Wednesday, May 30, 2007

about Dina and tawaf around KL again...

Eh Eh... apasal si Heliza dengan Candy mata terbeliak begini? hmmm kita cerita kemudian kemudian ya sebelum tu saya nak cerita perihal hari ini...

Alamak aih, letih berbenor, hari ini saya tawaf KL lagi, mula kerja dari pukul satu buat voice over di PJ, abis je terus rush to ampang for a vocal class
.
Habis vocal class rush to Dutamas for Urmi/Tempest punya rehearsal, punyalah rushing nearly got into an accident today, nasib baik sempat brake, kalau tak nahas juga sebab kereta depan buat emergency brake, aku tengah happy happy dengar lagu Kau Telefon lagi nyanyian Kaer, nasib baik aku alert kalau tak hancur kereta aku...Anyway, happy with the rehearsal progress today, things really are picking up with the rehearsal. Can't wait to go on stage...
.
Habis rehearsal di Dutamas rush ke Astro pulak buat voice over lagi, pertama kali guna Smart Tunnel ... Takut babe panjang nak mampus terowong tu. Seram
.
Sampai astro jumpa Opie dan Din Beramboi pun buat Voice over gaks, kelakar betul diaorang berdua ni...
.
Habis di Astro terus rush (lupa yang aku nearly got into an accident earlier, masih rushing ish ish ish) to Damansara Utama untuk shooting video clip baru Dina (Malaysian Idol) untuk single baru dia yang tengah meletop latup tu, Malu Tapi Mahu. It was fun! Lama tak jumpa, hanya SMS je. Bila lama tak jumpa, apalagi, havoc la bila jumpa... hehehe ... Siap berdangdut lagi hehehe . DJ Uno dan Alif (OIAM) pun ada sekali.
.
It's going to be a fun video sebab lagu tu pun fun gila (1st time saya mendengarnya terus suka) Lagu single baru Dina ini best, berkonsep Mistikal Pop/R&B ditulis oleh Audi Mok dan lirik oleh NurFatima. Malu tapi Mahu kini ditangga 2 carta Xfresh dan 18 di hotFM. Album penuh akan keluar hujung tahun tapi video clip Malu Tapi Mahu mungkin dalam 3 minggu lagi kot. Good luck girl... (wa tabik lu babe, duit sendiri!)
.
Berbalik kepada topik diawal post ini, kenapa mata si Heliza dengan candy besar terkezhut begitu? ish ish ish... terkejut rupanya sebab gambo gambo mereka keluar kat internet kot (hehehe) kalau nak tengok gambar mereka, aswad, mila dan ebi boleh tengok album tu kat multiply.
.
Ok. Letih . Review album Kaer belum start pun lagi hahaha. Tunggu ...

Tuesday, May 29, 2007

about kerazi ferog... hahahaha

while waiting for my review enjoy this... (kepado ye pehe loghak kelate, sure suko gilo ) hahaha wonder who is the creator... kreatif giler... hahaha


Monday, May 28, 2007

about mesti...

Recently I got myself Kaer Azami's debut album 'Menjelma' and truly enjoying it, so I thought, maybe I should mula reviewing again.

Some of you might still remember my reviewing days back in 2001-2004 when I used to heavily review gadgets and tech-stuffs for an online tech user-forum cum portal and decided to stop writing since I jumped into this entertainment business...

Now I think I should start writing reviews again since Kaer's album is a job well done and he deserves some praises for his patience and money spent. (also because I need you all to keep on coming back here since AF5 dah abis kan... Am not going to lie, that's the truth ... hehehe)

Mind my language if sometimes a bit kasar dan pasar as I like to make it as santai as possible.

If you've notice all my blogs all starts with the title 'about...' lets start a new one... 'mesti..." or 'must...' so, from now on, if my blog starts with 'about ...', that means saya bercerita seperti biasa and if my blog starts with 'Mesti/must...' (ie: mesti beli, must watch... Etc) that means the blog is a review. Please take note that all and upcoming reviews are all solely based on my own personal views. If u think otherwise please be my guest to leave comment/s ok? Reviews will be either in malay or english... Chinese and french reviews kena tunggu kucing bertanduk, baru ada... Hehehe

Ok, Kaer's album review will be menjelma in one or two more days. Stay tune...

about My Name Is Remy dan Tiara

Kerana sibuk dengan keluarga yang berkunjung beberapa hari yang lepas ini, saya overlooked akan beberapa updates yang keluar di dada akhbar minggu lepas mengenai Muzikal terbaru Enfiniti, My Name Is Remy berikut adalah beberapa petikan dari naskah yang keluar diakhbar harian Malaysia. klik pada tajuk berita untuk membaca berita sepenuhnya :

P. Ramlee musical for Tiara

...“It fits in with Enfiniti’s audience and goal to create something for everybody, and everybody loves P. Ramlee.”

The musical will be written by actor Adlin Aman Ramlie, the scriptwriter for Puteri Gunung Ledang: The Musical, who intends to present a different side of the legendary artiste.

“A lot has been written about him already; we want to go deeper,” said Adlin. “In particular, we want to look at the women in his life and all the girls who had inspired him.”..

Teater Muzikal My Name Is Remy ‘tribute’ buat P Ramlee
Oleh Zul Husni Abdul Hamid

...My Name Is Remy tidak lagi memperkatakan mengenai hasil karya yang sudah terlalu kerap dimasyhurkan, sebaliknya ia cuba membawa khalayak untuk mendekati sisi berbeza dengan membongkar insan yang memberi inspirasi dalam hidupnya.

“Ia adalah proses yang menyukarkan kerana saya perlu mengimbangi antara aspek penceritaan tetapi pada masa sama mengangkat hasil terbaik karya Allahyarham. Ia memberikan cabaran paling besar dalam menghasilkan skrip My Name Is Remy...

Bintang: Tiara pentaskan kisah P Ramlee
Oleh Rudy Imran Shamsudin

...“Mengapa saya memilih P Ramlee? Alasan terbaik saya ialah dalam berkarya saya menilai P Ramlee sebagai simbol perpaduan terbaik. Tanyalah kepada pelbagai kaum atau keturunan di tanah air kita mengenai P Ramlee atau karyanya pasti mereka tahu. Malah anak kecil yang lahir selepas ketiadaan P Ramlee pun kenal siapa beliau,” katanya...

about fan clubs...

berikut adalah senarai terbaru adik adik AF5 punya Fan Club ada yang telahpun saya beritahu earlier dan selebihnya adalah dipetik dari SultanMuzaffar

Mila
Ebi
Aswad
Heliza : FC
Candy
Shawal
Dafi : FC
Aizat
Rizal
Dekna
Noni
Farha
Fatin
Afiq
Diya



Sunday, May 27, 2007

about malam sabtu yang pelik...

Petang tadi saya terima sms dari SM, "apa nak buat malam ini, Boring plak"... yup... inilah sindrom awal sejenis penyakit ... bagi sesetengah orang, ini penyakit baru, bagi some people, dah lima musim kena penyakit ini... sakit 'rindu' AF. hehehe... selalunya malam malam sabtu begini mesti kami semua sibuk di konsert AF, tapi malam tadi macam pelik sikit sebab AF dah takde... nasib baik my family was around, at least my otak yang tengah missing AF terpelencong dengan melayan kerenah keluarga yang ramai.. tetapi tetap pelik rasanya...arghh boringnya AF dah habis... bagaimana dengan malam sabtu anda semua.

Friday, May 25, 2007

about colors of malaysia... Updated!

Temui artis artis AF5 di pelancaran Warna Warna Malaysia/ Colors Of Malaysia 2007 di Putrajaya esok.

Acara bermula dari jam 6.30 petang hingga lewat malam bertempat di Boulevard Putrajaya. Adik adik AF5 bakal menghiburkan para tetamu dimalam pelancaran yang bakal di sempurnakan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi.

Keterangan lanjut boleh didapati disini

UPDATE! kalau anda mahu lihat EyLa's photos of shawal and adik adik AF5 di acara ini, klik sini

about URMI/tempest in theStar today...

An article about the project i am in featured in theStar today :

Shakespeare with an Asian flavour
By DEBBIE CHAN

SHAKESPEARE’S The Tempest allows imaginations to run wild as its isolated settings can be applied in almost any situation. With that in mind, director Sabera Shaik decided to give the famous play a touch of Asian perspective by producing it in a Balinese ambiance.

Inspired by the mysticism of Bali that revolves around spirits, black magic and superstition, Sabera feels that the theme of freedom struggles fit perfectly into Bali’s culture. The unique construction of the play required a different movement vocabulary to be learnt by the cast picked by Sabera based on their ability to move.

Part of the actors from left standing: Chedd Yusoff, Soon Heng, Annantha, Samantha Schubert, Manomaniam, Guna and seated from left Gani A.Karim, Syed Mustapha (choreographer), Kerry and Sam.

“I wanted to work with people whom I’ve seen performing and allow them to try something different,” she said.

For lead actress Samantha Schubert, this is the second time that she has performed in The Tempest. The Balinese approach is new to her. “It made me realise that I can still dance and I had to use muscles that I have not used before. The Balinese approach makes the play very fluid,” she said.

For Sabera, who started planning the play one year ago, other than learning the Balinese movements, getting funding was also a challenge. “We are still looking for sponsors to help support this interesting production.”

“The colourful, thought provoking perspective set here in a multicultural environment is a real winner. The show also entertains in terms of a wide spectrum, costumes, set design and music specifically composed by RPS Raju,” said Gani.

The show, which is a production of Sabera’s theatre company Masakini, is presented in collaboration with the Ministry of Culture, Arts and Heritage and will be staged at Istana Budaya from June 9 to 16. The gala night opening is on June 11.

For tickets, call 03-4149 8600 or 03-4026 5558 or visit ticket2u.biz. Students and senior citizens get a concession rate.

The article above has been edited, to view the full text click here with more photos.

So, tunggu apa lagi? jom tengok ramai ramai ok? And if you would like to read the full text click here or get a copy of theStar today. put URMI into your calendar and make a date with us ok? it will be an audio visual spectacle experience, i promise you. MORE info coming soon.

Thursday, May 24, 2007

about dekna, fatin dan rizal...

I went out with Dekna and Fatin recently... saja, belanja adik adik aku makan makan kat Hartamas Square...makan tomyam, seronok tengok adik aku yang dua orang ini layan jelingan mata peminat ... penuh orang kat situ masa itu. Tujuan saya bertemu kerana saya rindu, lama tak bertanya khabar, inilah kali pertama saya bertemu mereka selepas mereka terkeluar kerana masing masing busy. they look happy, masing masing sibuk mentelaah lagu semasa makan sebab masing masing ada show masing masing, alhamdulliah sebab mereka ada kerja juga walau terkeluar lebih awal.
.
Dekna sekarang makin meletup katanya, baru last week perform dengan Mawi, ada lagi dinner dinner show yang dia dapat dan banyak betul cerita dia keluar paper... kebanyakannya pasal bab dia dengan rizal. kesian Dekna, semua orang nak bertanya sama ada betul atau tidak cerita dia dan Rizal bercinta... Saya juga bertanya khabar Fazli (tunang Dekna) dia jawab semua OK. Dia dan Rizal memang tidak lebih dari kawan. kalau kengkawan nak tau, dia dan Rizal tak lebih dari kawan seAkademi.
.
Bertanya pasal website/fanblog, Dekna dan Fatin kata ada juga mereka membaca tetapi tidak tahu nak baca yang mana satu sebab banyak sangat... selalunya mereka baca yang dilaman rasmi dan cari.com.my Oklah sampai disini dulu sebab hari ini saya ada interview with Malay Mail for URMI/Tempest, naskah terakhir Shakepeare yang diadaptasikan ke pulau Bali dan bakal dipentaskan di Istana Budaya 9th till 17th June .

tiga teruna cute (hahaha perasan)
Dan kepada peminat Rizal, ini pula gambar saya, Rizal dan peminat Mila, Jasmirizal Dean yang kami ambil di stadium Putra Bukit Jalil semasa Konsert Final AF5 yang lepas. kenapa kami buat muka camtu? hehehe... sebab saya suruh lah ala ala kelas permanasan saya pagi pagi diAkedemi... rindulah pulok... kalau anda ada gambar gambar kami, boleh emailkan kepada saya tak?



Tuesday, May 22, 2007

about burger ohm dan FC AF5...

Had the pleasure of having dinner with the kids recently. Inilah kali pertama saya bertemu mereka selepas mereka keluar, kenapa? sebab masing masing busy sangat dengan kerja, apa apa sekalipun bila saya tanya komen mereka tentang juara baru, mereka suka dan restui kemenangan Mila.
.
So malam Ahad lepas kami mengambil peluang masa terluang yang ada untuk finally keluar makan dan berborak. Shawal, Dafi, Afiq , Aizat dan abangnya Amir (Amir inilah yang panggil saya Raimee masa waktu konsert dulu) baru sahaja balik dari membuat lawatan akhir ke kawasan Akademi telah singgah dikawasan saya dan kami pergi makan makan di Rainforest, One Utama. Hajat dihati saya nak belanja mereka tapi adik adik saya ini murah hati sangat sebab bila bil datang mereka berebut nak bayar sebagai terima kasih dari mereka kepada saya. saya mula mula tak nak mereka bayar sebab saya janji saya nak belanja, tetapi akhirnya saya terpaksa terima murah hati mereka itu sebagai hadiah hari lahir dari mereka kepada saya. (nanti kita makan kat kadir abang belanja ok boys?)
.
Habis makan di One Utama, kami gerak ke Burger Ohm Ampang sebab nak jumpa cikgu Linda Jasmine pulak. dengan cikgu Linda best sebab dia ni lain macam sikit... nampak garang tapi rupa rupanya pelik perangai macam comel pulak hehehe. Dalam dok berborak makan burger, dapat panggilan dari Aswad yang sudah rindu dengan kami...
.
Saya sempat bertanya kepada mereka yang mana satu laman web rasmi mereka kerana banyak betul yang berada di internet? dan ini adalah list yang mereka beritahu saya. Shawal pula terlupa url bagi laman web rasmi dia dan akan cuba update secepat mungkin.

Afiq :: http://www.afiqfc.com
Aizat :: http://www.kasigegar.com
Aswad :: http://www.aswadfrenzy.com
Dafi :: http://www.dafi-fc.com
Shawal :: http://shawal-af5.blogspot.com

dan ini link lain/fan blog yang belum saya dapat confirmation dari tuan punya badan dan juga fan Blog yang ada tapi nampak best (mesti klik)

Mila :: http://www.milawazzup.com
Ebi :: http://www.ebikornelis.com
Noni :: http://noniaf5.blogsome.com, http://nonifc.com
Candy :: http://candyaf5.blogsome.com
Heliza :: http://www.heliza.com
ok ini dia gambo gambo mereka : enjoyz ...




Sunday, May 20, 2007

about final class...

Pagi ini merupakan hari pertama dalam sepanjang 10 minggu saya bersama Akademi Fantasia, saya hadir di Akademi pada hari Ahad kerana kebiasaannya hari Ahad saya selalunya menjalani sessi latihan untuk URMI/tempest. Yang hadir pagi tadi ialah, Dr Luv, Sir Najmi, Cikgu Fatimah, Cikgu Syafi, Abang Adnan dan Abang Lan yang hadir seketika untuk menjemput Mila ke Debat AF.
.
Acara pagi ini santai dimana ada sessi mendera pelajar dan trainers didera! jangan lupa nonton AF Special malam nanti. juga pelajar dibawa keliling Akademi untuk sessi Le Tour De Akademi. juga sessi hadiah dari pelajar kepada kami dan macam macam lagi.
.
Kesemua salam anda sudah saya sampaikan kepada mereka pagi ini dan kesemuanya mengucapkan terima kasih kepada yang mengirim salam. kepada yang sms kepada saya suruh kirim salam juga sudah saya tunjukkan (buat pertama) kali sms tersebut kepada mereka. mereka sungguh gembira membaca sms sms tersebut dan semuanya kirim salam sayang kepada anda dengan ucapan berbanyak terima kasih kerana menyokong mereka.
.
sambil sambil tu sila baca ulasan akhir sultan Muzaffar kat sini
dan kalau anda mahu lihat gambar sensasi serta coverage exclusive sekitar konsert akhir sila ke Budiey's Sensasi Selebriti
inilah lubang camera bilik R&R, Kecilnya! (titik hitam di tanda anak panah merah)


candy dan abang adnan cuba buat lagu dan lirik sendiri. (sessi akhir mereka)


mila, candy (tersorok), aswad dan Heliza bersama krew krew Diari yang sporting giler


Cikgu fatimah dan Cikgu syafi borak borak dengan pelajar. Cikgu syafi asyik dengan handphone dan camera... hehehe


krew diari dan cameramen (yang paling ramai dalam sesuatu produksi) dengan aswad dan Ebi . LINE CLEAR!


saya dan EBI, rileks...


aswad line clear dengan saya dalam pose terakhir di Akademi

about ...MILA!


MILA MILA MILA!!! YEAH

Finally, female champion for Akademi fantasia... Mila is the proof that TALENT still is the main factor... as Mawi is still on top, having MILA sebagai juara baru paling tidak dapat memberi nafas baru kepada Akademi Fantasia kerana kita tidak boleh menyamakan atau compare Mawi dengan Juara baru yang sememangnya bukan seorang lelaki paling tidak inilah musim tergempak and must i say what a night it has been. congrats MILA, Ebi, Aswad, Heliza dan Candy. and also the rest of my kids.

Congrats to my kids, i am so proud of all of you... jangan lepas ni sombong dengan abang chedd ok! lepas ni saya akan rindu untuk blog mengenai AF namun saya tetap akan updatekan perkembangan terbaru bintang bintang baru AF disini. Terima kasih kerana menjadi pembaca setia namum begitu, jenguk jenguklah saya disini kerana saya tetap akan bercerita macam macam dan yang pelik pelik disini. terima kasih dan singgahlah disini selalu kerana saya tidak akan tinggalkan anda ...

Mila juara wanita pertama Akademi Fantasia setelah 5 musim program realiti pencarian bakat nyanyian tersebut bertakhta di hati rakyat Malaysia. Mila telah berjaya memperolehi 32% undian SMS.

Berbekalkan lagu Persis Mutiara & Cinta Pura-Pura, Mila membawa pulang hadiah bernilai RM400,000 termasuklah sebuah kondominium D Savoy Condo Park tajaan A Farmosa Resort, sebuah kereta Toyota VIOS, wang tunai RM20,000 tajaan Hotlink, pakej percutian ke Gold Coast Australia, sijil simpanan premium tajaan BSN, dan sebuah trofi emas.

Sementara itu, Ebi yang berasal dari Kota Kinabalu, Sabah muncul sebagai Naib Juara dan membawa pulang hadiah bernilai RM97,000 serta sebuah trofi piuter. Ebi memperolehi 26% undian SMS.

Tempat Ketiga pula digondol oleh Aswad yang berasal dari Pulau Pinang dan membawa pulang hadiah bernilai RM13,000 serta sebuah trofi piuter. Aswad memperolehi 21% undian SMS.

Finalis lain yang turut berjaya ialah Heliza dari Kuala Terengganu memperolehi 11% undian SMS untuk Tempat Keempat dan Candy dari Tambunan memperolehi 9% undian SMS untuk Tempat Kelima.
dipetik dari laman web rasmi Akademi Fantasia 5
gambar asal dari SultanMuzaffar/ Astro

Saturday, May 19, 2007

about "I'm not Ramlee, My Name Is Remy"...

We had a blast last night at the PGLm appreciation party held on the Pamper Flr, Starhill Bukit Bintang. The press, Zahim (came late after his stage play), Adlin, Pat, Baby, Megat, Noreen, Suki, Fern, Nadia and Zana (Luscious), Trez Boy (Equal Starz), Isma, Asrul (SuriaFM) were all there celebrating but what was more important yesterday was the announcement By Tiara about the next big project by Enfiniti Production!

As I hinted somewhere here before, She's taking a break from being the puteri of Gunung Ledang to produce another big scale musical based on the life of our late Seniman, Tan Sri P.Ramlee with a working title My Name Is Remy (previously known as P.Ramlee The Musical)

Back on board with Datin Seri Tiara is Pat Ibrahim (choreography). Zahim and Adlin (Co-Director and Adlin will be writting the script again), Dick Lee (Music) and perhaps the same creative team for PGLm will be making this new Musical another big success. I heard that this piece will be an ensemble peace and according to Pat who have heard some songs written by Dick Lee, it going to be a blast!

Why My Name Is Remy? well, Remy as some of you might know already is Tan Sri P.Ramlee's nickname. Work is on-going and workshop will be soon. keep a look out at this spacce for further announcements. Staging is planned for this year's Raya season.

ok... nak pergi kerja kejap, the top 5 Finalist of AF nak perform kali terakhir malam ini. i am going over to the Akademi now to do their warm-ups. these photos are some that i took last night but i am still waiting for more from the rest of them, go to my multiply so see some of the uploded photos that i have posted, ada banyak lagi kat situ...

This is an update from this morning session with the AF5 Finalist, they said they are all ready to rock stadium Putra Bukit Jalil and hope to give their best tonight, insyaallah. Jangan lupa sapa yang ada tiket datang awal sebab ada Karnival Akademi Fantasia diperkarangan Stadium bermula jam 2 dan yang tiada tiket atau tak dapat datang jangan lupa menonton live malam nanti.

Tetapi, jangan lupa AFundi!

ps: siapa juara baru AF5? jawapannya malam nanti dan saya terkhezut dengan penyingkiran Melinda Doolittle on American idol...

orang kuat stage kami, SM and ASM Pat Gui and Midon

Pat T Ibrahim , Baby Arin, Nadia and Zana (Lucious) di apit oleh Boy Trez (Equal Starz)

Antara wartawan hiburan yang hadir malam semalam

Tiara dan Adlin di sessi "Soal Siasat" PGLm dan My Name Is Remy

Datin Seri Tiara ketika mengumumkan projek terbaru My Name Is Remy

More photos at sheowfern aka FernTimah at Multiply

Friday, May 18, 2007

about today is friday, 2moro... final!

Sorry hari ini lambat sikit mengBlog, baru balik Friday prayer. This morning was the best for me... why? Today must have been the only day that i really spend the longest time with them... selalunya saya akan terus tinggalkan Akademi after my session but today i stayed on because Askrul wanted us all to lepak lepak dan teman budak budak ini semua... i was there, Sir Najmi was there to show supports, Dr love too and Abang Adnan gave extra session with the finalist... final touches i would say to their singing...
.
They are getting ready for you, are you ready for them? As i am blogging this, the 2 boys would have return back from sembahyang jumaat and getting ready to go to rehearsal. wishing them all the best and break a leg guys!
.
But what happen in the Diary yesterday? As you all would notice yesterday saw the most number of pengunjung khas, pencipta lagu dan lirik datang untuk memberi nasihat terakhir untuk lagu lagu mereka. beruntung finalis finalis kita semua sebab diberi perhatian sebegini. Kak Jee dan Abang Hattan juga datang untuk memberi kata semangat terakhir buat mereka.
.
Bercakap mengenai pengunjung khas, pagi Jumaat ini seorang pelajar menerima tetamu khas yang buat dia menangis... siapa? tunggu dalam diari malam nanti. oleh kerana semua sumber paratusan undi dirahsiakan , kita tak tahu kedudukan sekarang jadi sama samalah kita mengAFundi pelajar kegemaran kita supaya menang malam esok...
.
Ok, saya nak tidur petang sekejap, malam nanti ada party di StarHill dengan warga PGLm sempena kejayaan besar di BOH Cameronian Awards. nanti saya update dengan gambo ghambo ok!

Thursday, May 17, 2007

about 2 more days...

Sudah terjawab pun semalam siapa 2 budak akademi yang hilang tapi tak pula diberitahu kemana cuma telah diberi pembayangnya diakhir rancangan.... macam best sahaja aktiviti yang mereka buat tu. macam jealous pulak saya melihat aktiviti mereka. suka saya tengok betapa terujanya Mila dan Ebi...
.
Pada pagi ini sempat lagi saya menyakat si Mila dengan menanyakan kemana dia dan pergi, jadi dengan penuh semangat dia bercerita dengan siap tunjuk bukti. saya pun kacaulah kata dia tipu (hehehe jahat aku)... yang best Ebi pun join sekali menafikan apa Mila cerita... (nakal...)
.
Tak puas menyakat Mila, kitaorang menyakat si Aswad pula (sambung cerita semalam yang mana dia angkat tangan macam menang pilihanraya). Semasa warm-ups pun si Candy dan si Ebi ikut menyakat sekali dengan gaya senaman tangan didepa ala Aswad menang pilihanraya... jadi sessi pagi ini ialah sessi warm-ups dan sakat menyakat! 2 hari je lagi, kasi can lah nak menyakat adik adik AF5 ini... habis ni nanti mana boleh nak sakat dah... tentu mereka semua akan sibuk...
.
Tinggal 2 hari lagi, juara baru Akademi Fantasia akan dinobatkan... siapa? semua tertanya tanya sebab tiada siapa yang tahu akan kedudukan undi terkini yang disorok sejak malam konsert lepas. jadi kalau anda mahu pelajar kesayangan anda menang, guna jari ok.... semalam saya habiskan RM15 untuk mengAFundi... Tetapi persoalannya... adakah mereka ini sudah bersedia? bagi lagu cover yang perlu mereka nyanyikan, saya nampak mereka bersungguh sungguh, bagaimana pula dengan single baru mereka? sudah tentunya mereka teruja untuk memberi yang terbaik kerana sudah punya single sendiri... ada sahaja masa terluang, mereka ambil/curi masa untuk berlatih... saya nampak mereka senang dengan lagu baru yang diberikan, bukan calang calang komposer dan lyricist tau! semuanya handalan belaka. Untung betul jadi pelajar AF.
.
ini dia tajuk single terbaru mereka :
.
Sinar Cinta - Ebi
: Lagu: M.Nasir Lirik Loloq
▪ Persis Mutiara - Mila
: Lagu: Ajai Lirik: Loloq
Cinta Di Lautan Lalang - Heliza
: Lagu : Aidit Alfian Lirik: Loloq
Demam - Candy
: Lagu/Lirik : Edry Abdul Halim (KRU)
Bila Mati Cinta Terhenti - Aswad
: Lagu : Razman Riza Lirik : Mukhlis Nor

Anda boleh dapatkan senarai lirik lagu lagu ini dan senarai lagu lagu lain yang bakal dipersembahkan pada konsert final Sabtu
ni di Galeri Lirik Rasmi Akademi Fantasia. Sekarang saya mahu bertanya, siapa pilihan Juara AF5 anda?

Wednesday, May 16, 2007

about 2 konsonan dan 2 budak hilang...

Ha... Sekarang baru korang tau kan, kenapa saya suruh diaorang buat lagak ski satu akademi pagi semalam. Kalau korang perhati semasa ending/end credit Diari semalam tentu anda sudah dapat teka/tahu akan kaitan Ski dan VIP yang saya blogkan semalam. Jawapan penuh dalam Diari malam nanti...
.
Kelakar betul masa kes Mila dan Candy terjerit jerit larikan diri ketakutan disebabkan kerana ular plastik semalam, yang kelakarnya Cikgu Linda juga takut rupanya! Dan kalau korang nak tahu apa yang ada dalam beg Abang Roslan, hehehe ... Beg tu penuh dengan ular plastik! Kesian budak perempuan... Si Heliza pula, aku tak paham, sekejap takut sekejap dia pulak yang mengusik. Yang mana satu ni Heliza? Betul betul takut atau buat buat takut untuk cukupkan forum?
.
Di akademi pagi tadi saya terkezhut dengan kehilangan dua pelajar... Kemana mereka menghilang saya sendiri tak tahu, seperti biasa, ayat propa saya: tunggu Diari malam nanti (hehehe). Jadi bila dah tinggal 3 orang saja kita nak buat apa? Segala aktiviti dan exercise yang saya rancang semua kena tukar! Boring tahap gaban siot!!! So in the end lepas habis warmups we all boraks boraks jez lah!
.
Skip this section if you don't want to be bore with me bercikgu cikgi...

Dalam pada itu ramai yang bertanya apa jenis exercise pakai 2 huruf konsonan yang saya guna tu? Ianya adalah exercise warmups untuk vokal, artikulasi, diction and enounciation (betul ke ejaan aku ni?) dalam sebutan. Gunanya ialah untuk mendapat kan ketepatan dan kejelasan dalam sebutan.
.
Bila kita dipentas, banyak bunyi yang akan hilang bila kita salurkan suara melalui microphone lebih lebih lagi akan konsonan terakhir dalam perkataan, contoh : 'Tepat' yang biasa bila disebut akan berbunyi 'Tepa' with a silent T bilamana yang sepatutnya berbunyi 'TepaTh' dengan emphasize pada huruf T yang berbunyi Th/Teh. Masaalah berlaku terutama dalam Bahasa Inggeris. Jadi modul exercise yang boleh digunakan ialah: kalau Konsonan yang dipilih ialah T dan B, tambah huruf vokal A,E,I,O dan U diantara T dan B, kita buat:

.
  1. TaB, TeB, TiB, ToB, TuB (disebut Tabbe Tebbe Tibbe Tobbe TubBeh, sebab bunyi B ialah Bh/Beh) disebut selaju yang boleh tanpa hilang bunyi konsonan akhir.
  2. Selepas itu kita buat terbalik, BaT, BeT... (bunyinya batte bette ...).
  3. kemudian BTa, Bte ... (bunyinya BeTTa, BeTTe...)
  4. diakhiri dengan TBa, TBe dan seterusnya (berbunyi TeBBa, TeBBi ...)

Faham? Tak faham? takpe, buat buat paham saje lah... :p

Warmups ini bagus untuk suara dan kejelasan pertuturan... Bila sudah biasa, secara automatic bunyi konsonan akhir itu tidak akan hilang dan nyanyian akan jadi jelas.

Amacam? boring tak section saya bercikgu-cikgi tu? saya pun boring membacanya sendiri... tapi orang bertanya, kita menjawab hehehe...
.
Ok lah... Sampai disini saja saya nak merapu. Sekarang saya nak tanya... Siapakah yang layak ambil tempat Abang Aznil jika ada musim 6 (eh eh! lari dari topik asal) dan kalau boleh nyatakan kenapa...

Tuesday, May 15, 2007

about Akademi Fantasia dan Sejarah...

Apa aku nak cerita kat kengkawan semua hari ini? hmmm... oh ya, jangan lupa untuk nonton Diari malam nanti kerana si Mila dan Si Candy terkezhut ketakutan ... kenapa? tak boleh bagi tahu... surprise tapi saya bagi clue... "getah" ( aik?! macam cicak-man pula)
.
Nampaknya kelima lima mereka tak sabar nak menunggu hari final... selepas sarapan mereka diberi tugasan oleh askrul... tugasan apa? tugasan mengira... eh eh! sejak bila askrul jadi cikgu matematik? hari ini, para pelajar bakal menerima seorang lagi tetamu VIP. siapa? nantikan malam nanti
.
Sedar tak sedar, sudah masuk minggu kesepuluh anda dan saya bersama Akademi Fantasia. Saya sendiri tidak sangka yang saya boleh terlibat secara langsung dalam Musim kali ini (macam tak percaya saja) terima kasih Abang Lan, Cikgu Syafi, Azean , Bob dan Khairul(s) tidak lupa juga krew krew produksi Diari yang begitu happening dan sporting kerana memberi kepercayaan kepada saya. dan sedar tak sedar, musim kali ini banyak mencipta sejarah! ini sedikit sebanyak sejarah musim kelima (betulkan saya jika saya salah):

  • paling ramai peserta yang terus masuk kedalam Akademi (16 tanpa konsert prelude)
  • penyingkiran pada minggu pertama (Diya)
  • pertama kali ada penarikan diri (zana)
  • pertama kali melibatkan kes polis (Zana dan Bloggers diugut)
  • penyingkiran 3 pelajar sekaligus (noni, farha dan fatin)
  • pertama kali diadakan debat (live hari Khamis)
  • pertama kali sessi raptai ditayang secara extensive dalam diari (hari Ahad)
  • pertama kali pelajar yang masih didalam akademi menjadi cover majalah bukan rasmi AKSI. (dafi - URTV)
  • para pelajar lelaki yang rata rata nya tinggi lonjong ( semua melebihi ketinggian 5'6")
  • paling banyak kes keluar masuk hospital (banyak sangat untuk ditulis, patut tukar nama Akademi Fantasia kepada Hospital Fantasia hahaha)
  • musim terakhir abang Aznil ((diumumkan minggu ke8)
  • pertama kali peratusan undi disiar berkali kali semasa konsert (minggu 9)
  • pengkritik tetap (kak Jee, Abg Hattan dan Kak Ogy)
  • Sistem lampu biru (permarkahan dari pengkritik)
  • pertama kali para pelajar tak tau langsung akan peratus kedudukan AFundi (thanks to eyLa)
  • Menteri masuk Akademi! (Dato' Seri Azalina) (thanks Amelia)
  • Pertama kali penonton dewan dihadiahkan TV Plasma 42 inci (hehe) thanks Mai dari Brunei
  • Pertama kali pelajar dibenarkan keluar bertemu peminat sebelum habis belajar (Hari Belia di Bukit Jalil Ahad lalu)
  • Pelajar wanita lebih ramai di konsert akhir (Mila, Candy dan Heliza)
Dan mungkin juara wanita pertama (insyaallah fuh kiri fuh kanan. amin) hahahaha... banyak lagi sejarah yang dicipta pada musim kali ini... kalau anda rasa ada lagi yang saya tertinggal, sila post kat comment dibawah. tak sabar nak tunggu Sabtu.

updated 5.43pm :: baca koleksi comments dibawah... ada banyak lagi tambahan baru

Monday, May 14, 2007

about center of gravity kak ogy...


I am not going to blog about how good last Saturday's concert was because I am sure by now, you all would know how it went by watching it live, repeats or by reading other good blogs on cyberland but i must say it was fitting to be the best yet!

What happen in my class today? kalau kengkawan semua dapat tangkap tema atau asas kritikan kak Ogy Sabtu lepas, it was Centre Of Gravity. dulu bongkar, gali, roh dan sebagainya. kalau pelajar ini peka... banyak ilmu kak ogy beri sebenarnya. So, apa itu Center Of Gravity?

center of gravity
n., pl. centers of gravity.
  1. (Abbr. CG) The point in or near a body at which the gravitational potential energy of the body is equal to that of a single particle of the same mass located at that point and through which the resultant of the gravitational forces on the component particles of the body acts.
  2. The point of greatest importance, interest, or activity:
ada paham? tak? senang je... kalau kata kita berdiri satu kaki dengan tangan macam nak terbang ala superman (tengok sessi saya pagi ini dalam AFextra)... kemana kita nak letak berat badan kita supaya kita seimbang tidak jatuh? dimana berat itu kita letak disitulah center of gravity kita. jadi pagi tadi saya ingatkan kembali kepada adik adik finalis yang lima orang ini tentang Center Of Gravity yang kak Ogy cuba sampaikan. Ingatkan?... ya saya ingatkan kembali kerana saya pernah sentuh tentang mengimbangkan diri bila berdiri dan bergerak kepada mereka dalam sessi saya yang terdahulu (walaupun saya tidak guna istilah Center Of Gravity). penting dalam persembahan? penting! kerana itu yang menampakkan kita gah dan bersedia, bertenaga di atas pentas.

Ianya juga bermaksud, keutamaan yang kita berikan kepada sesuatu persembahan itu. Mungkin ini juga yang dimaksudkan oleh kak Ogy. Dalam satu satu persembaham center of gravity itu penting untuk membawa hala tuju persembahan. Kita perlu tahu mengutamakan apa yang penting , mesej yang hendak disampaikan dalam satu satu persembahan.... kalau kita tiada benda alah ini, itu yang membuatkan sesuatu persembahan itu hambar dan jadi carca marba.
.
Jadi sessi saya pagi tadi banyak yang saya tekankan berkenaan dengan yang ini sambil sambil memanaskan badan dan vokal kerana dalam kelas saya, (seperti yang anda sudah sedia maklum yang Abang Aznil gelarkan sessi saya ini kelas pelik) boleh lah saya suruh adik adik 5 orang ini buat warm-ups vokal dengan aksi posing yang pelik pelik dalam mencari Center Of Gravity... 2 dalam 1 you! boleh warm-up vokal dan badan sekaligus... hehehe
.
Adakah mereka happy? tentu sekali kerana mereka sedar nisbah 1:16 untuk jadi juara kini sudah jadi 1:5. cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi salah seorang dari mereka bakal menjadi juara baru AF5 . Aswad masih sakit? hmmm... heliza pula... seperti biasa lepas konsert sahaja, mata bengkak kerana elergic make-up... yang lain lain agak gembira kerana masih berada dalam akademi selepas 9 konsert. Saya happy sebab mereka happy... tapi kelas boring tanpa Shawal...

Sunday, May 13, 2007

about Finalist akan keluar esok? and no more AGOGO :(

Kerisauan Shawal sepanjang minggu menjadi kenyataan bila fav boy aku terkandas hanya satu minggu shaja dari Konsert Akhir Akademi Fantasia 5. Dan AF yang cukup sinonim dengan kezhutan, buat pertama kalinya dalam sejarah menyiarkan peratusan undi terkini sepanjang berlangsungnya konsert. rata rata penonton sama rata ada yang setuju dan ada yang tidak. walaupun sedikit sebanyak cara ini dapat mengubah cara penonton mengAFUNDI. tiada lagi agogo didalam Akademi, takpe boy after this there'll be more GO GO for you. good luck bro.
.
Dan juga buat pertama kalinya dalam sejarah Akademi Fantasia, anda akan dapat peluang bertemu kelima lima fina
lis ini SEBELUM mereka tamat pengajian! jumpa Mila, Ebi, Aswad, Candy & Heliza esok di
.
Sambutan Hari Belia Negara
pada hari Ahad,
jam 10.45 pagi
di Stadium Putra Bukit Jalil.
.
pergi serbu beramai ramai! dan juga esok Dekna akan membuat persembahan bersama sama Mawi dan dengar dengar Fatin pula juga bakal berada di sambutan Hari Belia Negara membuat persembahan.
.
Kedudukan Peratus Undian Selepas Konsert 09
1. Mila 19%
2. Aswad 19%
3. Ebi 17%
4. Candy 15%
5. Heliza 15%
6. Shawal 14%


Saturday, May 12, 2007

about ... satu minggu saja lagi ...

As i said earlier... bummer if malam ini terkeluar... satu minggu saja lagi untuk ke Final. Tugasan juga berat sekali. 5 lagu kena dinyanyikan... macam Konsert Final lah pula.
.
Semalam merupakan hari yang agak berbeza untuk mereka, pertama sekali seperti yang semua sedia maklum adalah hari lahir si Candy walaupun demam, dapat gitar Fender Pink HelloKitty dari Astro disampaikan oleh Sham Kamikaze... mahal tu babe, rasa rasanya dalam RM3k ada juga tu. lepas tu Zahid pula datang bawa bubur untuk dia dan beri kejutan buat Shawal dan Candy (ko dah kurus sekarang Zahid! bagus) kemudian kalau you all perasan masa end credit Diari ada Mus buat kejutan untuk Aswad... ramai betul yang melawat mereka ni semalam.
.
Pagi tadi semasa saya kesana untuk buat sessi warm-ups, sementara menunggu budak perempuan bersiap, sempat berborak dengan Shawal dan Ebi yang bercerita tentang keluarga, Shawal ada 4 orang adik beradik dan dia paling tinggi dalam keluarga dan si Ebi anak tunggal. mereka sangat rindukan keluarga tetapi pada masa yang sama, mereka tidak mahu balik minggu ini kerana sudah hampir keFinal,. ketakutan untuk diVote out malam nanti jelas terasa. Antara masa yang paling mereka takut semasa di atas pentas bukannya masa menyanyi tetapi mereka semua akan berasa cuak takkala posing akhir lagu menuju puncak. kerana mereka tahu inilah masanya salah seorang dari mereka akan disingkirkan... jadi kalau anda tidak mahu mereka yang anda suka dan sayang terkeluar , undi dengan bijak. undi kerana bakat dan kebolehan jangan hanya kerana simpati ...
.
tetapi saya suka semangat mereka pagi tadi semasa dalam sessi warm-ups. walaupun mereka agak down, gementar... tetapi buka sahaja mulut menyanyi... semua ok! happening! harap harap malam nanti macam itu juga. mereka macam keluarga yang besar... bergurau macam adik beradik jadi, jangan pisahkan mereka...
Satu minggu sahaja lagi...

Thursday, May 10, 2007

About 6 - 1 - 2 = three


The morning today was a bit weird for me, first of all I woke up slightly later than usual because I am less one alarm clock. Why? Having updated my XP Media Center PC to Vista last night, I found that the MP3 alarm software that used to wake me in the morning no longer works, it used to take 4 alarm clocks to wake me up (my PC, my HiFi, my mobile phone and my alarm clock) now with less one wake-up alarm, I need some adjustments to waking up . Yes, it's that bad! Aku memang jenis tidur mati...
.
Left my house in Damansara 25 minutes later than usual, realized I left my mobile phone 5 minutes into my drive... U-turn balik rumah.
.
The traffic today is somewhat very kind to me as I arrived at the Akademi only 15 minutes later than usual only to be greeted by only 5 students. Eh? Mana lagi sorang?
.
The mood today is worst than last monday ... Budak budak ni takut kut because today is hari pembentangan kerja di depan trainers. Minggu ini minggu kritikal buat semua... Masing masing ada 5 lagu, lagu individu, lagu duet, dua lagu bonus dan lagu Menuju Puncak... Banyak tu! Even more critical because this is the final week before the final performance. To be voted out this coming Saturday would be such a BIG bummer! Itu yang Shawal luahkan pada saya pagi tadi. Kedudukan dan tempahan untuk ke final terletak sepenuhnya pada pengAFundi di luar sana... Saya cakap pada dia, keluar atau tidak, itu bukan masaalah dia, yang penting buat yang terbaik...
.
Mood baik atau tidak, sakit atau tidak, kerja tetap kena buat. Tapi bila dah jadi boring macam ini, sunyi macam ini, nak buat apa lagi? Buat bising lah! Hehehe nyanyi lagu sendiri, nyanyi lagu orang, caras lagu orang... Hahaha lantaklah asal happy.
.
Diakhir kelas saya pagi tadi , apa yang saya tulis sebagai tajuk blog ini jadi kenyataan. Kenapa? Kena lah tengok diari malam nanti.
.
So far pagi saya agak pelik sikit... How's your morning?


Tuesday, May 08, 2007

about jumping over Mawi...

Sampai tahap ini, saya masih lagi tidak boleh agak siapa yang akan menang, masing masing ada tarikan, masing masing ada kekuatan dan juga kelemahan. Cuma satu concert saja lagi menjelang concert final. Tak kira siapa yang bakal menjadi juara, lelaki atau perempuan, persoalannya satu sahaja... Mampukah juara baru ini nanti berjaya mengatasi populariti Mawi? Kesian juara AF4 si Faizal yang tenggelam timbul kerana si Mawi yang masih lagi bertahta. Kita tunggu dan lihat saja nanti ada tak diantara adik adik baru kita ini yang mampu melompat setinggi atau melepasi Mawi.
.
Pagi ini adik2 yang tinggal 6 orang tu nampak lemah sedikit kerana kurang tidur dek acara malam semalam. Itu pun ada dua tiga yang merunggut. Selamat datang ke dunia seni dik. Saya ni pun tak cukup tidur sejak lima hari yang lepas sebab banyak kerja, cuma 2 hingga 4 jam sehari sahaja saya dapat tidur. Nanti dah keluar pandai pandai lah me
ncuri masa untuk rehat...
.
Sessi pagi tadi saya perkenalkan pada mereka vokal warmups tanpa guide dari CD yang biasa saya lakukan. Ini kerana bukan selalu kita dapat privilege untuk buat warmups dengan alatan yang lengkap. Jadi kena pandai buat cara lain. Kalau keluar malam nanti jangan lupa ikut sama tapi kalau tak, AFextra ada insyaallah.
.
Lupa pulak nak cerita, setibanya saya di luar Akademi nampak kakitangan produksi sedang sibuk dengan persediaan terakhir untuk menerima tetamu VVIP yang akan datang untuk membuat kezhutan kepada para pelajar. nak tahu siapa? tunggu malam nanti tetapi kepada yang selalu ke laman rasmi AF atau melanggan AFextra mesti sudah tahu :)

Monday, May 07, 2007

about PGLM BOHLEH! we won!

Congratulation to the Puteri Gunung Ledang The Musical family! we won tonight at The 5th Annual BOH Cameronian Arts Awards 2006 organized by kakiseni.com held just now at the Mandarin Oriental, Kuala Lumpur ! here are the list of the winners in the Theater category :

  1. Best Group Performance : Second Link
  2. Best Set Design : Raja Malek (Puteri Gunung Ledang The Musical)
  3. Best Supporting Actor/Actress : Suki (Puteri Gunung Ledang The Musica)
  4. Best Music : Dick Lee (Puteri Gunung Ledang The Musical)
  5. Best Lighting Design : Mac Chan (for Puteri Gunung Ledang The Musical )
  6. Best Costume Design : Akma Suriati (Puteri Gunung Ledang The Musical)
  7. Best Malay Script : Adlin Aman Ramlee (Puteri Gunung Ledang The Musical)
  8. Best English Script : Joe Khukatas (Silence Please)
  9. Best Director : Zahim AlBakri & Adlin Aman Ramlee (Puteri Gunung Ledang The Musical)
  10. Audiences Choice Award : Puteri Gunung Ledang The Musical
  11. Best Lead Actor/Actress : Jit Murad (Gold Rain and Hailstones)

For the full list of winners click kakiseni disini.

Congratulations to all other winners in other categories including big winner The Broken Bridges in the Music category. Thank you Pat Ibrahim, Datin Seri Tiara and Datuk Seri for bringing us in. The party after the awards ceremony was a blast! It's great to party again with madam Tiara, Pat and Ian, Noreen and Khai, Ida and hubby, Zahim , Adlin, Nadia, Zana, Baby, Sabrina and hubby, Callista (who didn't know where she belongs B Bridges or PGLM), Megat, Azrul, Is and all other frens. I will update this blog with more photos once i have the photos email to me. LETS DO THIS AGAIN!!! good night...

.
.
Baby Arin, Isma, Azrul, Pat, Noren, Nadia, Me, Zana and Callista

Me, Ian , Ghani (Second link and My Caliban in URMI?tempest) and Pat

Me and Noren

Nadia, Noren, baby Arin and Ida Marianna

Sunday, May 06, 2007

about tonight's concert...

Terkezhut? even most of us pun tak tahu... segala spekulasi sudah terjawab... Musim 5 Akademi Fantasia bakal menjadi musim terakhir Abang Aznil bersama Akademi Akademi. tak tahu pula nanti bagaimana pula agaknya musim akan datang kerna Abang Aznil memang sinonim dengan AF. Apa apapun, good luck to you Abang Aznil.
.
Antara lain, malam tadi, persembahan Candy begitu asyik sekali dan memang saya bangga sekali dengan Candy berjaya membawakan lagu favorite saya Perhaps, Perhaps, Perhaps. Heliza juga membawa satu peningkatan yang begitu ketara dengan lagu Kesal, pada awalnya ketika dikelas saya agak takut melihat lagu ini dinyanyikan oleh Heliza tetapi kerja kerasnya terbukti membawa hasil. Mila pula memang sudah tak dapat dinafikan power walaupun ada terkucil sedikit di korus pertama but she redeemed herself with almost perfect delivery second half of the song, same goes with Shawal yang agak mengecewakan pada pembukaan lagu tetapi pick-up dengan bagus towards the end, walaupun ada masaalah tetapi lontaran suaranya mengcoverkan cacat yang ada. Bagi Ebi dan Aswad, they can do better although they did their best. Merka ada peningkatan yang ketara. Lagu lagu mereka memang kena dengan jiwa masing masing.
.
Dan lagu pembukaan dari Dafi amat memberangsangkan. lagu ini amat sesuai dengan jiwa Dafi walau bukan satu persembahan yang perfect tetapi mantap dari segi performance. this boy can go far... give him the right songs, the right image and concept, we'll have a superstar in a making. For me, tonight's concert was by far the best ever. Everyone was in their best form... sayang Dafi terkeluar but inilah adat resam pertandingan. One thing for sure, the kids have no worries at this point with Astro backing their path after this. Good luck with the real world.
.
Habis concert terperasan satu bas besar parked di carpark Dewan, rupa rupanya bas itu membawa pulang peminat peminat Aswad dari www.aswadfrenzy.com jauh dari Penang. Semangat betul mereka mereka ini! saya tengah tunggu gambar mereka untuk dipostkan disini... nantilah, dapat gambar tu nanti, saya updatekan.
.
ok sampai disini malam ini... kena tidur kerna esok pukul 10 ada sessi latihan URMI/Tempest di KLPac dan malamnya Anugerah ke5 Boh Cameronian Awards di Mandarin Oriental... harap harap PGLm menamg esok. doakan kami.
.
Kedudukan % Undian Selepas Konsert
1. Aswad 20%
2. Mila 16%
3. Ebi 15%
4. Heliza 14%
5. Candy 12%
6. Shawal 12%
7. Dafi 10%

Thursday, May 03, 2007

about running around KL tawaf...

Fu Yoh! today is one of those hari sibuk saya... Basuh baju after subuh... left for AF around 7.30am, stayed on for awhile since Raimee lambat sampai, drove straight to Astro to go on air at SinarFM and Lite FM, drove to taman Melati to meet my keluarga angkat yang dah 12 tahun tak jumpa then drove straight to PJ for URMI/Tempest's rehearsal... Tawaf satu KL aku hari ini...
.
Pagi tadi sampai di Akademi, saya hadiahkan (dari pihak produksi Astro) sikat baru untuk Mila sebab sikat kesayangan dia patah semalam dan selepas sessi pemanasan vokal, diaorang minta buat sessi kritik sesama sendiri. Tujuan sessi ini ialah, sebelum dikritik tenaga pengajar pada petangnya, mereka mahu mengkritik sesama sendiri. tujuan utama saya mengadakan sessi ini pula ialah kerana, jika kita tahu mengkritik, kita harus tahu bahawa benda yang salah itu adalah salah dan seharusnya kita sendiri dapat mengelak dari membuat salah yang sama. Dalam sessi ini selalunya saya akan mendiamkan diri, bersikap neutral, tetapi selalunya saya tetap akan tegur juga kerana cikgu Syafi dan Abang Lan sudah amanahkan kepada saya untuk tegur apa yang perlu.
.
Habis di AF saya bergegas ke Astro untuk on-air bersama David Low di Sinar FM sebagai wakil ensemble PGLm unntuk ditemuramah bagi pencalonan kami di 5th Annual Boh Cameronian Awards yang bakal berlangsung Ahad ini di Mandarin Oriental KL. Sepatutnya saya bersama Baby Arin and Sabrina Hassan (Dance Captain kami dan juga model dalam klip video Mungkir Bahagia) tetapi diorang tak dapat datang sebab busy so nasib baik ada Nadia (Lucious). Dah lama tak interview on-air... sekali cakap... kitaorang berdua macam budak baru dapat hisap susu... gelojoh bercakap... merapu rapu hahaha. habis di SinarFM terus masuk konti LiteFM (penyiar radio rasmi). Thanks Lennard Gui from kakiseni.com and aband Dell dari Infinitti Production. (tiket ahad ini mana?)
.
Habis je di Astro, saya hantar Nadia ke Ampang Point dan terus melencong jumpa keluarga angkat di Taman Melati yang lama tak jumpa. rindu. Dan kemudian, terus bergegas ke PJ untuk sessi latihan Tempest. satu KL saya buat pusingan. Tawaf. Baru saja sampai rumah... tak sempat nak tengok Pat Ibrahim dalam So You Think You Can Dance and Diari AF. Boleh tak you all tolong update apa yang berlaku dalam Diari tadi... good nite and thank you for dropping by. Need to take my hot shower now. See you here and on TVland tomorrow.

Wednesday, May 02, 2007

about old friends...

Tonight's Diari AF's episode was all about old friends... we'll talk about that later. because somehow or rather my day today also somewhat all about old friends too...
.
Semasa di URMI/Tempest rehearsal today someone that i worked with before (who happens to be in this same production) mengadu something that, things are not always as bright as we hope it to be. kawan lama dah macam tak kawan... dah jadi lain, itu katanya. Kesian pulak aku dengor...
.
Habis rehearsal URMI/Tempest, i pergi ke StarHill Bukit Bintang to collect a watch that i sent for repair, jumpa pula kawan kerja lama... Sempat say Hi and buhbye sekejap sebab dia pun nak rush balik (nak tengok AF katanya... lepas tu dia terdiam sekejap... nak tengok kaulah katanya hahahah dia ketawa). Selepas tu drop by butik Aigner to say Hello BuhBye to kawan kerja lama yang lagi sorang ni , si Halim, saja cerita sakan dengan dia kejap sebab lama tak jumpa. adalah gossip sini sana ... turun Shook! jumpa si Shanel, lama tak jumpa, dia menyanyi kat situ sekarang... kalau ada yang ingat lagi dengan dia rajin rajin lah drop by Shook StarHill tengok Shanel menyanyi everyday kecuali Isnin mulai jam 8 malam.
.
Berbalik kepada Diari AF pula... Sejuk hati tengok masa kelas cikgu Fati sebab students semua mengimbas kenangan bersama kawan kawan lama. happy ada, sedih ada... macam macam kenangan yang mereka cerita. noni, afiq, fatin, semua disebut... rantai manik tu idea yang simple tapi berkesan... paling tidak, dia orang tak boring sangat. Dan yang terkeluar pula paling tidak sejuk hati bila menonton kengkawan didalam masih ingatkan pada mereka... saya pun dapat gelang tangan. terima kasih Mila (macamlah Mila boleh baca blog ini hahaha)
.
Baiklah... tutup kisah hari ini... nak tidur... esok pula ok?

about kiroro...

Happy? Terjawab sudah... kepada yang selalu email dan msg saya tentang kiroro, harap harap anda happy sebab kiroro sudah balik ke Akademi bersama Shawal. jangan lepas ni kamu tuduh Cikgu Syafi pula yang curi... tiada orang sorok atau simpan sebab memang selipar itu hilang sekejap semasa dalam laundry...
.
Pagi tadi semua pelajar bermood agak happy... masing masing sibuk berlatih... dalam pada tu cuba anda perhatikan salah seorang pelajar lelaki yang tinggal empat orang itu malam nanti... apa yang lain?

Tuesday, May 01, 2007

about pantun and paintball...

Ingat tak dalam blog saya sebelum ini yang saya kata saya geram sebab tak dapat join acara pagi ahad? Kengkawan tengok Diari malam semalam kan? PaintBall! Geram aku! Favorite tu.
.
Minggu ini seperti yang sedia maklum tugasan telah diberikan kepada mereka, antara favorite songs yang saya akan tunggu ialah dendangan Shawal dengan lagu Kaulah Segalanya, pertama kali saya dengar lagu ini pada 2004, saya jatuh cinta pada lagu ini. Banyak kali jugalah saya bawa lagu ini semasa dinner functions. Kali ini saya nak tengok Shawal menjiwainya pula... dengar kata Abang Anuar Zain bawa lagu ni sedap...
.
Kalau anda perasan, minggu ini lagu tak lagi dipilih oleh pelajar tetapi diberi. Kalau anda perhatikan lagu/tugasan yang diberi kebanyakannya kena dengan jiwa masing masing dan ada yang terpaksa membawa lagu yang jauh dari comfort zone mereka... Macam si Heliza, nak tengok dia head-bangingn lagu Ella? Dafi nari sync ke tak sync dengan Nsync? Tunggu Sabtu nanti.
.
Pasal jual beli pantun tu pula semuanya secara spontaneous sebab masa sessi panas badan semalam teringat saya akan pantun pantun malam konsert dan yang paling terngiang dalam kepala, pantun Shawal, jadi saya jual lah pantun saya pada dia.
.
Oh lupa pulak nak cakap, ramai yang tuduh saya melalui sms dan email yang bahawasanya saya yang sorok kasut kiroro tu.. Maaf, bukan kerja saya nak ambil dan sorok harta benda orang... Hehe...
.
Episode malam ini penting... apa tu Cikgu Syafi? Tengok jangan tak tengok...
Related Posts with Thumbnails