betul....mila n ebi dpt kuar sebab dpt 4 lampu biru masa konsert ke 9 aritu...

sapa betul ni chedd??

:-)

Chedd eddie Yusoff said...

hahahaha... korang ni kelakar lah... tunggu je lah 1 jam lebih nanti terjawab sudah hehehe....

Anonymous said...

yang mungkin ganti abang aznil..harap2 din beramboi...sebab dia kelakar...har..har..harun..harun salim bachik pun boleh jugak..salleh yaacob...habislah akademi fantasia..huhuh

Anonymous said...

I'm rite!! hehe..
I owe myself AFUNDI SAKAN MILA 13736 tekan 12..

Chedd eddie Yusoff said...

hahahaha! tahniah! hadiahnya, ketuk ketampi 10 kali sambil kamu AFundi Mila

FΛRΛH said...

bg je la jimmy shanley..
ganti abg aznil..
dia pun blh thn gak..
he!he!
aduh..bosan btl diari minggu ni..
sbb penyeri af dh terkuar..
klu x dpt tgk shawal wat lawak..
gud luck to all finalist

Anonymous said...

hmmm....aku suka gak kalo Jimmy Shanley Yezza jadik replacement Aznil..

chedd, tiket takdak kaa? nanti aku try mintak dgn Muss...

Anonymous said...

can imagine your sessi borak dgn 3 pelajar tertinggal tu pun can be boring kan? tu lahhhh bila jari menjadi juri, correction, bila jari (yang tak disambung ke otak) menjadi juri ...heheheh betul ke ni? akhirnya helizaaaaaa....admit dalam sesi borak dgn raimee, i have noticed this dah lamaaa, was quite obvious

shopaholic and friends said...

weih aku nak tgk your play lah. when is it gonna be? can get free tix not? heheh takpa takpa..aku bayaq pun ok. give me more info k.

Related Posts with Thumbnails