Tuesday, May 15, 2007

about Akademi Fantasia dan Sejarah...

Apa aku nak cerita kat kengkawan semua hari ini? hmmm... oh ya, jangan lupa untuk nonton Diari malam nanti kerana si Mila dan Si Candy terkezhut ketakutan ... kenapa? tak boleh bagi tahu... surprise tapi saya bagi clue... "getah" ( aik?! macam cicak-man pula)
.
Nampaknya kelima lima mereka tak sabar nak menunggu hari final... selepas sarapan mereka diberi tugasan oleh askrul... tugasan apa? tugasan mengira... eh eh! sejak bila askrul jadi cikgu matematik? hari ini, para pelajar bakal menerima seorang lagi tetamu VIP. siapa? nantikan malam nanti
.
Sedar tak sedar, sudah masuk minggu kesepuluh anda dan saya bersama Akademi Fantasia. Saya sendiri tidak sangka yang saya boleh terlibat secara langsung dalam Musim kali ini (macam tak percaya saja) terima kasih Abang Lan, Cikgu Syafi, Azean , Bob dan Khairul(s) tidak lupa juga krew krew produksi Diari yang begitu happening dan sporting kerana memberi kepercayaan kepada saya. dan sedar tak sedar, musim kali ini banyak mencipta sejarah! ini sedikit sebanyak sejarah musim kelima (betulkan saya jika saya salah):

  • paling ramai peserta yang terus masuk kedalam Akademi (16 tanpa konsert prelude)
  • penyingkiran pada minggu pertama (Diya)
  • pertama kali ada penarikan diri (zana)
  • pertama kali melibatkan kes polis (Zana dan Bloggers diugut)
  • penyingkiran 3 pelajar sekaligus (noni, farha dan fatin)
  • pertama kali diadakan debat (live hari Khamis)
  • pertama kali sessi raptai ditayang secara extensive dalam diari (hari Ahad)
  • pertama kali pelajar yang masih didalam akademi menjadi cover majalah bukan rasmi AKSI. (dafi - URTV)
  • para pelajar lelaki yang rata rata nya tinggi lonjong ( semua melebihi ketinggian 5'6")
  • paling banyak kes keluar masuk hospital (banyak sangat untuk ditulis, patut tukar nama Akademi Fantasia kepada Hospital Fantasia hahaha)
  • musim terakhir abang Aznil ((diumumkan minggu ke8)
  • pertama kali peratusan undi disiar berkali kali semasa konsert (minggu 9)
  • pengkritik tetap (kak Jee, Abg Hattan dan Kak Ogy)
  • Sistem lampu biru (permarkahan dari pengkritik)
  • pertama kali para pelajar tak tau langsung akan peratus kedudukan AFundi (thanks to eyLa)
  • Menteri masuk Akademi! (Dato' Seri Azalina) (thanks Amelia)
  • Pertama kali penonton dewan dihadiahkan TV Plasma 42 inci (hehe) thanks Mai dari Brunei
  • Pertama kali pelajar dibenarkan keluar bertemu peminat sebelum habis belajar (Hari Belia di Bukit Jalil Ahad lalu)
  • Pelajar wanita lebih ramai di konsert akhir (Mila, Candy dan Heliza)
Dan mungkin juara wanita pertama (insyaallah fuh kiri fuh kanan. amin) hahahaha... banyak lagi sejarah yang dicipta pada musim kali ini... kalau anda rasa ada lagi yang saya tertinggal, sila post kat comment dibawah. tak sabar nak tunggu Sabtu.

updated 5.43pm :: baca koleksi comments dibawah... ada banyak lagi tambahan baru

19 comments:

Suhaila MS said...

asalamualaikum abg chedd,

hehe... nak tambah skit...

• pertama kali para pelajar tak tau langsung akan peratus mereka....dr mggu 1st sampai sekarang

tu je kot tertinggal....

ape pun bes dpt tgk abg chedd kat diari. memulakan, dulu 1st diari org mcm pernah tgk je abg chedd nie...pk nye pk...baru teringat abg nie pernah masuk audition...finalis lg tuh...heheh....

Niway...next season hope abg chedd still jadi tenaga pengajar d af k...

(^_^)v

p/s: miss shawal.... kim salam die k if jumpe die. always sokong beliau...huhuhuh

Amelia said...

mia nak tambah sket..hehe...

frist time ade kunjungan VVIP~ hhehee....menteri belia dan sukan. ^_^ tu je kut...

abg chedd...send my regard to the gang of finalist yah! take care

EDDY PURNAMA said...

wasnt nora given the boot in the first concert in AF4?

love your rantings bro.....enjoyed your performance in PGL and you have moved on so much since audition...

Anonymous said...

hehehhe...nak sambung gak...

* pertama kali dlm sejarah af pelajar duduk je tgk rakan2 lain perform ( aswad di konsert ke 9)

* pertama kali pelajar2 membuat persembahan secara duet di konsert mingguan (konsert minggu ke 9)

* pertama kali VVIP melawat akademi (menteri Belia & sukan)

* pertama kali pelajar yg mendapat undian tertinggi di konsert mingguan dan selepas itu yg mendapat 4 lampu biru di beri hadiah

* pertama kali pelajar yg menyambut hari jadi di dalam akademi mendapat hadiah hari jadi yg begitu mahal dari astro (candy mendapat gitar fender hello kitty berwarna pink yg disampaikan oleh sham kamikaze)

* pertama kali pelajar bertudung ke konsert final af

* Dan yg akhir sekali....PERTAMA KALI PESERTA WANITA MENJUARAI AF!!!! Aameen....hehehe

Chedd eddie Yusoff said...

terima kasih sumua...


mengenai nora tu hmmm tak pasti pula saya... tapi musim kali ini pendedahan untuk pelajar pertama disingkirkan cuma seminggu.

eddy purnama, anda enjoy PGLm? tunggu URMI bulan enam dan satu lagi Muzikal pada musim raya nanti... tak boleh habaq sebab masih rahsia...

Anonymous said...

Yo Chedd.. Wers Sherry (RA) kenapa lama tak nampak kat diary?

Chedd eddie Yusoff said...

yo harman! banyak tu hahahaha macam mana aku nak add dalam post tu... biar diaorang baca kat sini je lah ya!... thanks harman

dear anonymous, sherry minta berenti sebab dia kan peguam, tentu banyak kerja dan dengar kata dia nak exam juga bulan depan.

Suhaila MS said...

rindu ngan kak sherry gak.... hiks.. kak sherry bes.

final nanti die dtg tak?

p/s: teringat lagu yg farha buat khas utk kak sherry dulu tuh... huhuhuh

(^_^)v

Anonymous said...

yes, kirimkan salam saya pun ke Shawal kalau u jumpa dia. Dah ade gf rupanya mamat tu.patutlah......

Anonymous said...

hye abg chedd..seronok tgk class abg dlm diary..nnt kem slm ebi yerp...

Anonymous said...

abg chedd..tlg kem slm kt ebi..
anyway..enjoy tgk class abg dlm diary..

Anonymous said...

chedd

dah masuk diary hari ke 3.,...sangat membosankan
apsal yerk
even your class pun dha nampak boring sikit
suh la derang edit part2 yg best sikit

TeacherNunu said...

he he hee...best tul entry ni..apa lagi erk..

pertama kali ada pelajar af yang rambut afro(eh tul ke eja nie)..tapi saya suka sama ebiiiiiiiiiiii...cute and charming sgt..kim salam dia le :)

Anonymous said...

abang chedd,

sorry menyampuk kejap.

walaupun duk jauh oversea tapi saya mengikuti AF dari stu sampai AF5.

nanti boleh tak kirim salam kat Heliza, Shawal, ebi dan Mila.

suka tgk Mila dan Heliza.

salam dari perantauan,
shazaLA

Anonymous said...

dan yang paling penting...

*pertama kali diadakan "kelas yang pelik" iaitu kelas Chedd kita...hahahahahahahahaaaaaa...

aku dulu pOn heran ape kebender laa yang Chedd ajar, but i learnt and enjoyed while watching it...

cayalah bang!!!!!

Anonymous said...

chedd.....
my pleasure :)

nuu_ol......
dulu fitri af2 pun pakai wig afro gak...lepas konsert tu terus kena singkir..hehe...nasib baik ebi tak tersingkir!! hehehe

Anonymous said...

hye abg chedd

seronok tgk kelas abg ched, ada je aktvt yang best2..hehe..
anyway kim salam kat diorg yek...
hopefully termakbul la doa ada pompuan yang menang af kali ni...

lien

niesa said...

Hi Ched...

saya suka tengok kelas yang dikendalikan oleh Ched..best ler..

LAgi sejarah dlm AF5....saya adalah peminat AF dari dulu lagi dan tak pernah miss diary.. tapi sekarang, dah tak tengok diary lagi sejak Noni, Dekna, Rizal,emm Shawal terkeluar... tak ceria langsung .. nasib baik MIla masih ada kat situ.. tengok ler sekali-sekala waktu iklan kat chnl 9..

Lagik satu.. tahun ni saya tak mengafundi langsung.... nobody layak utk di undi... except MILa...

Anonymous said...

rasa2 ada lagi la chedd.....hehe

* pertama kali pelajar af di masukkan ke hospital

* pertama kali pelajar2 berebut2 lagu tugasan untuk konsert mingguan (sampai gaduh2! hihi)

ermmm...tu je kot...kalau ada lg nanti kita tambah :)

Related Posts with Thumbnails